Whatsapp : 017-787 9824
Makan Ayam Sambil Cas Telefon dengan KFC Powerbank 1

Makan Ayam Sambil Cas Telefon dengan KFC Powerbank

Situasi biasa apabila anda di restoran KFC adalah orang akan makan ayam, berbual-bual, gelak ketawa dan pellbagai ragam kan . Ada yang makan ayam KFC sambil selfie, atau layari Facebook untuk update status ” Makan ayam jap..Lapar ” ..

Tetapi, jika di India, anda akan dapati yang ada orang makan ayam KFC sambil mengecas bateri telefon dari kotak KFC itu sendiri.. Menarik kan? Agak unik promosi yang di buat di KFC India. KFC Powerbank ini di namakan sebagai KFC Watt A Box.

kfc-powerbank-india

Menurut artikel dari laman web www.bgr.in , inisiatif promosi KFC Powerbank ini adalah kerjasama antara KFC dan Blink Digital, agensi pengiklanan dari Mumbai, India. Promosi KFC Powerbank Watt A Box ini adalah terhad dimana, set KFC ini hanya boleh di dapati jika anda memenangi peraduan yang hanya berlansung di beberapa restoran KFC terpilih di sekitar Delhi & Mumbai sahaja. Dan set ini juga boleh di menangi dari Facebook rasmi KFC India.

Powerbank dari kotak ini boleh di keluarkan dan di gunakan di mana-mana sahaja. Jadi, tidak perlukan anda pikul kotak KFC yang besar tu semata-mata nak cas bateri telefon anda..Nanti apa pula kata orang sekeliling anda tu kan.

Berapa besar kapasiti bateri yang ada pada KFC Powerbank ini ?

Ia membekalkan anda bateri sebesar 6100mAh yang secara anggaran nya mampu untuk mengecas bateri telefon anda lebih kurang 2 ~ 3X bergantung kepada model telefon bimbit anda.

Mungkin kah kita akan melihat promosi sebegini dari KFC Malaysia ? Kita tunggu jika mereka akan ikut promosi seperti ini. Jika di jual di kaunter, mungkin anda terpaksa memiliki nya dengan harga yang lebih mahal dari biasa sebab nak cover kos untuk power bank sekali.

kfc powerbank watt a box

Sumber asal artikel & gambar :- bgr.in

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping