Selaras dengan peraturan oleh IATA ( International Air Transport Association ) berkenaan larangan menghantar / mengepos sebarang peralatan yang mempunyai bateri lithium seperti telefon bimbit , pemain muzik (MP4) , rokok eletronik (vape) dan sebagainya termasuk lah dengan power bank , pihak Pos Malaysia telah mengeluarkan peraturan di mana , sebarang peralatan tersebut tidak boleh di pos melalui mel udara , bungkusan udara atau EMS.
Dari pihak Sifupowerbank sendiri , kami sudah tamatkan penghantaran & tidak menerima tempahan dari pelanggan kami yang beralamat di kawasan Sarawak , Sabah ataupun WP Labuan . Kami minta maaf atas sebarang kesulitan dan ia adalah tertakluk kepada peraturan yang telah di tetapkan .
Peraturan ini perlu di lihat dari sudut yang positif di mana, ia mampu mengelakkan masalah yang lebih besar kelak jika terdapat kebakaran / letupan / kebocoran dari peralatan berasakan bateri lithium / power bank ini . Sebelum ini, kita pernah di laporkan yang ada peralatan elektronik yang meletup semasa dalam penerbangan .
Jadi, bagi menjaga keselamatan nyawa penumpang & barang-barang yang bukan dari kategori berbahaya , peraturan ini amat di perlukan.
Seperti sedia maklum , larangan ini hanya berkuat kuasa untuk penghantaran melalui udara sahaja (Semenajung ke Sabah Sarawak ataupun dari Sabah/Sarawak ke Semenanjung) . Penghantaran bateri lithium atau power bank melalui jalan darat (lori, van , motosikal Pos Malaysia) masih berjalan seperti biasa .
Untuk tempoh sekarang , kami menerima tempahan power bank dari pelanggan di Semenanjung sahaja .
Harap Maklum.
Salam.. hi saya ada 1 soalan..Is it safe to bring the 20000mAh power bank onboard? or is it not advisable?
Waalaikumsalam 🙂
As per info yang saya tahu, boleh bawa power bank 20000mah on board dengan syarat anda membawa sekali bersama-sama semasa penerbangan.
Thank you for the info 🙂
Kenapa tak guna citylink atau abx untuk hantar ke sabah sarawak
Kos tinggi & syarikat kurier tak benar kan sebab item dari semenanjung masih menggunakan kapal terbang untuk penghantaran.
Syarat utama adalah :- power bank tak boleh di hantar menggunakan perkhidamatan udara tak kira apa jua curier yang kita guna kan . Ini base on peraturan oleh IATA . Ia di guna pakai oleh semua negara di dunia .
Hii.bateri motor boleh ke,??
Tak boleh
Laptop complete dgn batery chager..boleh hantar ke kota kinabalu sabah ke???
Maaf.Tiada penghantaran ke Sabah / Sarawak / Labuan
Salam bang, saya nak hantar laptop ke Sabah tapi kaurier tak bagi lepas utk post.. apa option lain yang saya blh buat?. Dan kenapa kedai online seperti shoppee blh hantar laptop ke sabah/sarawak.