Whatsapp : 017-787 9824
Kenapa Power Bank Tidak Boleh di Pos Ke Sabah/Sarawak ? 1

Kenapa Power Bank Tidak Boleh di Pos Ke Sabah/Sarawak ?

Dangerousgood

Saya mendapat banyak permintaan untuk pos power bank ke kawasan Sabah & Sarawak. Kata mereka, harga power bank di sana agak tinggi berbanding harga yang di tawarkan di kawasan Semenanjung Malaysia.

Tetapi, ada satu masalah PALING BESAR yang menjadi halangan buat kami , seller gadget yang ingin pos powerbank ke sana adalah “Power Bank TIDAK di benarkan di hantar melalui Udara mahupun Laut” . Itu bukan bermakna kami tak nak berurusniaga dengan anda di sana, tetapi ini adalah kerana pihak courier tidak membenarkan atas faktor-faktor keselamatan semasa penghantaran.

Pihak courier ini sebenarnya merujuk dan mematuhi peraturan yang telah di tetapkan oleh International Air Transport Association (IATA). Sebarang penghantaran barang yang mengandungi bateri lithium adalah di larang sama sekali kecuali di atas keadaan tertentu. Sila rujuk peraturan di bawah :

Rujukan Code of Federal Regulations (Title 49 – Transportation)  : http://www.gpo.gov/fdsys/pkg/CFR-2014-title49-vol2/xml/CFR-2014-title49-vol2-sec175-10.xml

Dalam masa yang sama,pihak sifupowerbank.com juga telah memastikan peraturan ini dengan Pos Laju Malaysia dan beberapa syarikat penghantaran yang lain. Antara feedback mereka :-

prohibited item

Reply from AskPos via Facebook .

Cannot Ship Power Bank

Reply by Pos Malaysia Customer Care via eMail

Jadi, atas faktor-faktor keselamatan , kami pihak sifupowerbank sendiri telah pun menghentikan penghantaran power bank ke area Sabah / Sarawak sejak bulan November 2014 lagi . Mungkin ada antara anda yang pernah membeli power bank dari penjual-penjual dari Semenanjung dan barang telah sampai ke area sana, tetapi kemungkin itu hanya lah situasi “nasib baik lepas” (hanya 0.1% peluang lepas).

Jadi , kami ingin meminta maaf kepada pelanggan kami di kawasan Sabah atau Sarawak. Sebagai alternatif, anda boleh mencari mana-mana seller power bank yang menjual 100% original Pineng power bank.

Tetapi, sila pastikan anda membeli hanya power bank yang original Pineng sahaja yer. Elakkan untuk membeli power bank tiruan yang sekarang berleluasa sekarang ini.Sila confirm kan dengan penjual anda tu..berapa kah warranty untuk power bank anda, apakah jaminan jika terdapat sebarang kerosakkan, apakah yang di offer selepas jualan.

Jika anda sudah memiliki power bank anda, sila rujuk cara-cara untuk periksa sama ada power bank anda itu adalah betul-betul ORIGINAL atau tidak : –

https://sifupowerbank.com/2015/06/13/cara-nak-tahu-powerbank-pineng-original-2015sifupowerbank/

Jika anda ada sebarang pertanyaan lanjut , sila hubungi admin kami di +6017-7879824 (Azlan) melalui Whatsapp / Telegram / SMS.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping