Whatsapp : 017-787 9824
Kenapa Harga Powerbank Berbeza ? 1

Kenapa Harga Powerbank Berbeza ?

Mesti anda mempunyai persoalan di minda, kenapa harga powerbank berbeza – beza di pasaran baik di online , blog , media sosial ataupun di kedai-kedai kan?

Padahal ia adalah jenama,model dan kapasiti yang sama. Perlu kah perbezaan ini?

Dari pemerhatian , respon yang kami terima dari pelanggan,pembacaan dan komen-komen di media sosial, kami boleh simpulkan bahawa , harga setiap powerbank itu berbeza mengikut gred bateri , warranty dan risiko pada pembeli itu sendiri.Kenapa Harga Powerbank Berbeza 20000mah

Penafian:- Data dari pemerhatian kami ini tiada kena mengena dengan mana-mana pihak / penjual / syarikat. Ia adalah berdasarkan pemerhatian pihak kami secara rawak , feedback dari pelanggan & mungkin tidak 100% tepat. 

Kami ambil contoh dengan power bank 20000mAh Pineng. Memang ramai yang menjual, tetapi harga pasti akan berbeza-beza pada setiap penjual. Ada 3 kategori harga untuk powerbank Pineng 20000mAh. Murah, sederhana murah & mahal. Jadi, mana yang anda patut pilih ? 

Pada pendapat kami , kenapa situasi ini berlaku adalah :-

      • TARIKAN HARGA GILA MURAH – Jika anda lihat pada harga yang terlalu murah berbanding kapasiti yang besar, besar kemungkinan ia adalah power bank tiruan yang di copy 100% sama dengan yang original. Anda pasti terkeliru kerana fizikal product sangat sama dengan yang original.
      • CLEAR STOCK – Kami faham ada jual seller yang jual murah gila-gila hanya untuk clear kan stock mereka. Janji balik modal ,namun secara logik nya,takkan lah buat promosi clear stock setiap hari sehingga 365 hari kan..Logik tak?  :-).Hati-hati di sini.
      • RISIKO LEBIH TINGGI – Beli barangan murah memang nampak hebat sebab boleh jimatkan duit dalam dompet anda. Tetapi, jika di fikirkan, untuk tempoh jangka panjang, anda sebenar nya telah meleburkan duit anda 3X lebih tinggi berbanding beli yang original.
      • WARRANTY LEBIH PENDEK – Ini memang di jangka kerana, jika tempoh warranty lebih pendek, bermakna pihak penjual tak mahu menanggung risiko kerugian dari barang yang di jual tersebut. Bermakna, jika barang berkualiti rendah, kenapa seller perlu cover warranty lama-lama kan? Kerana kita semua tahu, barangan yang low kualiti akan lebih cepat rosak.
      • PENJUAL JANGKA PENDEK – Ini banyak berlaku di mana,penjual akan tawarkan pada harga murah hanya untuk lariskan perniagaan beliau dalam satu tempoh jangka masa. Tetapi, biasa nya,penjual begini tidak bertahan lama dalam perniagaan nya kerana terdapat banyak kos sampingan yang perlu di tanggung. Risiko nya, penjual akan stop kan perniagaan mereka dan biarkan anda terkapai-kapai tanpa sebarang support. Bermakna, jika rosak power bank anda, sila buang ke tong sampah dan beli yang baru.

Ini adalah sebahagian bagaimana harga sesebuah powerbank itu berbeza-beza dari setiap penjual.Memang ada yang cakap, dia beli yang murah saje , tapi boleh jer tahan sehingga 1-2 tahun sama macam yang original. OK..Bagi kami,dia bernasib baik kerana mendapat set yang bertuah tersebut & ia juga bergantung kepada cara penggunaan, kekerapan mengecas, cara penjagaan power bank tersebut.

Jadi, bagaimana untuk memilih power bank yang terbaik untuk bajet & ketengan jiwa anda ?

      • PERCAYA – Dapatkan power bank dari penjual yang anda percayai sahaja seperti anda pernah berurusan dengan penjual tersebut / tanya rakan-rakan yang tengah guna power bank original / tengok pada feedback customer yang berurusan dengan beliau.
      • BELI 1X SAHAJA – Terapkan mindset ini ” BELI 1 KALI YANG ORI, BOLEH PAKAI BERKALI-KALI. Jiwa pun tenang, duit pun boleh jimat sebab jika rosak, tukar jer yang baru secara percuma. Mudah kan?
      • JANGAN TERLALU PERCAYA SI MURAH – Ini penting. Ramai yang failed bab harga sebab , bila harga murah jer, terus percaya dan buat pembelian. Pilih dengan lebih bijak.

Jadi,pilih dengan bijak dan jimatkan duit anda untuk jangka masa panjang. 

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping