Whatsapp : 017-787 9824

Fungsi dan Kegunaan Power Bank

Soalan asas ini sering di tanya oleh pemilik smartphone/ tablet kepada saya.

Apa FUNGSI POWER BANK ini? Apa KEGUNAAN POWER BANK ini?

Jadi, Apakah sebenarnya fungsi dan kegunaan Power Bank ?

Adakah ia penting, adakah ia perlu ada dalam beg kita…adakah ia boleh membantu kita dalam aktiviti seharian?

Power-Stone-Power-Bank-05

Secara mudahnya, kegunaan power bank yang sebenar adalah untuk membantu pengguna smartphone mengecas phone mereka tanpa perlu kan soket. Hanya perlu sambungkan USB kabel kepada power bank, dan ia akan mulakan tugas untuk mengecas phone anda.

Power bank telah di gunakan secara meluas sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan ia adalah antara gadjet yang “wajib” ada bersama-sama phone kita sama ada di dalam beg, kereta atau pun di dalam poket.

Kegunaan power bank juga tidak terhad kepada phone sahaja, malah ia juga boleh di gunakan untuk mengecas tablet seperti iPad, Tablet, MP4 Player,PSP, Game Console dan sebagainya. Janji device anda itu mempunyai USB port untuk mengecas.  Ada juga power bank yang khas di buat untuk mengidupkan / “jumper” bateri kereta. Jadi, ia mudahkan kehidupan seharian anda kan ? 🙂

425570-jumpr

powerpot2

Pineng10000-PN938-014

 

 

 

 

Jika anda masih perlu lebih info Apa Itu Power Bank, anda boleh baca di JANGAN BELI POWER BANK

 Antara kelebihan menggunakan Power Bank :-

  1. Mudah Alih dan Boleh di bawa ke mana sahaja.

– Ia bersifat portable @ mudah alih. Senang di bawa ke mana sahaja. Tak perlu risau lagi untuk berkejar-kejar mencari soket atau pinjam dengan jiran sebelah :-). Anda boleh bawa power bank di dalam beg, handbag mahupun di poket seluar anda.

     2.   Membantu cas phone dalam keadaan emergency.

– Dalam keadaan emergency, gadjet ini boleh membantu anda untuk terus “menghidupkan” phone anda dan terus berhubung dengan polis, hospital ataupun ahli keluarga anda. Kita tak tahu kan bila kejadian yang tidak di ingini akan berlaku. Jadi, sediakan “payung sebelum hujan / banjir “. Sesetengah brand power bank mempunyai lampu LED yang boleh di gunakan sebagai “lampu suluh” terutama pada waktu malam.

     3. Murah , Tahan Lama dan Boleh di gunakan Banyak Kali

– Kebanyakkan harga power bank di pasaran adalah lebih murah berbanding kos membeli rechargeble bateri AAA. 🙂 Malah ia tahan lebih lama dan boleh di gunakan berulang kali. Power bank juga boleh support hampir 99% model smartphone / tablet di pasaran.

So, itu adalah antara kelebihan dan kegunaan power bank kepada pengguna smartphone. Bagi saya,adalah amat berbaloi untuk mendapatkan sebuah power bank untuk menjamin “nyawa” smartphone kesayangan anda. Lebih-lebih lagi jika anda adalah seorang yang aktif melayari internet dan bersosial di FB, Twitter mahu pun Instagram.

RUGI JIKA ANDA ADA SMARTPHONE TETAPI TIADA POWER BANK sebagai back up power.

 

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping