Whatsapp : 017-787 9824
JANGAN BELI POWER BANK SEBELUM BACA INI ! 1

JANGAN BELI POWER BANK SEBELUM BACA INI !

Jangan beli power bank . Ya betul apa yang kami nyatakan. Kami tidak sarankan anda jangan beli power bank sebelum anda faham dengan input-input dalam artikel yang kami kongsikan di sini.

Boleh katakan hampir semua manusia di muka bumi ini menpunyai sebuah smartphone dan tablet yang di gunakan untuk melancarkan aktiviti seharian. Namun, semahal dan secanggih mana pun smartphone anda, ia tetap tak kan dapat berfungsi jika tiada kuasa bateri .Tanpa kuasa bateri, smartphone anda tidak lagi boleh berfungsi dan tiada apa yang anda boleh buat. Jadi, di sini penting nya power bank supaya ia dapat membantu smartphone anda terus berfungsi dan tidak mengganggu aktiviti seharian anda.

Tapi mesti anda tertanya-tanya, apa sebenar nya FUNGSI POWER BANK ni? dan kenapa kami kata JANGAN BELI POWER BANK ? Kami akan bantu terangkan kepada anda

 

JANGAN BELI POWER BANK SEBELUM ANDA FAHAM 17 TIPS INI

 

keep-calm-and-please-read-2

 

1) Apa itu powerbank ? 
– Power bank adalah satu alat elektronik yang menyimpan kuasa bateri dan ia boleh di gunakan untuk mengecas bateri smartphone, atau peranti elektronik yang lain. Power bank beroperasi dengan beberapa lapisan bateri yang di letakkan di dalam peranti ini. Bateri ini bersifat “rechargeable” yang mana, anda boleh cas semula bateri tersebut apabila power bank anda sudah kehabisan kuasa.

Powerbank bersifat portable. Iaitu ia boleh di bawa ke mana-mana tanpa masalah. Jadi, anda boleh menggunakan power bank di mana-mana sahaja. Jadi, yang kami kata jangan beli power bank, sebenar nya, anda patut beli power bank . Wajib beli. 🙂

 

2) Power bank ini buatan mana?
– Kebanyakkan jenama power bank di pasaran sekarang di hasilkan di China. Walaupun anda lihat sesuatu jenama tu macam dari Eropah atau negara lain, ketahui lah yang ia nya berasal dari China. Ini tidak bermaksud barangan buatan Chian tidak bagus. Jika barang tersebut di kilangkan di sana, pasti nya ia mengkikut spesifikasi dan ciri-ciri keselamatan yang betul. Yang salah adalah, ada pihak ketiga yang meniru design power bank tersebut tetapi menggunakan komponen elektronik yang murah dan tidak berkualiti. Ini yang bahaya bila beli power bank tiruan yang murah. Sila berhati-hati ya. Jangan beli power bank yang murah sahaja. Ambil kisah keselamatan anda.

 

3) Bagaimana saya nak cas power bank bila bateri sudah habis ?
– Ada pelbagai cara untuk anda cas semula power bank anda. Paling mudah dan cepat adalah menggunakan charger dan USB cable original dari smartphone anda. Dan jika power bank anda support fungsi Fast Charging, kami sarankan anda cas power bank dengan aksesori yang menyokong Fast Charging. Jangan beli power bank jika anda malas nak cas powerbank anda semula .

 

4) Berapa lama tempoh masa untuk cas penuh power bank ?
– Ia 100% bergantung kepada spesifikasi power bank + charger + USB Cable yang di gunakan. Anda perlu faham dulu spesifikasi power bank anda. Ada powerbank yang cas input max 1.0A. Ada yang 2.1A (kebanyakkan nya 2.1A)  dan ada yang support Fast Charging sehingga 3A input. Jadi, berapa lama tempoh cas semula power bank anda adalah bergantung pada faktor di atas. Lagi tinggi spesifikasi output charger / USB cable yang di gunakan, lebih cepat power bank anda penuh.

 

5) Kenapa ada masa power bank saya ambil masa lama sangat untuk penuh ? 
– Seperti dalam point no.4 di atas, ia bergantung kepada output charger / USB Cable yang anda gunakan .Jika ia terlalu lama, mungkin sehingga 24jam tetapi masih tidak penuh, kami sarankan anda untuk follow langkah di bawah sebagai langkah untuk verify masalah power bank anda :

  1. Stop cas power bank anda.
  2. Terus gunakan dahulu semua kuasa yang masih berbaki dalam power bank tersebut. Gunakan sehingga betul-betul habis / 0%.
  3. Cas semula powerbank anda, tetapi dengan menggunakan USB Cable dan Charger yang berlainan dengan yang anda gunakan sebelum nya. Lebih baik juga anda cas semula menggunakan USB input port yang lain di powerbank tersebut
  4. Jika masih sama, dan power bank anda masih dalam warranty, sila hubungi penjual anda. Bincang langkah seterus nya sama ada untuk claim warranty atau bagaimana.

6) Apa itu mAh?
– mAH adalah milli Ampere Hour, dimana ia adalah unit untuk mengukur kapasiti bateri power bank anda.

 

7) Dengan power bank yang berkapasiti 12000mAH. adakah ia boleh mengecas phone yang berkapasiti 1500mAh sebanyak 8 kali? Jika kira-kira, mesti lah 8 kali kan?
– Ini adalah kesilapan TERBESAR oleh kebanyakkan orang yang membeli powerbank. Sebab tu kami kata, jangan beli power bank sebelum faham info ini. Ia bukan semudah anda hanya buat kiraan matematik biasa,kerana ia perlukan pengiraan yang berbeza. Rujukan cara kiraan di bawah :

OK.Untuk mendapatkan kadar mengecas yang tepat, sila gunakan formula ini :-

(Kapasiti Power Bank X Conversion Rate X Phone Battery Health) / Phone Capacity = Jumlah Cas Phone Anda.

Sebagai CONTOH :
( 12000mAh X 0.8 X 0.8 ) / 1500mAh : 5.12 kali ( +/- 4-5 kali cas )

Jika anda kira biasa, anda akan buat 12000mah/1500mah = 8 kali. Tetapi sebenar nya, ia hanya anggaran 4~5 kali sahaja. Jadi, jangan beli power bank jika anda nak powerbank yang boleh cas smartphone anda sehingga 10 kali. Pasti tiada powerbank seperti itu.

 

8) Apa itu Conversion Rate ?
– Conversion Rate adalah ‘kebocoran’ kapasiti bateri yang di sebabkan oleh kesan dari suhu semasa proses cas / recharge. Setiap kali kita menggunakan power bank, faktor seperti suhu, kekuatan arus atau jenis USB cable yang di gunakan akan mempengaruhi conversion rate tersebut.Secara purata, nilai yang akan gunakan untuk  conversion rate 0.8. Jadi, kapasiti yang boleh di gunakan anggaran 80% dari kapasiti yang di nyatakan dalam spesifikasi produk.

 

9) Apa itu Phone Battery Health ?
– Secara ringkas nya, ia adalah untuk menunjukkan tahap ‘kesihatan’ bateri phone anda. Seperti yang anda sedia maklum, setiap bateri sama ada bateri biasa atau bateri yang di gunakan dalam smartphone , mempunyai jangka hayat yang akan berkurangan dari masa ke semasa. Anda akan rasa perbezaan tempoh penggunaan semasa penggunaan kali pertama dan selepas beberapa bulan anda gunakan. Bateri powerbank juga sama, semakin banyak kali anda guna, ia juga akan semakin downgrade.

 

10) Apa itu PCB?
– PCB adalah ‘Printed Circuit Board’ , di mana ia akan mengawal keseluruhan operasi power bank anda untuk input dan output.Ia nya sama seperti mother board laptop/PC anda. Sebab itu lah, kami amat sarankan anda untuk membeli powerbank yang berkualiti tinggi , kepada PCB yang bagus dan berkualiti tinggi akan menjamin ketahanan power bank anda. PCB yang bagus juga akan menjamin keselamatan anda semasa menggunakan power bank tersebut.

 

11) Power bank menggunakan bateri jenis apa ?
– Kebanyakkan model power bank menggunakan bateri dari jenis Lithium dan sebahagian nya menggunakan Polymer.

 

12) Apa perbezaan anda Li-Thium dan Li-Polymer?
– Li-thium mempunyai saiz dan ukuran yang TETAP. Tapi Li-Polymer adalah flexible.Boleh di bentuk mengikut model power bank.
– Li-thium akan menghasilkan lebih HABA berbanding Li-Polymer.Jadi, Li-Polymer lebih SELAMAT.
– Li-thium lebih MURAH berbanding Li-Polymer. Sebab itu lah ada model power bank yang di jual lebih murah.
– Li-thium mempunyai kebocoran kuasa yang tinggi. Maknanya anda perlu lebih kerap mengecas power bank dari battery Li-thium berbanding Li-Polymer
– Li-thium mempunyai ketahanan bateri yang RENDAH berbanding Li-Polymer

Contoh Mudah untuk bateri Li-thium adalah bateri yang kita pakai seharian. Macam bateri Energizer.

 

13) Berapa kapsiti mAH untuk sebuah bateri Li-Thium ?
– Kebanyakkan bateri Li-Thium mempunyai kapasiti dalam 1300mAh – 2200mAh.

 

14) Berapa banyakkan bateri Li-thium yang di gunakan untuk menghasilkan sesebuah power bank?
– Secara AM nya, untuk menghasilkan sesebuah power bank yang mempunyai kapasiti berbeza, pengilang perlu gunakan :
– Power bank using 1pcs 18650 is 1200mAh – 2600mAh
– Power bank using 2pcs 18650 is 2500mAh – 4400mAh
– Power bank using 3pcs 18650 is 3750mAh – 6600mAh
– Power bank using 4pcs 18650 is 5200mAh – 8800mAh
– Power bank using 5pcs 18650 is 6500mAh –11000mAh
– Power bank using 6pcs 18650 is 7800mAh –13200mAh
– Power bank using 7pcs 18650 (no info)
– Power bank using 8pcs 18650 is 10400mAh –14400mAh

 

15) Ada tak bateri li-thium yang lebih besar dari 2200mAh sebiji?
– Ada. Tapi ia terlalu mahal. Jadi kos untuk menghasilkan sebuah power bank akan lebih tinggi.

 

16) Apakah perbezaan di antara branded power bank dan OEM power bank?
– Branded power kebiasaannya di jual dengan KAPASITI SEBENAR dan harga yang lebih tinggi.
Jika power bank OEM pula, ia lebih menjual KETINGGIAN KAPASITI tapi dengan harga lebih MURAH. Sebenarnya kapasiti sebenar hanyalah 1500-2000mAh sahaja walaupun mereka kata menjual kapasiti bateri 30000mah-50000mAh. Tolong JANGAN TERTIPU dengan kapasiti yang TINGGI tapi MURAH. Sebab itu jangan beli power bank sebab harga murah.

 

17) Adakah benar yang branded power bank takkan meletup dan OEM power bank akan meletup?
– Secara jujurnya, segala jenis bateri di dunia ini ada chance untuk meletup jika di gunakan dengan cara yang SALAH. Walaupun bateri biasa yang kita selalu guna dan boleh di beli di pasaraya tempatan pun boleh meletup. Tapi, potensi untuk power bank itu meletup adalah sangat rendah kerana ia telah di lengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi untuk menjaga pengguna mereka.  Mungkin ada 1-2 kes dalam berjuta-juta power bank yang telah terjual & di gunakan sehingga sekarang.

Jadi, saranan kami, sila JANGAN BELI POWER BANK jika anda belum faham 17 perkara di atas. Ia amat penting ok. Dah banyak isu sekarang, jadi mohon anda berhati-hati beli powerbank tiruan yang di jual murah.

 

Artikel Pilihan : Kegunaan Power Bank

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping