Whatsapp : 017-787 9824
Huawei Powerbank 5000mAh Mula di Jual di Malaysia 1

Huawei Powerbank 5000mAh Mula di Jual di Malaysia

Huawei adalah jenama yang semakin mendapat perhatian di peringkat global dan Malaysia khusus nya dari segi penawaran pada teknologi smartphones.Siapa yang sekarang tak tahu smartphone Nexus 6P ,atau Honor 7 , atau mid range phone Honor 5X atau smartphones terbaharu mereka yang berkolaborasi dengan Lieca iaitu Huawei P9. Jadi, jenama ini tak perlu di sangkal lagi dengan kekuatan nya dari segi design, kualiti dan penawaran harga mampu milik mereka.

Sekarang, dengan teknologi smartphones, apps dan penggunaan mobile data yang tinggi , sudah pasti lah smartphone anda akan ada masalah bateri cepat habis bukan ?

Jadi, Huawei yang prihatin dengan masalah tersebut , kini mengeluarkan Huawei Powerbank untuk membantu anda mengecas bateri phone dengan cara paling mudah dan cepat.Tak perlu lah anda berlari-lari lagi untuk mencari soket .

powerbank-5000mah-overview-05

Huawei Powerbank ini menggunakan bateri dari jenis Lithium Polymer yang berkapasiti sebesar 5000mAh dan mengeluarkan output 2.0A untuk menyokong Fast Charging . Bahagian Input power bank ini juga di bekalkan dengan port 2.0A di mana,menurut Huawei, anda hanya perlukan 3 1/2 Jam untuk full charge power bank ini. Jadi, anda tidak perlu menunggu lama untuk menggunakan power bank ini.

Huawei powerbank-5000mah

Kekuatan Huawei Powerbank ini berbanding jenama lain adalah dari segi design power bank itu sendiri. Bagi kami, ia nampak sangat cantik dengan 7 warna yang berbeza (Putih, Pink, Emas,Hijau, Biru, Merah, Hitam) . Maka, tidak hairan lah, Huawei Powerbank ini memenangi anugerah “Oscar In Industrial Design: The Reddot And IF Industrial Design Award ,2015

powerbank-5000mah-overview-02

Untuk anda yang tidak suka membawa aksesori yang berat-berat di dalam handbag, pasti nya Huawei Powerbank ini menjadi pilihan utama anda kerana powerbank ini hanya lah seberat 113 Gram sahaja. Mudah di bawa ke mana-mana sahaja dan masukkan sahaja di dalam beg duit anda semasa shopping. Jadi, masa shopping pun,anda masih boleh mengecas smartphone anda.

Di lengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang telah di uji dan terbukti selamat untuk di gunakan. Anda tak perlu risau lagi .Hanya sambungkan cable USB anda dan gunakan dengan tenang.

Huawei Powerbank Safety

powerbank-5000mah-overview-07

Untuk anda yang berminat dengan Huawei Powerbank ini, kini ia telah pun di mula di jual di laman rasmi Huawei Malaysia iaitu vmall.my. Powerbank ini di jual dengan harga RM128.00 termasuk GST.

Untuk pembelian, klik di sini :- https://www.vmall.my/huawei-5000mah-powerbank.html

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping