Whatsapp : 017-787 9824
Cas iPhone Dengan Philips Power Potion 3000 1

Cas iPhone Dengan Philips Power Potion 3000

Apa pandangan anda apabila terlihat rekaan power bank Philips Power Potion ini ? Menarik ? Comel ? Saya pasti , kaum wanita akan tergoda dengan kecantikkan rekaan power bank ini kan 🙂 

philips-power-potion-3000-001-640x427

PHILIPS POWER POTION POWER BANK 3000mAH

Terlalu banyak power bank yang berada di pasaran yang menawarkan rekaan ,kapasiti bateri, ciri-ciri dan warna yang berbeza-beza. Ada juga power bank yang berat dan tidak sesuai untuk di bawa jika anda berada di luar rumah. Jadi, atas faktor tersebut, pihak Philips telah menghasilkan konsep power bank yang seakan-akan botol air tetapi sebenar nya ia adalah power bank yang mampu mengecas telefon bimbit anda 1-2 kali* dengan kapasiti bateri 3000mAh (* bergantung kepada baki bateri phone anda sebelum mengecas dan jenis bateri).

Rekaan ini adalah cetusan idea dari Holger Hoehn (di sokong oleh Catherine Wong). 

Untuk IOS SAHAJA

Dengan kapasiti bateri sebesar 3000mAh, ia mampu mengecas telefon bimbit anda sekurang-kurangnya 1 kali cas penuh. Ia sudah cukup buat anda jika anda bukan lah pengguna tegar media sosial atau pemain “online game” tegar .Lagi pun rekaan yang kecil dan comel ini sebenarnya memang di reka untuk memudahkan anda membawa power bank ini ke mana-mana sahaja tanpa membebankan beg tangan anda .

Philips Power Potion ini mempunyai port pengecasan khas untuk iPhone di bahagian atas seakan-akan penutup botol. Namun, untuk pengguna Android jangan risau kerana ada satu USB port di bahagian bawah yang bolehkan anda guna untuk mengecas telefon bimbit anda. Power bank ini juga mempunyai LED sebagai “power indicator” untuk anda mengetahui baki kuasa bateri anda.

Philips_Power_Potion-3000_iphone

Philips power potion 3000mah

Philips power potion 3000mah 1

Jika anda dah tak sabar nak miliki power bank comel ini, nampak nya anda perlu tanam hasrat tersebut kerana ini hanyalah konsep rekaan sahaja,masih belum pasti bila adalah pihak Philips akan memulakan pengeluaran untuk Philips Power Potion 3000 mereka. Jadi, sama-sama kita tunggu kan kemunculan power bank ini di pasaran. …. 🙂 

Sumber : Ubergizmo

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping