Whatsapp : 017-787 9824
Cas Bateri Telefon Dengan Asus Zenfone 3 Max 1

Cas Bateri Telefon Dengan Asus Zenfone 3 Max

Smartphone = Power Bank

Macam mana tu? Macam pelik pun ada kan , kenapa smartphone sama dengan power bank ? Smartphone memerlukan power bank untuk mengecas bateri, mesti tak sama.

Sebenar nya, apa yang kami nak sampaikan pada anda yang, smartphone terbaharu dari Asus iaitu Asus Zenfone 3 Max adalah smartphone yang mempunyai fungsi mengecas bateri telefon yang lain. Jadi, jika kawan-kawan / adik beradik anda guna smartphone ini, sila pinjam telefon mereka untuk mengecas bateri telefon anda seandainya anda tidak mempunyai power bank sendiri.

asus-zenfone-3-max-power-bank

Kelebihan smartphone Asus Zenfone 3 Max ini adalah pada kapasiti bateri nya. Smartphone ini di jana dengan bateri berkapasiti 4100 mAh. Besar kan bateri telefon ni ?

Menurut Asus, telefon model ini mampu bertahan tanpe perlu di cas sehingga 30 hari (dalam mode “standby 3G”) ,18 Jam melayari website menerusi WiFi, 20 Jam masa bercakap dan 87 Jam mainkan muzik /lagu kegemaran anda. Jadi, tiada lagi masalah untuk anda pening-pening mencari power bank / soket untuk mengecas bateri telefon anda lagi.

Bagi kami, untuk bateri sebesar 4100 mAh pada telefon bimbit ini, ia mampu untuk mengecas telefon yang berkapasit ~2000mAh dalam 1 kali cas penuh atau 2 kali cas penuh untuk telefon seperti iPhone 5/5S yang mempunyai bateri sedang-sendang sahaja. Jadi, cukup lah untuk mengecas bateri dalam waktu kecemasan kan.

Jika anda menggunakan smartphone yang mempunyai bateri lebih 3000mAh ke atas, jangan pula anda habis kan kuasa bateri kawan yang guna Asus Zenfone 3 Max ini yer.. Nanti bateri anda full, bateri kawan tu pulak yang “kong” ..Sedih…

asus-zenfone-3-max-smartphones-malaysia

Untuk maklumat lebih lanjut / berhajat nak membeli smartphone Asus Zenfone 3 Max yang power ini, boleh terus membuat pembelian di laman web rasmi Asus Malaysia di :- Asus Malaysia – Zenfone 3 Max ( P/S – Harga : RM799 sahaja – Harga Mampu Milik dengan spesifikasi yang terbaik dalam kelas nya)

Jika anda mencari powerbank Asus original,sila rujuk artikel ini :-  https://sifupowerbank.com/2016/09/26/power-bank-asus-malaysia-zenpower-10000mah/

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping