Whatsapp : 017-787 9824
Cara Verify Baseus Original Atau Tiruan 1

Cara Verify Baseus Original Atau Tiruan

Ini cara verify BASEUS original atau tiruan supaya anda tak terbeli aksesori BASEUS yang tiruan di luar sana. Dah semakin ramai beralih arah ke jenama BASEUS sejak kebelakangan ini , kerana model jenama ini memberikan spesifikasi yang tinggi, pada harga yang berpatutan. 

Jadi, untuk elakkan anda terbeli set BASEUS yang tiruan, kami amat sarankan anda untuk follow cara verify BASEUS Original atau Tiruan ini. Di harap dapat membantu anda mendapatkan set yang original. Jika tak nak pening kepala atau risau terbeli set tiruan, dapatkan set BASEUS anda dari Sifupowerbank. Mudah kan ? 🙂 

Ok, jom kita mula kan . 

 

Cara Verify Baseus Original Atau Tiruan

Step #1  – Pastikan di luar kotak aksesori BASEUS anda mempunyai label berwarna putih ini ok.. Jika label warna lain, sila elakkan dari beli. Atau jika label yang anda lihat tidak sama dengan yang kami paparkan ini, sila elakkan dari beli set tersebut. 

Pastikan juga labek tersebut tidak koyak, rosak, atau sudah di gores. 

cara verify baseus original

 

Step # 2 – Macam biasa, anda terus gores label tersebut dengan syiling. Macam anda gores kad top up prepaid anda. Setelah gores, anda ada 2 item yang muncul iaitu QR code dan 16 digit bernombor. Pastikan digit tersebut mempunyai 16 nombor. Jika terlebih atau terkurang, jelas ia nya adalah set tiruan. 

Cuma pastikan anda gores dengan cermat, jangan terlalu kuat sampai nombor nya nanti hilang pulak. 

gores label security

 

Step # 3 – Ada 2 cara untuk anda verify kod security BASEUS anda.  Yang pertama adalah menggunakan website BASEUS . Anda boleh terus ke laman web di bawah untuk verify kod security anda. 

http://www.baseus.com/home-fangwei-index-catId-36.html?lang=en-us

Cara Verify Baseus Original Atau Tiruan 2

Masukkan kod 16 digit anda , dan klik pada butang ” Enquire” . Maka results verification anda anda muncul. Ia akan tunjukkan sama anda set itu ORIGINAL atau TIRUAN.

Cara Verify Baseus Original Atau Tiruan 3

 

Ada lagi satu cara untuk verify Baseus Original iaitu dengan menggunakan aplikasi QR Code Scanner di smartphone anda. Ini sesuai untuk anda yang menggunakan smartphone sahaja. Cara ini lebih mudah dan cepat. Anda download sahaja mana-mana aplikasi QR Code dari Play Store / Apps Store .

 

Langkah # 1 – Buka aplikasi QR Code Scanner di smartphone anda. 

 

Langkah # 2 – Scan QR Code yang ada pada label security ( rujuk step # 2 di atas )

Langkah # 3 – Setelah anda scan QR Code tersebut, anda akan di bawa ke satu link seperti di bawah. Tekan link untuk langkah seterus nya. 

Cara Verify Baseus Original Atau Tiruan 4

Langkah # 4 – Anda akan di bawa ke halaman di bawah.Jika anda tidak pasti apa yang di tulis, anda boleh translate menggunakan Google Translate . Seterus nya, anda klik butang OK seperti di bawah.

Cara Verify Baseus Original Atau Tiruan 5

 

Jadi, results verification anda sudah tersedia seperti di bawah. ( Dalam kes ini, bukan sebab tiruan, tetapi saya sudah check kod saya ini lebih dari sekali. Jadi, ia akan keluar results seperti ini. Cuma pastikan dalam results tersebut ada tarikh dan masa anda check pertama kali) – Jika anda belum pernah check, result original akan seperti step # 3 di atas. 

Cara Verify Baseus Original Atau Tiruan 6

 

Jadi, ini lah cara verify BASEUS Original atau Tiruan. Mudah kan ? Jadi, pastikan anda beli set aksesori BASEUS yang original sahaja, supaya kualiti yang terjamin serta anda boleh gunakan lebih lama. Nak lebih mudah tanpa perlu risau bab original atau tak, dapatkan set original anda dari SHOP Sifupowerbank. Di jamin 100% Original BASEUS. 

Jumpa lagi di tips yang akan datang. Jangan lupa follow Instagram / Facebook Page Sifupowerbank ya.  Jika anda ada sebarang soalan / cadangan, boleh tinggalkan komen anda di bawah . Atau klik pada ikon Messenger di bahagian sudut kanan bawah untuk terus PM kami. 

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping