Bagaimana cara semak aksesori AUKEY original atau tiruan ? Adakah hanya dengan lihat pada harga ? Di sini kami share cara semak aksesori AUKEY original atau tiruan dengan lebih mudah dan meyakinkan. Kerana kebelakangan ini, semua aksesori telefon di jual dengan harga yang sangat murah, sehingga mengundang persoalan, adalah betul original, atau hanya indah khabar dari rupa sahaja.
Ini kerana semua aksesori telefon di bawah jenama AUKEY mempunyai jaminan pelindungan selama 18 Bulan. Jadi, jika anda terbeli aksesori tiruan, memang sangat rugi. Kualiti tak setanding aksesori original. Jadi, lebih baik anda guna kan yang original sahaja sama ada power bank, USB Cable atau apa sahaja aksesori untuk smartphone anda.
Ok, di sini kami akan kongsi kan bagaimana anda boleh semak adakah aksesori AUKEY anda original ataupun tiruan .
Cara Semak Aksesori AUKEY Original atau Tiruan
Cara #1 – PASTIKAN ANDA LABEL SECURITY INI PADA KOTAK / PACKAGING AUKEY ANDA.
Pastikan ada security label ini pada kotak aksesori AUKEY anda. Ia bewarna hijau. Warna rasmi untuk jenama AUKEY. Jika dapat warna lain, sila elakkan beli / tanya pada penjual anda. Pada label ini terdapat satu lapisan bewarna kelabu yang anda boleh gores untuk dapatkan kod security unik di bawah lapisan tersebut. Ia seperti kad top up anda, anda hanya boleh gores 1 kali sahaja yer.
Cara #2 – Gores lapisan kelabu untuk dapatkan 20 digit bernombor .
Setiap dari anda akan mempunyai kod yang berlainan pada setiap kotak ok.. Jadi, tidak sama. Nombor sekuriti ini unik dan hanya mewakili set yang anda dapat sahaja. Ini salah satu cara bagi memastikan set yang anda dapat ORIGINAL . Sama konsep seperti kad top up prepaid anda. Hanya satu kod sahaja untuk anda.
Pastikan 20 digit ok. Bukan 18, atau 16 atau tiada digit lansung . Pastikan ada kod sekuriti selepas anda gores label tersebut. Jika tiada, sila rujuk semula pada penjual anda.
Cara # 3 – Cara Semak Aksesori AUKEY Original dengan masukkan kod di website rasmi AUKEY international .
Masuk ke laman web ini untuk check kod sekuriti AUKEY anda : >> https://www.aukey.com/verify
Kemudian masukkan 20 digit kod sekuriti anda ke bahagian atas CAPTCHA . Tekan butang “Check” . Jika tak cukup 20 digit bernombor, sila berhati-hati.
Cara # 4 – Ini results untuk aksesori ORIGINAL AUKEY anda.
Pastikan results yang anda verify sama dengan apa yang kami paparkan di sini. Anda akan di beritahu bahawa, produk AUKEY yang anda beli tersebut ada real AUKEY Product dan ada jaminan selama 18 bulan . Jadi, ini bermakna, set yang anda dapat adalah set AUKEY yang betul-betul ORIGINAL.
Jika results tidak sama, sila check semula kod yang anda masukkan .mungkin ada sedikit kesilapan atau terbalik digit nya . Namun jika dah check 2 ke 3 kali, tetapu masih tiada results yang keluar, anda perlu rujuk semula pada penjual anda. Mintak dia verify kan set yang anda dapat.
Namun, jika anda semak kod tersebut buat kali ke-2 atau seterus nya, results nya akan di paparkan seperti ini . Ini kerana, kod tersebut hanya boleh di semak 1 kali sahaja.
Namun jangan risau, ia tetap original. Pastikan ia tunjukkan details first verification anda iaitu mesti ada tarikh dan masa yang pertama kali anda check sebelum ini .
Jika anda tidak pernah verify kod tersebut, tetapi keluar results yang tunjukkan kod anda telah di verify, kemungkinan anda dapat set yang terpakai . Sila rujuk semula pada penjual anda. Dapatkan details dari mereka.
Pastikan anda beli yang ORIGINAL sahaja supaya anda dapat rasai performance , ketahanan serta kualti aksesori AUKEY anda. ANda boleh terus share Cara Semak Aksesori AUKEY Original atau Tiruan ini pada kawan-kawan anda ye. 🙂
Untuk dapatkan aksesori jenama AUKEY yang ORIGINAL, jom terus ke webshop kami di sini >> AUKEY STORE . Semua nya ada warranty selama 18 Bulan yer. Warranty kad kami serta kan bersama dengan item yang anda tempah.
Kalau kotak brown color xde warranty label tu..mmg fake la ye..tapi beli dari unipro …
Mungkin new packaging yer cik.