Power bank Xiaomi sangat terkenal dan sangat laku laris sehingga 55 Juta unit terjual seluruh dunia setakat ini. Namun, itu adalah lah angka rasmi berdasarkan jualan melalui wakil SAH / laman jualan online Xiaomi. Tetapi bagaimana pula dengan power bank tiruan Xiaomi? Seperti kita tahu, power bank tiruan Xiaomi pun pasti ada dalam pasaran dan bebas di jual berleluasa dengan harga yang sangat murah.
Apakah Cara Nak Tahu Powerbank Xiaomi Original atau Tiruan ?
- Pastikan anda membeli powerbank Xiaomi hanya dari wakil SAH / laman web rasmi Xiaomi Malaysia sahaja. Jangan beli powerbank Xiaomi yang di tawarkan pada harga sangat murah. Ia adalah taktik untuk memancing anda supaya membeli set power bank Xiaomi yang tiruan.
- Jika anda sudah membeli power bank tersebut , sila periksa pada bahagian luar kotak nya. Pastikan ada sticker hologram dari Xiaomi ini. Jika tiada, sila tanya pada penjual yang anda berurusan.
- Klik pada link ini :- http://www.mi.com/verify/#secur_en
- Anda akan di bawa ke laman untuk verify kod security powerbank Xiaomi anda (seperti di bawah). Tapi bagaimana nak dapatkan kod security tersebut ??
- Anda perlu gores pada kotak segi empat di sebelah kiri label. Gores macam anda gores kad top up. Jangan kuat sangat, nanti hilang pulak nombor kod tu.
- Masukkan 20 digit nombor security yang anda gores tadi dalam kotak seperti di atas.
- Tekan butang “Verify”
- Selesai cara untuk verify power bank Xiaomi anda.
Nasihat kami , jangan kedekut untuk melabur lebih wang anda untuk dapatkan power bank yang betul-betul original. Banyak dah kes power bank meletup, power bank cepat rosak, power bank hanya boleh cas sekali sahaja. Beli sekali, pakai bertahun-tahun yer 🙂