Whatsapp : 017-787 9824
Cara Nak Tahu Powerbank Pineng Original 1

Cara Nak Tahu Powerbank Pineng Original

Latest Update : Feb 2019

Bagaimana Cara Nak Tahu Powerbank Pineng Original atau Tiruan

Jika di pos sebelum ini, kami ada share kan bagaimana cara untuk anda tahu power bank Pineng yang anda beli tu betul-betul ORIGINAL atau TIRUAN .

Yer lah, sekarang zaman semakin canggih, boleh di katakan hari ini keluar sesuatu produk baru dan laku keras , selepas esok dah ada orang tiru sebijik dah. 🙂 ..Laju betul dieorang buat keje.

Ramai yang tanya pada kami di Page Facebook dan di Instagram (follow IG: @sifupowerbank), bagaimana cara nak tahu powerbank Pineng original atau tidak. Mereka risau jika terbeli power bank tiruan kerana dah banyak kes power bank tiruan yang meletup serta cepat rosak . Harga memang murah, seronok tengok harga & terus teruja nak beli.Namun, anda akan rasa menyesal beli power bank murah selepas guna power bank tersebut.

Antara masalah apabila guna power bank murah tiruan adalah :-

  1. Power bank tiruan cepat rosak. Baru beli seminggu, dah tak boleh guna. Cas tak masuk ke smartphone.
  2. Berpotensi tinggi untuk meletup apabila terlebih cas .
  3. Selepas cas penuh powerbank tersebut , baru sekali cas dah habis . Contoh power bank 20’000mAh , jika original boleh cas sehingga 5 kali, tetapi yang tiruan, 1 kali cas dah habis kuasa nya.
  4. Cas bateri powerbank terlalu lama nak penuh. Dah 24 jam masih tak penuh-penuh.
  5. Seller bari warranty 1-3 bulan sahaja. Jika berlaku masalah, susah nak claim atau senang cerita, tak kan dapat claim. Perlu beli yang baru.
  6. Jika anda buka isi dalam powerbank, antara yang anda akan jumpa adalah bateri berpasir , atau plate besi untuk beratkan body powerbank .

Jadi, di atas adalah antara masalah yang sering di aju kan kepada kami sepanjang tempoh kami beroperasi menjual power bank original sejak tahun 2012. Kenapa perlu bazirkan duit beli power bank murah, sedang kan anda hanya perlu beli powerbank original 1 kali sahaja tetapi tahan lama .

Tips kami bagaimana untuk deal dengan penjual power bank untuk pastikan power bank itu Original :- 

[su_list icon=”icon: chevron-right” icon_color=”#d20c3c”]

      • 1) Jika harga terlalu MURAH, sila berhati-hati. Sangat penting ! Jangan telalu teruja dengan harga yang murah .
      • 2) Pastikan warranty yang seller beri adalah minimum 1 TAHUN. Kurang dari itu sila berhati-hati.
      • 3) Lebih Penting – Dapatkan warranty kad / resit pembelian dari seller bagi memudahkan anda untuk claim warranty di masa akan datang. Takut jika tiada kad/resit, pihak seller tersebut akan gunakan alasan tiada bukti untuk claim warranty.
      • 4) Pastikan seller tulis tempoh warranty dari tarikh pembelian . Jadi, anda akan lebih jelas warranty power bank di lindungi dari bila sampai bila .
      • 5) Pastikan seller mempunyai syarikat yang berdaftar dengan SSM (untuk pastikan ia adalah perniagaan yang SAH) . Anda guna perlu pastikan , sebaik nya akaun bank yang di guna kan adalah atas nama syarikat ,bukan atas nama persendirian.
      • 6) Dapatkan servis after sales dari seller. Sekali sekala, cuba hubungi seller itu untuk pastikan seller itu masih AKTIF & HIDUP

[/su_list]

Bagaimana cara nak tahu powerbank pineng original ? Follow langkah-langkah di bawah untuk process verification :

1) Kotak / Packaging Power Bank Pineng Yang Terbaharu 2019 .- Pastikan anda dapat packaging Pineng seperti di bawah ini .Ini yang latest packaging dari Pineng untuk tahun 2018 – 2019. Jika dapat packaging lain, sila berhati-hati (di khuatiri power bank tiruan @ stok lama) . Di pihak Sifupowerbank sendiri, kami mempunyai semua stock terbahaharu. Jadi, tiada stock lama dalam simpanan kami. 

Cara Nak Tahu Powerbank Pineng Original 2

Cara Nak Tahu Powerbank Pineng Original 3

2) Pastikan Security Label di luar kotak Power Bank Pineng anda adalah seperti yang berwarna biru kelabu ini. – Ini adalah latest label security dari dari Pineng untuk semua power bank nya. Jika tiada label ini, atau label lain , sila berhati-hati atau elakkan dari membeli power bank PIneng yang tiada label security ini. 

Cara Nak Tahu Powerbank Pineng Original 4

Perbezaan security label lama dan baru Pineng . Please Take Note. Warna GOLD – Label lama . Warna Biru – Label Baru.

Verify-Label

3) Ambil duit syiling anda dan gores pada security label itu. – Macam anda gores kad top up kredit smartphone anda . Selepas gores , anda akan dapat kod bernombor (16 Digit) seperti di bawah. Ingat.Pastikan anda 16 digit bernombor, bukan 14 digit atau lebih dari 16 digit. 

Cara Nak Tahu Powerbank Pineng Original

4) Masuk ke website official Pineng untuk verify kod   >> en.pineng.cn  – Masukkan 16 digit kos security tadi di ruangan/kotak “security check” dan tekanOK “.

Cara Nak Tahu Powerbank Pineng Original 5

Masukkan 16 nombor kod anda terus ke dalam kotak berwarna Hitam . Pastikan cukup 16 digit ye.. Selepas itu, tekan butang “Anti-fake Check ” untuk dapatkan result anda.

Cara Nak Tahu Powerbank Pineng Original 6

security kod new pineng

5) Selepas anda tekan butang Oren tersebut , maka akan keluar notification seperti di bawah ini jika power bank anda itu Original Pineng. Jika keluar notifikasi selain dari ini ,sila contact semula penjual anda & berikan screenshot results anda tadi.

Cara Nak Tahu Powerbank Pineng Original 7

Untuk result original, pastikan ia 100% sama seperti dengan result yang kami verify di atas . Pastikan juga ada perkataan ” This is genuine Pineng Power bank ” . WAJIB ada.  Untuk lebih lanjut, refer artikel di bawah untuk ketahui bagaimana results yang bukan Original :-

Baca : Results Bukan Power Bank Original

Jadi, ini adalah langkah-langkah bagaimana cara nak tahu powerbank pineng original ataupun tiruan.Di harap juga, langkah-langkah di atas anda boleh membantu anda sebelum membuat keputusan untuk memilih power bank anda.

Kami tak mahu anda tersalah pilih antara power bank tiruan dan power bank original . Sebab nya, anda boleh nilai sendiri. apa kah isi dalam power bank tiruan yang murah tu . Bayang kan jika powerbank tiruan ini meletup , apakah nasib yang mahal menimpa anda ?

cara-nak-tahu-powerbank-pineng-original

powerbank pineng tiruan

Jika anda nak lebih yakin, lebih selamat serta transaksi mudah ,  apakata anda terus sahaja berurusan dengan kami  Sifupowerbank . Semua set power bank kami di ambil terus dari kilang dan pasti nya set kami adalah 100% Original tanpa was-was .

buy original pineng powerbank

Apa jaminan yang kami akan beri jika anda dapatkan power bank Pineng dari Sifupowerbank ?  :

      • 1) Kami pastikan JAMINAN SELAMA 12 BULAN (Pineng) / 18 BULAN (Aukey & Tronsmart)  dari tarikh pembelian anda.
      • 2) Kad warranty kami akan serta kan dengan setiap pembelian . Anda boleh guna kan kad warranty ini untuk menghubungi kami, untuk claim warranty jika power bank ada masalah.
      • 3) Support After Sales –  Kami pastikan anda tidak di abaikan jika ada sebarang masalah dengan powerbank anda.Anda boleh menghubungi kami untuk tanya kan sebarang soarang.Dan kami pastikan, sebarang soalan anda di jawab dalam tempoh kurang 1 Jam.
      • 4) Jaminan 100% pulangan wang jika power bank yang anda terima dari kami adalah bukan original Pineng setelah anda ikut langkah-langkah cara nak tahu powerbank pineng original di atas. .
      • 5) Jaminan pulangan wang @ ganti dengan power bank baru jika tempahan anda tidak di terima dalam masa 14 hari waktu bekerja. 

Beli power bank Original sahaja untuk ketenangan fikiran anda . Terima kasih kerana terus mempercayai kami sebagai pembekal powerbank original anda.

Cara Nak Tahu Powerbank Pineng Original 8

Mohon anda share kan artikel ini kepada kawan-kawan, adik beradik serta komuniti di sekeliling anda supaya tidak ada lagi yang tertipu dengan power bank tiruan. Klik butang di bawah untuk share kan cara nak tahu powerbank pineng original dari Sifupowerbank.  Jika ada sebarang soalan, boleh komen di bawah. 

116 comments

    Kalau charge powerbank guna adapter yg output 1.35A ok tak?

      Boleh tuan Akib.Tiada masalah. Yang penting jangan sampai overcharging dari segi masa sahaja.

      Maksudnya, jangan cas power bank tuan sehari suntuk. Cukup sekadar max 10-12 jam 🙂

        hi cik nk tnyaaa..jika berkali2 cek no code itu..adekah reply dri pihak pineng akan berubah.. sbb 1st saya cek kata original from zhingshan pineng dan second time dia kata dikhuatiri fake.and cek kali 3 dia kata fake goods and have to call supplier.. adakah itu perkara normal.so skrg powerbank ini fake atau tidak..trima kasih

          Cik Izzati,

          Yes. Security code tu hanya boleh di verify sekali jer. Jika untuk pertama kali tersebut ia dah bagi results original Pineng, so, ia adalah power bank yang original.
          Jika kali ke-2 cik verify kod yang sama, ia akan keluar error yang katakan code repeat atau di khuatiri fake.
          Ini adalah ciri-ciri keselamatan pada Pineng yang mana, setiap power bank mereka hanya ada 1 kod sahaja dan bukan di share dengan powerbank lain.

          Jika power bank cik bukan original, masa 1st time verify ia akan bagi results fake 🙂

          Untuk lebih lanjut, sila layari post ini :-
          http://sifupowerbank.com/2016/03/15/power-bank-pineng-tiruan-apa-tandanya/

          Terima Kasih,
          Azlan
          +6017-7879824 (Whatsapp/Telegram)

        Aslmkum..power bank bleh kembung x…dan klau kembung bleh ka guna lg

          Waalaikumsalam

          Kami tak galakkan encik menggunakan powerbank yang dah kembung.
          Ia amat bahaya kerana ada potensi power bank tersebut boleh meletup.
          Jangan gunakan yer.. Dapatkan powerbank yang baru.

          Terima kasih.

    Kalau dia kata dah cek 8 kali, apa maknanya? Ada kemungkinan tak seller tu pakai fake product yg tiru no siri sama dgn yg ori?

    Assalamualaikum.. Tuan… Powerbank Pineng original PN999 ada stok tak?

      Waalaikumsalam tuan..Buat masa ini, saya takda stock untuk model PN999.Tapi ada model untuk PN969 20000mah yang terbaharu dan lebih ringan. 🙂

    Nak tanya, saya ade beli power bank di kilang bateri di kedai gadjet world, PN999 BERHARGA rm110 . Dia kata warranty setahun, saya mintak kad warranty dia hanya bagi resit kedai dia kata boleh tuntut apa apa guna resit tu. Betul ke powerbank Pn999 tu berat? Saya nak tanya adakah powerbank syaa tu original ataupun tak.

      biasa nya kalo power bank original akan berat :-). Warranty kad bergantung pada reseller..ada yang bg warranty kad dan ada yang bagi resit.. yang penting, simpan jer resit nya.

    Saya memiliki power bank pineng berkapasiti 20000 mah. Apakah kesan sekiranya saya mengecas power bank saya, lebih drpd 12 jam, atau setelah tenaga nya full 100%, tetapi masih cas ?

      Saya galakkan encik untuk tidak overcharge terlalu lama. Event pineng ini ada fungsi auto cut off utk prevent litar pintas, tp jika selalu di biarkan overcharge, ia mungkin akan lebih cepat rosakkan powerbank tuan

    assalammualaikum saya nak tanya kalau dekat kotak tu ade label biru tu tapi gores no tu takde tu bermakne fake power bank ke?

      Waalaikumsalam.

      Semua power bank Pineng mempunyai 16 digit bernombor selepas di gores. Jika tiada, itu adalah power bank yg tiruan.

      Cik beli model apa yer ? Dah report pada seller cik?
      .

        Salam saudara…sy baru beli power bank pineng PN 999 20000 mAh..sy gores x de pon no pd barcode tu..n sejak sy beli hr2 cas…mmg normal ke cas power bank 20000 mAh hr2?tq

          En Jaja, untuk power bank Pineng original, ia sepatutnya mempunyai kod 16 digit selepas awak gores.
          Jika takda, itu di khuatiri power bank yang bukan original Pineng @ tiruan.

          Sila check semula dengan seller yang awak berurusan sebelum ini untuk mendapatkan kepastian:-)
          Terima kasih.

            Saya ade beli powerbank dekat lazada,mula mula sampai,oke cantik menyala semua,lepas off,then on balik,dah tak berfungsi,kenape ye?

            Tuan Shaiful,
            Untuk kes tuan, jika seller di Lazada ada cover warranty, saya sarankan tuan untuk claim warranty dengan beliau.

            Ini lebih kepada symptom PCB Board rosak / error.
            Sila contact seller tuan untuk tindakkan lebih lanjut.

            Terima kasih 🙂

    nak tanya, saya baru beli powerbank pineng yg 1000mAh punya, pastu saya dah charge la buat kali pertama. dia tulis dah 100%. bila saya cabut charger dan charge ke fon saya dia taknak. dia gelap je. saya tgok dia tulis 0%. saya pelik. saya igt dah low balik saya pun pergi la charge balik tiba tiba dekat belakang powerbank tu mcm ada lubang kecik warna hitam maybe litar pintas sbb bau dia dan warna merah pastu mula tu kecik lama lama jadi besar skit lubang dia tu. saya pun off je lah takut jadi benda lain. saya perlu buat apa ya?

      Assalamualaikum cik Nur Asyiqin,

      Jika ada masalah yang serius mcm ini, jangan guna lagi power bank tersebut kerana di khuatiri akan berlaku litar pintas nanti.So, tak perlu guna lagi power bank tersebut.
      Sila rujuk kembali pada seller anda untuk perbincangan dan sbb power bank masih ada warranty, boleh mintak claim utk 1 to 1 dengan seller anda

    10000mAh*

    salam, sy nak tnya la, kalau order skrg, agaknya brpa lame ambil mase ntok delivery power bank nie..? ke pekan pahang..sy plan nk order Pineng Power Bank 20000mAh – PN969

      Waalaikumsalam cik Syahirah.
      Alhamdulillah.
      Ok.biasa nya, untuk tempoh delivery di dalam area Semenanjung Malaysia, akan ambil masa 1 -2 hari waktu bekerja (Pos Laju).

      Barang ready stock. Jadi, kami boleh buat penghantaran pada hari yg sama jika terima pembayaran sebelum jam 2PM setiap hari 🙂 .
      ———–
      Utk fast response –> Whatsapp ke +6017-7879824.
      ———–
      Terima kasih 🙂

        i nak Order Power Bank Pineng PN 969 20000mAh.
        Price Brpa yerr??

          Tuan boleh order di link di bawah :

    Saya ada beli pineng powebank pn920 20kmah dengan harga rm60 dari lazada.so,selepas check verification code,keluar yang freeze ke ap ntah tu.then saya tanya penjual.nie jawpan die bagi:

    “Hi sir,thank you for contact our services team?

    For the first,your Pineng powerbank was original manufacturers by ZhongShan Pineng Battery Co.Ltd. There are show you that (ipg1)QR code on the box with the security code as well.

    In market now, there are 2 original Pineng powerbank are selling. The first are the tax-able set with selling prices within (ipg2&3)RM90.00-RM110.00. This type of Pineng powerbank was paying tax to goverment and Pineng ZhongShan,China. You will see the TITTLE will mention with 100% Original/Authentic. So this type of powerbank normally you can scan the code on the web.

    For the second type, there are also untaxed item,usually we call it AP (Ambassador Program) . There are the same manufacturing but unpaid tax to ZhongShan government and also customs, so normally this is will be set in another web. For this tax-less item normally will selling within (ipg4)RM55-RM70 depend to the seller.

    For the fake one,is easiest way are the stamping for the code are in (ipg5)”Golden” colour now. Some of the seller will sent the fake for customer and selling as the AP prices

    So now, you are purchased an AP Pineng powerbank ( tax less ). Functions are same like those tax-able powerbank. Original manufacturer from ZhongShan Pineng Battery Co.Ltd. By the way we provided 1 year local supplier warranty for all shopper. So no worries about that”.

    Persoalan,memang ada ke AP set.?
    dan memang sticker saya tu bukan jenis gold tapi yang biru,latest punya.

      Tak sure ada AP ke tak..Sy pun baru tau..
      Biasa, sy akan refer pada website Pineng untuk pastikan barang original dari Pineng kan..Maksudnya,barang yg mmg Pineng buat dan dieorg ada rekod serial no. nya. Kalo AP, sapa pulak yg buat?? huhu.

      Boleh rujuk entry saya apa results utk power bank 100% Original Pineng :-
      http://sifupowerbank.com/2016/03/15/power-bank-pineng-tiruan-apa-tandanya/

      Pada saya, saya lebih yakin jika serial no / kod security tersebut ada & SAH dalam sistem Pineng.

        Saya pun dapat jawapan yang sebijik cakap AP bagai. Betul ke.

          En Dibo, yes, Ikut latest info yg saya dapat dari supplier saya, ada jenis AP utk Pineng, harga memang boleh drop lebih rendah, tetapi masalah nya, ketahanan dan kualiti tak setanding original. Bateri nya pun bukan 100% tepat. Maksud nya, jika 10000mah,maybe akan dpt dalam 6000mAh atau bateri jenis low quality..lbh cepat habis.

          Sebab itu, AP power bank tiada dalam rekod/system Pineng .

          Nasihat saya, beli jer yg original. Dah confirm Pineng yang buat , so kualiti 100% tahan lama .

    Blh sy tahu powerbank pineng menggunakan bateri jenis ape?

      Untuk power bank Pineng original, ia akan menggunakan 2 jenis bateri iaitu Li-ion dan Li-Polymer.
      Untuk model lama Pineng,kebanyakkan menggunakan bateri jenis li-ion dan utk keluaran terbaharu pineng seperi model PN963, PN983 dan PN969 20000mAh telah menggunakan bateri li-polymer.

    Saya baru beli powerbank pineng pn968 10k mah saya nak tau lepas dah habis guna dari 100% masa beli sampai habis nak kene cas untuk first time cas berapa lama ye?

      Sekarang, teknologi batery dah makin maju. Jadi, just cas full sampai penuh 100% dan boleh terus guna balik. Jangan terlalu orvercharge , di khuatiri bateri akan cepat rosak. 🙂

    Saya baru beli powerbank pn968 lepas habis guna dari 100% nak kene cas balik untuk first time cas nak kene berapa lama?

    Pernah trbaca bloger yg lain.. kata ada perbezaan warna dlam port usb hitam dan putih.
    Ada kata hitam adala tiruan..
    Ataupun tak semesti ataupun ikut model…

      Done reply through Whatsapp ya 🙂

    Blhkah kita charge semula powerbank indicatornya menunjukkan tak sampai 0%, misalnya 17% ke? Sbb di sini powerbank saya beli dia tulis “Pls use until 0% And recharge 8 hours”

      Assalamualaikum Encik Adnan.

      Yes.Boleh recharge pada mana2 amaun %. Tiada masalah, mungkin encik ada urusan di luar dan perlukan power bank recharge full, tetapi masa tu ada baki lagi 40%, maka, itu tak menjadi masalah untuk encik cas power bank tersebut.Ia bergantung kepada keadaan encik.

      Cuma, itu lebih kepada long term penjagaan ketahanan bateri. Lebih bagus jika recharge jika bateri dah low <2% sekurang nya (0% lagi baik)untuk menjamin ketahanan bateri.

      Terima kasih 🙂

    Assalamualaikum boss… sy ada beli powerbank pn969 (20k mah)… mcm ne nk tau model tu tiruan atau original… sy beli rm125 di kedai gajet dan komputer.. katanye original… die bg warranty 1tahun…just tulis atas resit tarikh pembelian..jika brlaku kerosakan dalam tempoh 1 tahun.. boleh datang kedai die.. tp ada trbaca dlm blog lain.. isu kotak luar original..tp isi dlam(powerbank) depa tukar clone.. so sy nk tau apa perbezaan PN969 ori VS clone.. boss leh watsapp sy.. 0193272565… terima kasih boss…

      Waalaikumsalam.

      Itu hanya lah kemungkinan ada penukaran dan jarang berlaku jika beli pada seller yang di percayai.
      Kotak luar biasa & fizikal power bank tu mmg susah nak beza dgn yang original. Cuma yang penting adalah kod security berwarna biru.
      Dalam kotak security tu akan ada 16 digit bernombor dan perlu verify di laman web official Pineng.cn..

      Boleh refer kepada cara verify kod Pineng :http://sifupowerbank.com/2015/12/05/cara-pantas-mudah-verify-original-pineng-power-bank/

      Refer result verify original @ tiruan : http://sifupowerbank.com/2016/03/15/power-bank-pineng-tiruan-apa-tandanya/

    Hi.. Ada ig ke fb utk sy survey dulu? Berminat nak beli power bank.

      Hai Cik Ana.
      Yes. Cik boleh follow FB page kami –> sifupowerbank

    Salam,kalau dia ade 12 digit je num code fake ke?

      Betul cik Farah. Security Code untuk Original Pineng should be 16 digit.

    Kalau guna power bank pineng solar berapa jam cas anggaran.kalau beli Kat pasar malam fake ke atau original power bank solar pineng capacity 70000mah.

      Encik, Pineng tidak pernah mengeluarkan sebarang model power bank Solar .
      Sepanjang yang saya tahu, untuk power bank original pineng, kapasiti paling tinggi adalah 20000mah sahaja. Tiada lagi model yang mempunyai kapasiti melebihi 20000mah sehingga saat ini. 🙂

      Sila berhati-hati dengan power bank tiruan kerana ia mudah rosak & mungkin meletup.

      Terima kasih 🙂
      +6017-7879824

    Assalam, kalau masalah power bank x msuk cas..pstu kjp boleh on kjp xleh. Da try tukar cable.. dlu dpt dlm lbh 10 kli cas..tp skrg cas 100%..dpt guna 2 kali..pstu x leh hdup.. Da try tunggu habis batry..bila dah cas ckup 100% ..pstu dan guna 2 kali trus dia xhdup…mti sndiri., saya dh guna powerbank selama 7bulan. Masalah mcm ni layak ke saya claim warranty?

    Maaf…saya na tanya..saya baru ja beli powerbank 20000mh pineng..n today…dia ta nyala..bila sy na recharge..kenapa ya..

    assalamualaikum en….saya scan no 16 digit tu kluar mcm ni..
    You enter the security code: 21************** Results: Hello, security code on your request because it has exceeded the number of queries may have been frozen! Beware of fake! Or contact our customer service staff!

      *ori ke x ye??

      Waalaikumsalam cik 🙂

      Baik. Mengikut scan results yg cik bagi tu, nampak nya code tersebut adalah kod yang fake (tiruan).
      Maksudnya, security code tersebut telah di gunakan banyak kali dan bermakna, power bank yg cik terima tu adalah power bank tiruan.
      Sila contact dengan penjual cik untuk meminta confirmation. Hati2 dengan power bank tiruan.

      Utk ketahui lebih lanjut mengenai security code Pineng, sila klik link ini :-

      Results Security Code Pineng

      Terima kasih 🙂

    Salam,nk tnya..ari tu saya ada beli powerbank 20k mah..bile saya cas,dalam masa sejam hanya berapa peratus je masuk..powerbank saya brmasalah ke?

      Waalaikumsalam. 🙂 . Itu biasa nya bergantung kepada output charger dan usb cable yang tuan guna kan. Lagi besar output charger dan usb cable boleh support arus besar tu,lagi cepat % akan naik.

      Jika power bank rosak,kebiasaan nya cas terus tak masuk. TQ

        Trima kasih untuk jawapan..lega hati saya dngan xrosak..klau macam tu output charger dngan usb cable yang encik syorkan…trima kasih skali lagi

          Saya rekemen encik Amar gunakan charger dual USB dan High speed cable dari Pineng.

          Boleh tgk details di bahagian :- shop

    Assalamualaikum…sy beli p/bank pineng n mcmana sy nk tau ianya dh ada brp %…d mn nk tngok sbb x de nombor@angka….

      Waalaikumsalam. 🙂 .. Cik punya power bank Pineng model apa yer?

    Salam. Encik, yg kalau yg dlm packaging hitam encik letak gambar tu, itu tiruan ke ?

      Waalaikumsalam.

      Pineng ada 2 jenis packaging iaitu warna coklat dan hitam.
      Untuk pengetahuan cik, dua-dua adalah original.

    saya beli power bank…tapi bila saya goncang mcm ada bnda longgar kt dalam…power bank penang

      Mungkin ada part yang tertanggal di dalam nya. Kene check semula.

    Bro,
    Nak pastikan Ori,
    Power bank yg ori kena tgk pada lidah female adaptor tu. Kalau lidah putih, pirate. Lidah hitam tu standart ori.

      Sekarang bukan saje lidah, semua nya dah di copy 100% sama sebijik.
      Ada juga kes yang di adukan pada kami power bank berlidah hitam 🙂 ..Depa sure akan tiru 100% ..

    Salam tuan, saya nak buat pengesahan, betul ke powerbank original pineng boleh 2 in 1 (cas fon dlm masa yg sama powerbank tersebut charging).

    Saya ada 2 powerbank model 999, satu pasti original sebab 1% powerbank boleh naik 8% kat fon dan rasa lama nak habiskan 20k mah. Berbeza dgn satu lagi copy grade a sebab luaran 98% look original (beza pada lidah usb dan warna emas body, kalau original ada licin2 mcm wax sikit)..

    Berbalik soalan asal, boleh ke sy guna indicator boleh charging powerbank dlm masa yg sama fon dicas guna powerbank sbg indicator original vs clone? Thanks

    saya dah masukkan code dan dapat reply Results: Without this security code, beware of imitations or re-check the input. Be cautious if no anti-fake code here, or please check again. maknanya powerbank saya ni palsu ke ?

      Sila cuba dan semak 16 digit bernombor pada security label tersebut sekali lagi dan cuba sekali lagi.
      Jika keluar results yang sama,saya pasti ia adalah power bank yang bukan asli (fake / imitations).

      Terima kasih.

    Bro saya baru dapat powerbank pineng pn920 90k mah..saya dah check dah memang ori..tapi bila saya cas ade bunyi berdesing dekat powerbank..tu normal ke?

      Jika power bank tu mengeluarkan bunyi terlalu kuat, sila contact seller anda.
      Sebelum tue,boleh juga test guna USB cable yang berlainan untuk lihat ada masalah yang sama atau tidak,

        Saya pun cuba cable powerbank pineng utk cas. bunyi. guna cable lain pun bunyi. try kat hp member pun bunyi. so?

          Jika tidak terlalu kuat, tiada masalah.. Jika kuat , jangan gunakan.
          Boleh claim dengan seller jika power bank tersebut masih dalam tempoh jaminan .

    Sye gores code kat blakang tu tpi xde code. Cmne tu? Nak cek ori pon xleh

      Sekarang ada kaedah baru dari Pineng.
      Tuan perlu ada “Barcode Scanner” apps di smrtphones tuan dan scan barcode label di kotak power bank tuan.

      Insyallah, akan keluar results nya.
      Ini adalah untuk langkah keselamatan untuk menjamin tiada pihak lain yang meniru kod 16 digit nombor security seperyi sebelum ini.

    salam, kalau utk pn 999 port usb hitam tu mmg fake ke?

      Sekarang semua port untuk power bank Pineng berwarna Hitam.

      Selagi ada security label & code, sila verify di lama web Pineng.cn untuk check originality nya 🙂

    Assalam sifu gadget..sy nak tanya, suami sy ada kirim beli powerbank melalui kawannya di PC PHONE GADGET ni kota damansara..dia beli model PN 913 rm65 tapi dpt less rm55.. Seller ckp original tapi warranty 3 bln je..sy belum lg check no siri tu sbb kotak tertinggal dirumah.. Adakah powerbank sy ni tiruan encik?

      Waalaikumsalam puan.

      Itu puan perlu check terlebih dahulu code security pada kotak nya.
      Maybe kedai nak habis kan stock dan offer pada harga diskaun, cuma tentang warranty 3Bulan, itu perlu confirm kan dengan kedai kenapa 3 Bulan sahaja.

      Should be 1 Tahun warranty dan ini memberikan puan nilai yang lebih baik berbanding harga murah.
      Murah, tetapi warranty 3 bulan atau hanya tambah lagi RM10 untuk warranty 1 Tahun. 🙂

      Beza ..ia memang berbeza.. 🙂

    Saya baru beli powerbank pineng 20000mAh, saya caz dari pukul 1pm till 11pm.. baru 29%. Normal ke? Atau sy perlu biarkan smpai 100%. Melebihi 8jam.

      Mengecas powerbank banyak bergantung kepada charger & uSB cable yang cik gunakan.
      Untuk lebih cepat mengecas, kami cadangkan cik menggunakan charger yang output 2.1A & fast charging USB cable. Inysa allah, tempoh mengecas power bank cik akan lebih cepat berbanding charger biasa.

    Salam encik . Nak tny. Memang normal ke kalau cas powerband pineng yg 20000mh punya, dari jam 10.30 malam sampai 3.30 petang, tapi casnya hanya masuk 42%? Takpe ke kalau cas powerband for 2 days non stop?

      Waalaikumsalam cik Atirah

      Itu tidak normal. Sepatut nya, 20000mAh hanya perlukan antara 12 Jam sahaja untuk full cas 100%.
      Tidak boleh cas power bank 2 days non stop. Itu sangat merbahaya.

      Saya cadangkan cik test cas power bank cik menggunakan charger & USB cable yang berlainan dari yang cik guna sekarang.
      Kemungkinan, ia di sebabkan charger / USB cable cik.

    saya dah baca artikel dan semua maklumbalas komen encik. walaupun commentor beli produk bukan dr encik tetapi encik ttp membalas commentor degan baik. syabas. kipidap. sila teruskan. semoga murah rezeki.. tu je sy nak komen. hahah

      Alhamdulillah. Terima kasih cik atas doa tu..Aminnn 🙂 .
      Sama-sama membantu.

    Salam encik azlan. Saya nak tnya, mcm mana kalo powerbnk pineng pn999 20000mah masuk air boleh tak nk tau masih boleh guna lagi ke x. Waktu msk air ritu still nyala, esok kn nyer % tngl 0 n masuk charge xnaik and then gelap lepas 10minit caj. Mcm mana saya nk tau masih bfungsi ke tidak? Anggaran berapa kos tuk repair ye? terima kasih.

      Waalaikumsalam

      Kebiasaan jika power bank masuk air, lebih baik jangan guna. Sebab di khuatiri akan ada short circuit jika terus guna kan power bank tersebut. Agak bahaya terutama sewaktu kita hmengecas power bank tu.

      Maaf, untuk repair saya tak pasti berapa dan siapa yang authorized untuk repair.
      Jika ada bajet lebih, boleh beli baru .hehe 🙂

      Terima Kasih atas komen anda.

    Saya dah gores, tapi xde kod 16 digit tu. Jadi macam mana nak tau Ori ke x? Ke dah mmg confirm xori

      Terima kasih atas soalan tuan.

      Ada lagi satu cara untuk tuan verify sama ada power bank itu tiruan @ original Pineng.
      Follow step mudah di bawah:

      1) Install aplikasi QR Code scanner di smartphone tuan. Boleh taip sahaja “QR Code Scanner”
      2) Pastikan QR Code (code bentuk 4 segi pada label yang di gores) bersih dari habuk2 tempat yang di gores tadi.
      3) Sila scan QR code tersebut dan follow instruction dari apps tadi.
      4) Apps akan bawa tuan terus ke website Pineng untuk verify kod tersebut dan beri results dari scan tersebut
      5) Lihat result nya sama ada tulis “original” atau “beware of fake item” pada status results tersebut.
      6)Jika ori, terus kan guna.
      7) Jika tak ori, sama ada redha dan guna saje..atau claim semula dgn seller tuan jika beliau janji yang power bank tu adalah original. Terpulang pada tuan 🙂 .

      Harap dapat membantu tuan.:-)

    Ass….
    Apa powerbank ni bisa di kirim ke luar negri?seperti indonesia
    Tapi saya takpunya mata uang malaysia

      Waalaikumsalam

      Maaf yer.Saya tak buat penghnataran ke luar negara. 🙂 .
      Kos nya amat tinggi.

      Terima kasih 🙂

    Assalamu’alaikum..tumpang tnya..en.azlan ni ex-PUO ke?..mcm kenal..

      Waalaikumsalam,

      Maaf. Bukan dari PUO . 🙂
      Mungkin pelanduk 2 serupa tu..hehe

      TQvm
      Admin,
      Whatsapp : 017-7879824

    salam, saya baru je beli power bank pineng pn-920. hasil cek code 16digit tu kat bawah ni. ape maksud nye?

    : Hello! You have been checking the security code has been a number of inquiries, this is the third query, suspected fake, please contact the manufacturer. First time: 2017-07-04 15:22:18. The anti-fake code that you checked just now has been repeatedly inquired. First checking time: 2017-07-04 15: 22: 18, suspect fake goods, please contact with the manufacturer.

      Maksud message ini adalah kod security power bank tuan telah di verify pada 4/July/2017 (Jam 03:22:18 Petang) . Dan no kod ini telah di verify sebanyak 3X .
      Jadi, jika tuan sendiri yang check pada tarikh dan masa tu, so, ia bukan lah fake . Cuma kod ni tuan dah masuk kan banyak kali.
      Kod ni mcm kad top up prepaid, iaitu ia hanya boleh di periksa & guna 1X SAHAJA . Jika masuk 2-3X kod yg sama, ia akan keluar results seperti yang tuan paparkan tadi.

      Jangan risau yer 🙂

      Terima kasih menghubungi kami team Sifupowerbank .

    bermakna power bank tu ori lah ye? beli tadi rm100. siap warantty satu tahun.

      Biasa nya jika keluar results mcm nie mmg ORIGINAL .
      Kod mmg boleh guna 1 X sahaja . Warranty 1 Tahun OK. dan pastikan simpan resit / kad warranty untuk mudahkan claim bila ada apa2 masalah masa hadapan . 🙂

    tumpang tnya sifu .. kalau powerbank saya tu dekat kotak takde no siri .. pelekat pun takde .. yg tu dah sah2 fake ke ?

      Yes. SAH ia adalah power bank TIRUAN .

    Saya dari kota damansara ..dimana nak dapat power bank yg ori di kawasan sini

      Encik boleh dapatkan di kedai gajet berhampiran tuan. 🙂

    salam saudara, tumpang tanya, saya dah pakai power bank ni lebih kurang 1 tahun, baru tahu ada yang fake. kotak power bank tu dah buang sebab pindah pejabat. boleh ke saya tahu ori atau tak kalau berdasarkan sifat2 powerbank ni? so far guna ok, kalau caj fon yang bateri tinggal 30% kepada 90%, amount bateri power bank yang turun hanya sekitar 3-5% sahaja. kalau charging powerbank ni ia ambil masa juga, power dia tak naik cepat. ok ke powerbank saya ni? risau pula sebab memang ke hulu hilir bawa

      Wasalam, so far base on cik punya penerangan , ia ada ciri-ciri power bank yang original. Sebab dah 1 tahun, ia masih berfungsi dengan baik. Juga cik hanya guna sekitar 3-5% semasa cas bateri phone, jadi, ia amat jelas yang power bank cik original.
      Antara ciri-ciri powerbank tiruan adalah, walaupun cik cas power bank penuh 100%, tapi bila cas phone saje, ia akan kurang banyak dalam 60-70% ..

      Jangan risau cik..janji cik tak letak kan di tempat yg panas ataupun guna charger yg tak ori , ia masih selamat untuk cik gunakan seharian.

      Terima kasih atas komen cik.

    Kod keselamatan yang anda masukkan: 2123894175071713
    Hello! Anda cari adalah produk asal Guangdong Pinnacle Industrial Co., Ltd., sila tolong gunakan, terima kasih atas pertanyaan anda. Terima kasih atas pertanyaan anda. Ini adalah Pine Power Bank yang tulen dari Guangdong Pine Industrial Co., Ltd. Sila beri jaminan untuk menggunakan produk kami.

    asalamualaikum…mase haritu sye baru beli powerbank pn-953 10k mah..harganya rm80 tetapi warantty nya 2bulan…tapi sye check di verify pineng product die kata your pineng is guneine…so powerbank sye ini ori atau tidak?

      Waalaikumsalam 🙂

      ORI base on results. Tapi akan ada masalah dengan tempoh jaminan. Sepatut nya 12 bulan bulan, bukan 2 Bulan.
      Jadi, ini akan mendatangkan masalah bila power bank ada problem selepas 2 bulan .

      Bagi kami, ini amat merugikan .

      Terima kasih.

    Assalam sya bru beli pwbnk pineng p961. pwerbank smua ok dkt scan code smua ad da cek smua dlm web pineng pun ckp ori tapi kedai bg waranty 3bulan sje. Adkah waranty 3bulan memadai?

      Waalaikumsalam.

      Tak memadai. dan pada saya, itu juga salah satu penipuan. Atau mereka nak lepas tangan bila power bank rosak selepas 3 bulan.

      Terima kasih

    Apa rasionalnya dia letak code verified tu kat kotak dan bukan di powerbank?. Kalau check asli pun yang asli adalah kotak, powerbank tu belum tentu asli.. Poerbank dalam kotak pun tak seal…

      Adakah IMEI sebuah smartphone di print terus pada smartphone tersebut ?

      apa rasional nya di situ ? Adakah betul smartphone tu asli ?

    En Azlan, boleh ka sy nk order n beli power bnk dgn En? Urusannya mcm mana tu?

      Baik..tuan boleh terus buat order di website.

      atau jika lebih selesa di Whatsapp, tuan boleh terus Whatsapp saya di 017-7879824 (Azlan)

      Best Regards,
      Azlan

    Sy ada beli powerbank PN939 (20mah), utk charge iphone xs max. Cuma sy tak paham klu nk pakai cable type c ni. & klu pki high current bukan ke battery hp cepat rosak?

      PN939 tak support untuk fast charging IP XS Max.
      Saya cadangkan cik cari power bank yang lain jika nak fast charging .

      PN939 tiada efek apa2 pada bateri XS Max .>Sebab 939 hanya max cas 2.A saje.. Itu kira normal charging..Tempoh cas sama dengan charger asal iP..

      Jika pakai high current, akan efek jika terlalu tinggi. Jadi, boleh cari power bank / charger yang support Power Delivery di mana, teknologi ini akan auto set current yang masuk pada XS Max cik 🙂

      Terima kasih

    Assalamualaikum, sifu PB.. Saya nak bertanya ni sedikit ni, klu saya punya power bank saya beli online (lazada, shoppe, etc) kenapa kotak luaran, rekabentuk fizikal power bank, berat, dah macam hampir2 sama macam original dan ketahanan bateri power bank pun lebih kurang macam ori.. Ke pineng ni memang ada yang gred copy ori? Saya ada buat semakan di “Anti-Fake Check” dan hasilnya TIDAK SAMA macam apa yang sifu bagi di atas so saya asume power bank saya ni bukan original la kan? Tapi serius penggunaan setakat ni hampir 4 bulan memang amat2 terbaik.. Saya kadang2 keliru, saya punya power bank ni original atau x..

      Waalaikumsalam.. Memang ada yang copy-ori.
      Maybe set tu yang ok punya.. depends jugak tuan. ada yang ok, ada yang sekejap dah kong..

    Powerbank jenama titan setanding tak dgn jenama pineng?

      Maaf tuan.Tidak pernah guna jenama tersebut. No komen.

Leave a Reply to Azlan Cancel reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping