Ramai yang tanya kami cara kira berapa kali boleh cas bateri phone dengan power bank yang bakal mereka beli. Ada yang confuse nak beli power bank 10’000mAh atau 20’000mAh . Kerap juga pelanggan kami akan pasti yang berapa kali mereka boleh cas bateri smartphone jika mereka nak order sesebuah powerbank .
Adakah boleh kira semudah tolak , tambah ,bahagi seperti yang kita kira-kira semasa belajar mata pelajaran matermatik di sekolah dulu ?
Mungkin ya..Tetapi, ia nya tidak tepat . Anda tidak boleh terus bahagi kapasiti power bank dengan kapasiti bateri smartphone anda..
Cara Kira Berapa Kali Boleh Cas Bateri Phone Dengan Power Bank
INI CARA KIRA YANG BETUL :-
=======
Formula nya adalah :
[ Kapasiti Bateri Powerbank X 0.8 ] รท [Bateri Phone]
Contoh Kiraan :-
Samsung S7 Edge = Bateri 3’600 mAh
Powerbank Aukey = 30’000mAh
= [30000 x 0.8] รท [3600]
= 6.667 kali @ 6~7X cas full
Jadi, untuk pengguna smartphone Samsung Galaxy S7 Edge , anda boleh cas bateri anda sehingga 7 Kali untuk satu power bank 30’000mAh .
Cuba kita kira ikut matematik biasa = (30000/3600) = 8
Jadi, kiraan biasa / congak , anda akan fikir boleh cas sehingga 8 Kali penuh , tetapi, sebenar nya , ia akan kurang dari kiraan biasa
Mudah kan ?
Step Untuk Cara Kira Berapa Kali Boleh Cas Bateri Phone :
- Check berapa kapasiti bateri smartphone anda. Dapatkan dari laman web rasmi jenama smartphone anda.
- Buat anggaran dalam satu hari, berapa kali anda mengecas bateri smartphone anda.
- Buat kiraan seperti formula di atas dengan mengguna kan kapasiti 10’000mAh , 20’000mAh atau 30’000mAh . Selepas dapat keputusan nya , banding kan dengan step #2 .
- Buat tempahan power bank anda dari sifupowerbank (ini step paling penting ! ๐ ๐ )
Tapi, kenapa perlu kali dengan 0.8 ? Tak boleh ke terus bahagi macam biasa ?
Ini kerana , kita anggarkan yang akan ada bateri /power loss sehingga 20% dari kapasiti sebenar bateri powerbank . Ini di sebabkan akan ada kehilangan/kebocoran cas semasa pengecasan, usb cable yang tidak sesuai, sistem phone ,dan lain-lain lagi . Sebab itu anda perlu kali kan dengan 0.8 bukan 1.0 .
Jadi,buat anggaran anda sebelum membuat keputusan untuk membeli mana-mana model /jenama powerbank.
Ini penting supaya nanti anda tidak marah / complaints kenapa boleh cas 3X sedang jika kira biasa boleh dapat 5X.
Harap info Cara Kira Berapa Kali Boleh Cas Bateri Phone ini dapat membantu anda dalam mencari powerbank anda nanti
P/S – Tolong share kan info ini kepada rakan-rakan anda . Mungkin ada di antara mereka yang tercari-cari powerbank. ๐๐๐
Assalamualaikum tuan boleh wathsaap sy Ammar 0133408837
ok
assalamualikum encik, sy ila. sy nak minta kebenaran kongsi info encik. boleh ?
Waalaikumsalam.
Pasti boleh.