Tahukah anda, hanya dengan uninstall “benda” ini, anda akan dapat jimatkan bateri phone anda sebanyak ~ 15% atau lebih dalam 1 hari @ 1 kali bateri anda cas penuh. Menurut artikel yang di terbitkan oleh Inferse.com , selepas uninstall “benda” ini, bateri iPhone 6S lebih tahan 15% dari penggunaan sebelum anda uninstall kan “benda” tersebut.
Apa “Benda” yang perlu di uninstall ? Susah biasa nya pada kaki-kaki media sosial bila tiada “benda” ini pada telefon bimbit mereka.
“Benda” itu sebenarnya adalah “Facebook Apps” . Apps yang ada lambang F tu..
Cara Jimat Bateri Telefon Dengan Uninstall Facebook Apps
Dengan cara anda uninstall kan Facebook apps ini, jangan terkejut jika anda hanya perlu cas phone 1 hari sekali sahaja. Anda akan dapat berjimat antara 15% – 20% dari keseluruhan penggunaan bateri telefon bimbit anda. Jika anda tak mahu untuk buang terus apps ini, lagi satu cara adalah dengan disablekan fungsi Facebook – Location service. Anda boleh temui setting ini (untuk paparan di mobile) di bahagian Account Setting –> Location –> Device Setting –> Klik OFF.
Sebab itu saya kata yang cara jimat bateri telefon adalah sangat mudah. Saya sendiri dah uninstall lebih sebulan yang lepas dan bateri telefon saya memang nampak banyak perubahan. Jangka hayat bateri lebih tahan lama berbanding sebelum nya. Anda cuba lah . 🙂
Selain ia mampu memanjangkan bateri telefon anda, dengan cara jimat bateri telefon ini, anda juga dapat menjimatkan ruang memory dalaman telefon bimbit anda.Sebelum ini , saya parasan yang apps ini memerlukan memory storan sehingga 200-300MB. Selepas uninstall, prestasi telefon pintar anda juga semakin ‘laju’ dan tak mudah ‘hang’ lagi.
Jumpa lagi untuk cara jimat bateri telefon pada masa akan datang. Terima kasih kerana membaca artikel ini,Sila share untuk info pada rakan anda.