Bolehkah Cas Smartphone Biasa Guna Charger 5V 2A ? Ini soalan yang
Kita sering mendengar / terbaca yang tidak semua charger / power bank sesuai untuk smartphones yang anda guna sekarang . Ada smartphone yang hanya boleh menerima arus setinggi 1.0A sahaja..dan ada juga smartphone terbaharu di pasaran terutama smartphone yang menyokong fungsi USB Type C , ia boleh menerima arus yang lebih tinggi sehingga 3.0A dan ke atas .
Jadi, apakah arus yang sesuai untuk mengecas bateri smartphone anda ?
Bolehkah Cas Smartphone Biasa Guna Charger 5V 2A ?
Ada yang bertanya kepada kami :-
Jawapan : TIDAK . Tiada effect apa-apa kepada bateri smartphone anda walaupun anda mengecas pada charger sebesar 4.0A sekali pun .
Jadi, terus kan guna charger / power bank yang anda suka..hehe . Boleh guna charger yang menyokong fungsi QC iaitu satu teknologi dari Qualcomm Quick Charge 2.0 / 3.0 .

Secara teknikal nya , setiap smartphone di reka bersama-sama dengan cip yang membantu untuk mengawal aktiviti pengecasan bateri . Jika spesifikasi bateri anda hanya lah pada 5V 1.0A , walau sebesar mana pun arus yang di terima dari charger anda, ia hanya akan had kan arus yang masuk kepada bateri pada 5V 1.0A sahaja . Walaupun anda menggunakan charger output 100Amp , arus yang masuk tetap 1.0A sahaja (bergantung kepada sistem smartphone) .
Jadi,anda tak perlu risau lagi jika terguna charger “Fast Charging” , terus kan mengguna kan charger tersebut .Tidak perlu bimbang.Tiada efek pada bateri smartphone anda. Smartphone anda telah di reka sebijak yang mungkin.
Yang penting, anda perlu dapatkan charger yang di jamin 100% Original untuk sesuatu jenama .Jangan gunakan charger / power bank tiruan di mana , arus & voltan yang terhasil dari barang tiruan adalah tidak stabil & akan memberikan kesan yang tidak baik untuk jangka masa yang panjang .
Jangan kedekut apabila berhajat untuk membeli gajet elektronik . Lagi murah anda beli, lagi rendah kualiti dan semakin tinggi risiko yang bakal anda hadapi .
Sumber : Quora/Suitable Charger Current
Bolehkah saya mengguna fast charging 12w 2.4..telefon saya batery 5V 2A???
Boleh. Tiada masalah. 2.4A still ok.
.
12W atau 12V ? Ada beza tu..saya rasa 12 V ..
Jika 12V ia bukan lah auto 12V 2.4A , biasa nya sistem akan auto deliver arus yang sesuai dengan phone..
Boleh ke samsung tab guna fast charging
Boleh
Salam bos boleh tak fon samsung a52 guna cas guna charger original dari fon redmi note9 s..
Yes. Boleh tiada masalah 🙂
Cctv 1a.bolehkah guna 2a?
Boleh
Boleh tak saya charge fon jenama xiaomi menggunakan charger Vivo?Ada apa2 efek tak?
Boleh. Tiada apa efek. Janji guna kan charger dan cable original sahaja.
Macam saya guna charger 30w, blh kah saya guna charger yang lebih kuat dari tu contoh terkini 65w??
Yes.Boleh.Tetapi max power yang masuk hanya akan max pada 30W sahaja. Ikut pada specs asal phone.
Bolehkah smartphone yang memiliki fast charging Dicas menggunakan powerbank yang tidak memiliki fast charging . Tidak ada effect terhadap battery ke?
Boleh.
Tiada masalah, cuma kadar cas akan slow sahaja.
Salam bos boleh tak fon samsung a52 cas guna charger original dari fon redmi note9s..charger original samsung a52 15w redmi note9s pula 22.5w
Wasalam. Boleh boss
hp saya support 33w charging,tetapo bolehkah saya mengunakan charger/powerbank yg hanya mempunyai 10w sahaja,dan apa effect kepada fon dan battery?Tq bos..
hp saya support 33w charging,tetapo bolehkah saya mengunakan charger/powerbank yg hanya mempunyai 10w sahaja,dan apa effect kepada fon dan battery?Tq bos..
Macamane nak kenal pasti fast carging dengan x fast carging…dan jika kite pakai usb yg fast dgn kepala yg biasa maksud nya buka fast carging..macamne tindakn pengecasan itu…adakah masa dia mengecas..bateri masuk lambat