Whatsapp : 017-787 9824
Boleh Bawa Power Bank Dalam Kapal Terbang ? 1

Boleh Bawa Power Bank Dalam Kapal Terbang ?

Terdapat banyak persoalan mengenai boleh kah bawa power bank dalam kapal terbang.  Ini penting buat orang yang suka travel menggunakan pengakutan udara .

Ramai yang tanya kami, adakah boleh di bawa naik bersama atau hanya boleh di simpan di dalam beg anda ? Ini jawapan kepada anda bagaimana anda boleh bawa power bank dalam kapal terbang tanpa sebarang masalah

kapal

Anda Boleh Bawa Power Bank Dalam Kapal Terbang

Larangan untuk membawa peralatan berasaskan bateri lithium telah di kuatkuasa kan di peringkat antarabangsa oleh IATA – International Air Transport Association dan syarikat penerbangan di Malaysia (MAS, Airasia, Firefly dan sebagainya) sudah pasti mengikuti peraturan tersebut.

Namun, pasti nya anda tertanya-tanya, adakah semua barangan berasaskan bateri lithium tidak boleh di bawa naik? Tetapi smartphone juga mempunyai bateri ? Adakah bermaksud kita tak boleh bawa telefon bimbit bersama? Susah lah nanti kan..

Jangan bimbang… Ada beberapa syarat-syarat yang telah di tetapkan untuk para penumpang semua..Anda masih boleh bawa Power Bank dalam kapal terbang bersama dengan gajet-gajet anda yang lain, tetapi terhad dengan peraturan seperti di bawah.

Ini adalah info yang di dapati dari pihak IATA.

Bawa Power Bank Dalam Kapal Terbang

Anda perlu dapatkan info berapakah Watt Per Hour (Wh) bateri gajet anda.Biasa nya smartphone mempunyai kadar Wh yang rendah.

Cuma jika anda ada gajet-gajet yang bersaiz besar seperti power bank, laptop, dan lain-lain, sila dapatkan info bateri anda dari pengeluar anda. Ini bagi memudahkan anda untuk membuat tindakan lanjut jika kadar Wh nya tidak menepati syarat-syarat IATA.

  1. Watt Hour (Wh) / (Kandungan Lithium) = < 100 Wh (2g) – Jika bateri anda di bawah kadar 100Wh, anda boleh membawa gajet (built in battery) tersebut bersama-sama anda . Jika gajet anda dari jenis bateri boleh tanggal, anda juga boleh bawa seberapa banyak pun,tetapi ia tidak boleh di simpan di dalam beg di bahagian kargo.
  2. Watt Hour (Wh) / (Kandungan Lithium) = > 100 Wh ~ <160Wh –  Anda boleh membawa gajet (jenis built in battery) ini bersama-sama dengan anda sama ada beg di ruangan penumpang ataupun kargo. Untuk gajet dari jenis bateri boleh tanggal, anda hanya di benarkan 2 unit bateri sahaja di dalam beg anda dan tidak di benarkan di simpan di dalam ruangan kargo.
  3. Watt Hour (Wh) / (Kandungan Lithium) = >160 Wh – Anda perlu memberitahu petugas di kaunter yang anda membawa peralatan yang mempunyai bateri yang besar dan melebihi 160 Wh. Petugas akan membantu untuk tindakan selanjutnya.

Info lanjut di laman rasmi IATA : http://www.iata.org/whatwedo/cargo/dgr/Pages/lithium-batteries.aspx

Jadi, tindakan anda yang sedang merancang untuk bercuti di dalam atau ke luar negara menggunakan kapal terbang, anda perlu pastikan peraturan di atas di patuhi bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa check-in di airport nanti.

Pasti nya anda tak sanggup untuk di sekat di lapangan terbang dan membantutkan rancangan percutian anda bukan ?

Untuk penerbangan dengan Thaiairways , pihak mereka ada mengeluarkan peraturan bagaimana anda boleh bawa power bank dalam kapal terbang secara infografik untuk lebih memudahkan anda merancang penerbangan anda.

Boleh Bawa Power Bank dalam kapal terbang

Baca Juga Peraturan dari China Airlines :- Power Bank Dalam Kapal Terbang

Untuk anda yang mempunyai Power Bank Pineng, anda masih boleh bawa power bank dalam pakal terbang tanpa sebarang masalah. Berikut adalah kadar Wh untuk power bank Pineng anda:-

      • 10000mAh (Model PN963, PN968, PN983S, PN913 dan lain-lain) – 3.7V 10000mAh 37Wh
      • 15000mAh (Model PN929) – 3.7V/15000mAh 55.5wh
      • 20000mAh (Model PN999, PN969 , PN920) – 3.7V/20000mAh 74Wh

Jadi, anda tidak perlu risau lagi untuk bawa power bank Pineng anda semasa travel. Setahu kami, untuk barangan seperti hoover board sememang nya tidak di benarkan sama sekali.Atau jika anda perlu bawa kerusi roda elektrik, pasti nya anda perlu periksa dahulu dengan petugas semasa check in.

Jawapan yang anda cari adalah, ya, boleh bawa Power Bank dalam Kapal Terbang dengan syarat di atas. tanpa sebarang masalah.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping