Soalan ini kerap kami terima semasa pelanggan sedang memilih power bank mereka . Apa Beza Bateri Lithium Ion dan Lithium Polymer Power Bank ? Apa ciri-ciri yang membezakan antara 2 jenis bateri tersebut ? Mana satu yang patut pelanggan pilih ? Li-Ion vs Li-Po ? Mana yang lebih selamat dan berbaloi untuk guna dalam jangka masa yang panjang ?
Apa Beza Bateri Lithium Ion dan Lithium Polymer Power Bank
APA ITU BATERI LI-ION & LI-PO ?
Sebelum kita pergi lebih jauh. mari kita faham kan bagaimana ciri-ciri untuk bateri Li-Ion dan Li-Poly . Bila kita dah faham bentuk fizikal, serta ciri-ciri nya, kita akan lebih dapat menilai dengan lebih baik.
Li- Ion = Lithium Ion
Sumber Gambar : ashopbd .com
Ada beberapa jenis untuk bateri lithium-ion di pasaran. Namun, kami ambil kira jenis bateri yang biasa di guna kan untuk kebanyakkan power bank di pasaran .
Untuk powerbank, apa jenis brand serta buatan dari mana pun, hampir 60% model dari pasaran mengguna kan bateri jenis Lithium Ion dari jenis rechargeable 186500 Round Cell seperti dalam gambarajah di atas. Jika di Malaysia, power bank yang menggunakan bateri jenis ini adalah dari jenama Pineng (model lama seperti PN920 @ 913 @ 999 ) , Xioami serta beberapa jenama lagi .
Power bank yang di jana dengan bateri jenis Li-Ion 186500 Round Cell ini akan lebih tebal berbanding power bank dari Lithium Polymer. Bateri Li-Ion ini mempunyai carbon cathode + liquid electrolyte dalam menjana kuasa nya.
KELEBIHAN BATERI LI-ION :-
- Kos rendah untuk di hasilkan.
- Kadar kepadatan kuasa yang lebih tinggi . Lebih berkuasa.
- Kadar discharge kuasa yang rendah . Power bank dari Li-Ion boleh simpan kuasa lebih lama tanpa berkurang banyak . Anda tidak guna power bank & simpan sahaja selama sebulan, baki kuasa power bank hanya berkurangan sedikit sahaja
- Tidak perlu di cas untuk pengunaan kali pertama.
- Kadar pusingan mengecas (cycle) lebih banyak.
KELEMAHAN BATERI LI-ION :–
- Umur pendek .Kapasiti bateri akan berkurangan secara berterusan. Jadi, anda akan dapat rasakan yang jika guna bulan pertama, boleh cas 6 kali. Tetapi bila dah bulan ke 7, anda hanya boleh cas 4 kali lebih sahaja. Ada susut kapasiti.
- Berisiko tinggi meletup jika terlebih cas atau arus tidak stabil.
- Lebih berat dan tebal.
- Perlukan sistem keselamatan yang tinggi pada papan litar powerbank seperti perlu ada pengesan haba, pengesan overcharging dan lain-lain bagi elakkan letupan berlaku.
- Kapasiti bateri terhad untuk sebiji bateri. Contoh powerbank 10000mah perlukan dari 4-5 unit bateri, dan jika bateri 30000mah, perlukan 10 bateri. Ini membuatkan fizikal power bank menjadi tebal atau pun memanjang sebab keadaan fizikal bateri tersebut.
Li-Po = Lithium Polymer
Sumber Gambar : rechargeable-baterrypack.com
Bateri jenis Lithium Polymer ini lebih baharu berbanding dengan Li-Ion dan banyak di guna kan dalam industri gajet seperti smartphone serta power bank .
Untuk power bank, untuk tahun 2018 , kebanyakkan model di pasaran sudah beralih ke bateri jenis Li-Po ini kerana terdapat banyak permintaan dari pengguna yang memerlukan satu power bank yang nipis,ringan serta berkuasa tinggi . Seperti yang kami nyata kan di atas, jika anda nak hasilkan satu power bank dengan kapasiti 30000mah, anda perlu kan anggaran sehinnga 10 unit bateri Li-Ion. Ini akan membuatkan power bank tersebut jadi memanjang atau telalu tebal.
Seiringan dengan itu, semakin banyak model yang berkapasiti tinggi mengguna kan bateri jenis lithium polymer ini. Jika anda lihat sesebuah power bank itu nipis, maka ia menggunakan bateri jenis Li-Po.
Bateri jenis Li-Po ini sama seperti bateri Li-Ion di mana, ia boleh di cas semula dan ia menjana kuasa nya dengan polymer cathode + solid electrolyte.
KELEBIHAN BATERI LI-PO :-
- Generasi baharu bateri dari li-ion
- Lebih ringan, nipis serta mempunya pelbagai bentuk segi empat tepat . Biasa di guna kan di smartphone , atau gajet-gajet yang nipis.
- Jaminan keselamatan lebih baik. Kurang risiko untuk meletup berbanding Li-Ion
- Tidak perlu kan sistem pengesan yang banyak kerana , ia kurang risiko meletup.
- Kuasa bateri 2X ganda lebih tinggi dari sebiji bateri li-ion
- Umur panjang – Tahan lebih lama dan boleh di guna kan lebih banyak kali berbanding Li-Ion
- Kurang masalah kebocoran cecair electolytes
KELEMAHAN BATERI LI-PO :-
- Kos tinggi untuk hasilkan bateri ini.Kos sebuah gajet akan jadi mahal.
- Kurang kepadatan kuasa bateri berbanding Li-Ion . Contoh, jika power bank 20000mah, tetapi sebenar nya kapasiti adalah 17000-18000mAh sahaja.
Kesimpulan nya, apakah Beza Bateri Lithium Ion dan Lithium Polymer Power Bank berdasar kan 2 jenis bateri di atas ?
Dari pandangan kami Sifupowerbank, kami lebih suka sarankan anda powerbank dari jenis bateri Lithium Polymer (Li-Po) kerana LEBIH SELAMAT . Bateri jenis Li-Po kurang risiko untuk meletup, tahan suhu tinggi . Ia lebih penting untuk kegunaan seharian kita. Mungkin akan rasa kekurangan dari segi density (kepadatan) kuasa power bank Li-Po, namun, ia bukan lah masalah yang terlalu besar untuk kami.
Di sini kami ringkas kan secara point perbezaan supaya anda lebih jelas Beza Bateri Lithium Ion dan Lithium Polymer Power Bank :-
Secara am nya ,tiada perbezaan terlalu ketara /besar anda kedua-dua jenis bateri ini dari segi performance . Jadi, tak salah untuk anda guna power bank dari bateri jenis Li-Ion ataupun Li-Polymer. Cuma dari segi keselamatan diri & orang sekeliling anda, kami sarankan pilih power bank jenis Li-Po.
Selamat mencari power bank terbaik anda.
Sumber Rujukan Info Artikel :
- techclickr.com/power-bank-li-ion-or-li-po
- easyacc.com/media-center/what-is-the-difference-between-li-ion-and-li-po-power-banks/
- rediff.com/gadget/report/all-about-power-banks—lithium-ion-vs-lithium-polymer-/20150526.htm
- quora.com/Which-power-bank-is-good-lithium-ion-or-lithium-polymer