Whatsapp : 017-787 9824
Berapa Tempoh Masa Cas Power Bank 1

Berapa Tempoh Masa Cas Power Bank

Berapa tempoh masa cas power bank anda adalah bergantung kepada BERAPA BESAR KAPASITI power bank yang anda miliki serta output / USB Cable yang anda gunakan semasa mengecas power bank tersebut.

Ada pelbagai jenama powerbank dan pelbagai kapasiti yang ada di pasaran. Tambahan pula, dengan ada nya power bank yang di jual yang mempunyai kapasiti sehingga 40000mAh..Woooowwww…besar giler beb..biar betul ? Adakah anda percaya yang wujud nya power bank sehingga 40000mAh ?

(Sebenarnya, tiada pun power bank yang berkapasiti lebih dari 30000mAh yang betul-betul berkualiti. Kebanyakkan powerbank tersebut adalah power bank tiruan yang akan mengaburi pembeli. Jadi, sila berhati-hati sebab di khuatiri itu ada lah power bank tiruan ).

Jadi, jika anda mempunyai power bank yang berkapasiti rendah seperti  5000mAh, sudah pasti nya tempoh cas power bank tersebut lebih cepat berbanding power bank 20000mah . Dan kebanyakkan pula, pelanggan saya memilih untuk kapasiti pertengahan 10000mAh, yang kebiasaan nya akan mengambil masa dalam 6~7 jam untuk di cas penuh semula.

berapa-tempoh-masa-cas-power-bank

Jadi, Berapa Tempoh Masa Cas Power Bank yang Sepatut nya ?

 

Ada 3 faktor yang akan mempengaruhi berapa lama berapa tempoh masa cas Power Bank anda:-

[su_list icon=”icon: check-square-o” icon_color=”#2b2af1″]

      • Tinggi atau Rendah Kapasiti Bateri Power bank – Lagi tinggi kapasiti powerbank yang anda ada, lagi lama tempoh untuk penuhkan bateri power bank anda. Ini adalah jangkaan saya sahaja (* mungkin tidak tepat)  :
        • 5000 mAh : 3~4 Jam
        • 10000 mAh : 6 ~ 7 Jam
        • 20000 mAh : 9 Jam
        • 30000 mAh : 12 Jam
      • Jenis USB Cable / Charger yang di gunakan – Pemilihan USB Cable serta charger yang betul adalah sangat penting. Ini kerana , charger akan mengeluarkan output untuk sekian nilai, dan tugas USB cable pula adalah untuk membawa arus tersebut masuk ke powerbank anda. Jadi, jika anda nak cas power bank lebih cepat, kami sarankan anda menggunakan USB Cable serta Charger yang menyokong pengecasan pantas. Jika anda menggunakan USB cable serta charger biasa, ini akan mengambil masa lebih lama dari biasa.
      • Jenama power bank – Ini juga penting. Cari lah powerbank yang mempunyai jenama yang di percayai , bukan lah power bank murahan yang di jual di tepi jalan. Kerana power bank berjenama ini lebih baik kualiti dari segi jenis bateri, ketahanan bateri, papan litar yang di di gunakan dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi. Jika power bank tersebut ada fungsi pengecasan pantas, tempoh cas power bank anda akan pasti boleh pantas sehingga 70% dari waktu biasa.

[/su_list]

Antara point paling penting yang saya tekan kan di sini adalah, sila pilih brand power bank yang betul-betul di percayai dan mempunyai kapasiti bateri yang 100% sebenar .

Ini kerana, mengikut pengalaman saya, tempoh masa cas power bank yang original adalah lebih laju berbanding power bank tiruan / OEM. Lagi pun, dengan brand yang terbaik, ia juga akan elakkan kebocoran kuasa bateri anda (ini sering terjadi pada brand cap ayam /tiruan).

Bermakna, jika anda cas full 100% power bank tersebut, kapasiti nya pasti akan bertahan 100% selama mana power bank tersebut tidak di gunakan. Berbanding dengan power bank tiruan, pagi dah cas 100%, tapi belum pun guna, balance bateri dah tinggal 70%.. Sangat rugi bila anda guna power bank tiruan.

Ini Petua dari saya :-

Biasa nya memang ramai yang mengadu dengan saya bosan nak tunggu masa cas power bank mereka. Namun nasihat saya (ikut petua ini) :

  1. Guna semua kuasa powerbank yang anda ada. Dapat tinggalkan power bank anda berkapasiti di bawah 5% sudah memadai .
  2. Anda hanya perlu cas power bank anda sebelum masuk tidur malam dan pasti keesokkan pagi nya , power bank akan penuh.

So, berapa lama pun anda mengecas power bank anda, pastikan jangan overcharge pula kerana ia akan memendekkan hayat powerbank anda. dan membuatkan powerbank anda kembung.  Sebagai alternatif untuk elak overcharging adalah,anda boleh beli USB Cable yang ada fungsi Auto Cut Off.Boleh tingkatkan jangka hayat bateri power bank anda.

P/S – Jika anda masih tercari-cari power bank yang 100% original, jom lawati kedai kami di SINI . Warranty confirm 1 tahun.

83 comments

    Admin, perlu ke kite cas power bank baru untuk jangka masa yang lama pada permulaan pengunaan?

      Tuan Wan Zarul,

      Tuan boleh terus guna power bank tersebut tanpa perlu mengecas untuk pertama kali.
      Ini kerana, bateri lithium polymer adalah lebih baik berbanding bateri jenis konvensional . Jadi,tiada masalah untuk terus guna yer.

      Bila dah low %, baru cas semula mcm biasa.

      Terima Kasih 🙂

    ni cas 20000 dekat sejam lebih dah full mcam mane pulak?

      sama ada power bank problem atau powerbank itu tiruan .
      Tak logik jika power bank 20K boleh cas penuh dalam 1 Jam.

      saya beli powerbank 20k mah(pineng ori 1year warranty),first time guna ada 80% saya terus guna tapi percent dia cepat turun sampai 60% dia kembali normal(percent lambat turun)
      adakah itu normal?

        Itu normal tuan. Tiada major issue.

        Yang masalah bila dah 80%, tapi sekali guna jer dah 0% .. Itu baru betul masalah..hehe

        Thanks,Azlan

    Bang nk tnya berpa kali ke boleh pakai power bank 10000mah.. Capacity battry hp sya 2730 mah

      Anggaran 3X jika dari 0-100%

    berapa life cycle bagi setiap power bank ?

      Anggaran 5000 cycles dan bergantung kepada jenis bateri.

    Apa akan jadi kalau kita charge power bank 10000mah lebih 24 jam? Sebab tertinggal power bank yg tengah charge dekat office 😯

      Harap tiada apa-apa yang berlaku . Agak berisiko bila overcharging.

    cas nak naik 1% hmpir 2 jam pun masih tak naik , kalau mcm tu sebab ape ye

      Assalamualaikum tuan.

      Kebiasaan nya sebab ucb cable atau charger . Check dulu 2 item ini.
      Cuma cross check :

      1) Cas power bank tersebut guna charger & USB cable yang berlainan dari sekarang
      2) Cuba cas phone direct guna charger yang tuan guna sekarang
      3) Cuba cas power bank lain menggunakan charger / cable yang tuan guna sekarang

      Dari crosscheck ini akan bantu tuan tahu di mana punca masalah slow charging tu.

      Terima kasih. 🙂

    Nak tanya.. semalam powerbank saya langsung tak boleh on. Percentage dia pun tak tunjuk. Saya Charge powerbank tu pun tak masuk. Saya biarkan je dulu 1 malam. Tadi sye try charge, hidup semula. Tapi 0%. Normal ke? Lambat nak naik 1% tuu

      Makna nya power bank tersebut dah rosak.Jika ada warranty lagi, tolong claim dengan seller anda.

      Jangan biarkan diri anda dalam sengsara 🙂

      TQ.

    Salam tuan nak bertanya… 1st powerbank baru dibeli, seperti yang tuan kata tak perlu caj dan boleh terus guna tapi saya nak tanya jika dah guna sampai 0% , masa charge berapa lama masa nya?
    2nd bagaimana hendak guna lampu suluh kat powerbank tu?

      Waalaikumsalam

      Ya. Boleh terus guna. Sebab bateri dari jenis Nickel sahaja yang perlu recharge terlebih dulu.. Itu zaman Nokia dulu.
      Bila guna bateri Lithium dah boleh terus guna .

      Anggaran ikut kapasiti bateri phone serta charger dan cable yang di gunakan.
      Ia akan berbeza.

      Cuma saya boleh bagi anggaran utnuk 10K lebih kurang 6 Jam dan 20K dalam 9 jam.

      Lampu suluh perlu tekan butang On Off 2 kali serentak dalam 1 masa..

      Terima kasih kerana mengunjugi Sifupowerbank

      🙂

    Kalau kita cas tak penuh power bank tu lepastu kita guna. Tak pe ke?

      Boleh. Tiada masalah.

      Terima kasih.

    Nk tanya, lebih baik guna powerbank tu sampai 0% ke atau kurang pada 15%?

      Hai.. 0% pun boleh.

      Umur bateri di ukur dari berapa kali cycle kira cas power bank tersebut . Kata kan 2000 kali, maka selepas 2000X , bateri akan terus kong..

      Thnaks

    Owhh, trima kasih kerana membalas pertanyaan saya degn cepat. Saya sangat menghargainya, tuan, sekli lagi saya nk tanye, kalau bateri telefon saya berkapasiti 3120 mah, berapa kali telefon saya bleh dicas guna powerbank berkapasiti 10000 mah?
    Trima kasih:)

      Baik. Awak perlu kira ikut kiraan ini yaa

      (10000 x 0.8) / 3120 = 2.5X (ini dari 0%-100%)
      Katakan ada lagi baki bateri dalam phone, so boleh cas dalam 3X .

      Best Regards,
      Azlan

        Saya beli 20k, saya charge 100% power bank, bateri fon sebelum charge 26%, tapi belum full charge fon lagi power bank dh tggl 68% . Normal ke tu ?

    Nk tanya klu Powerbank solar 20000mah brp lama nk penuh

      Bergantung kepada jenama dan kekuatan cahaya matahari.
      Jika jenama biasa atau OEM brand, akan ambilmasa yang agak lama sebab panel solar berkualiti rendah . Jika jenama yang baik ,akan lebih pantas.

      cuma saya tak pasti berapa tempoh masa yang di perlukan. Maaf sebab saya tiada data penggunaan nya.

      Terima kasih
      Azlan

    Berapa lama powerbank xiaomi berkapasitas 10.000 mohon pencerahannya

      Bergantung kepada input dari charger.
      Sila check semula spesifikasi input power bank Xiaomi anda.

      Jika 9V 2A, sila guna kan charger yang support 9V 2A untuk prestasi yang maksimum. Serta sila gunakan USB Cable yang support fast charging

      Anggaran untuk 10000mAh dalam 5-6 Jam sahaja untuk full 100%

      Thanks.

    Assalamualaikum tuan..kalau powerbank baru beli mula2 nk kna charge dulu ataupun terus guna…powerbank jenis pineng 10000mAh

      Boleh terus guna tuan tanpa perlu cas terlebih dahulu. Nanti dah low power nya, baru cas semula.

      Terima kasih.
      Azlan
      017-787 9824

        Kalau saya cas powerbank Dari pukul 3.40ptg sehingga 7.00pagi esok Ada apa2 effect X pada powerbank tersebut

    Assalamualaikum saya nak tanya kalau powerbank lambat naik apa masalahnya ye ?

      Waalaikumsalam .

      Boleh check charger atau USB cable.
      Cara nak trobleshoot , guna dahulu power bank sampai habis/kosong (padam sendiri), then cas semula guna charger dan USB cable yang berlainan.

      Thanks
      Azlan

    Hp handphone saya Xiaomi 4000mah dan Kalau saya beli power bank 20000mah berapa kali boleh handphone saya cas?

      Hi,
      Anggaran dalam 3-4X full ya.

      Best Regards,
      Azlan

        Assalammualaikum.. saya nak tanya.. Hp saya Nokia1 kalau guna Powerbank 20000mah tu agak² brpa kali boleh digunakan kalau yang original??

          Waalaikumsalam

          Anggaran dalam 6 KALI cas penuh.

          Terima kasih.

    Nak tanya kalau powerbank 10000mAh berapa kali boleh cas untuk iphone 7 plus 128gb? Dan untuk 20000mAh berapa kali plak?

      IP 7Plus Battery = 2900 mAh

      So, untuk 10K, anggaran 3X full cas.. Manakala untuk 20K, anggaran dalam 5 1/2 kali.. atau 6kali..

      Terima kasih.

        Bang macamni cite dia,sebelum tido saya cas pb saya ni,masa tu tinggal 5% bila bangun pagi saya tengok macam tak menyala dia punya peratus bateritu,saya try tekan n cucuk kat phone pon tak menyala jgk, mcm mana ya??

    As salam tempoh mengecas powerbank pineng 10000mAh PN-963 utk kali pertama brp lama?

      Waalaikumsalam

      Boleh terus guna tanpa perlu cas terlebih dahulu.

      Bila dah habis, anggaran cas semula dalam 5-6 Jam

      Terima kasih

    assalam , kalau iphone 6plus berapa kali bole cas ye tuan ? terima kasih

      Waalaikumsalam

      Jika 10K anggaran dalam 4~5X dan untuk 20K, anggaran 7 -8X

      Terima kasih

    ai nk tanya juga..nak caj powerbank perlu ke off kan powerbank dulu atau memang kena onn kn baru power masuk?

      Cas macam biasa tuan. Sama macam cas bateri fon. Tak kisah ON atau OFF powerbank
      Bila dah start charge, akan auto ON power bank nya.

      Terima Kasih

        terima kasih kerana membalas pertanyaan saya,satu lagi soalan normal ke bila caj powerbank charger jadi panas sangat?bateri powerbank naik 3%..saya check powerbank dekat http://www.pineng.cn adalah original..atau bolehkah tutup dulu ,charger bagi sejuk baru caj semula.

          Salah satu kemungkinan output dari charger lebih tinggi dari specs input USB Power bank
          Tutup sementara.. then bila dah ok, try charge dari charger dan USB cable yang berlainan.. Jika masalah sama berulang, perlu guna charger yang output biasa 1.0A. Itu lebih selamat.

          Terima kasih

    salam saya ada membeli charger output sama dengan input powerbabk pn-913….normal ke powerbank akan jadi panas sedikit bila dicaj guna charger tersebut?

    Boleh terangkan maksud 10000mAh, 20000mAh?

    Assalamualaikum..kita blh charge power bank walaupun msh 70%? Atau setelah sepenuhnya low shj?

      Waalaikumsalam

      Yes.Boleh. Ikut pada keperluan.

    bos . sayaa cas powerbank syaaa mula mula dh ckop 100% , tp syaa tertido . bgun balik tgok diaa cas lagi tp jdi 35% . normal ke ? tp cas yg kali nie laju plak . mcmmna tu ?

      Tak normal tu boss .
      Should be, jika power bank tu dah 100% , ia akan kekal 100% selagi tak di gunakan .

      Jika dah cas 100%, tetapi lepas tak gunakan , power dah kurang, bermakna power bank tu dah rosak.
      Ini juga salah satu simptom power bank tiruan. Jika beli yang ori, makna nya dah rosak. Jika beli yang tiruan, tak perlu gunakan lagi. Cari yang ORI.

      Terima kasih.

    tumpang tany..sy beli power bnk penang..sy charge n lupa nk switch off balik. sehinggA berhari2 sbb sy outstation..bahaya k? apa perlu sy buat..

      Hai cik.

      Agak berisiko tinggi sebab ada nya pengaliran arus yang berterusan tanpa henti.
      Jika anda kenalan terdekat,boleh minta tolong mereka

      Jika tiada, atau tiada sesiapa yang boleh tolong, berdoa lah pada yang Esa.

      Terima kasih.
      Azlan

    boleh kah powerbank disimpan bersama powerbank yg lain didlm satu bekas?? Mempunyai byk powerbank, dn mahu disimpan bersama, adakah akn ada risiko nya?

      Boleh. Tiada masalah . Tidak menjejas kan apa-apa pada powerbank .

      Terima Kasih
      -Azlan-

    Boss, saya beli powrbank 10k mah, sudah habis guna sampai tinggal 0%, so saya nak cas kan semula powerbank, saya guna charger samsung untuk cas, tapi kepala charger sangat panas, ada kah perlu guna charger lain?

      Pertama – Tukar USB Cable. Then cuba cas semula.
      Kedua – Jika tak ok, tukar charger lain yang output lebih rendah seperti output 1A .

      Monitor semula ..

      Terima kasih.

    saya beli powerbank 10000mh, dan dikatakan boleh 3 kali full charge. Apa yang dimaksudkan 3 kali full charge? Adakah selepas 3 kali full charge, powerbank tersebut dah tak boleh digunakan lagi? Mohon pencerahan

      Maksud nya, setiap kali cas penuh power bank tersebut, tuan boleh cas bateri fon sehingga 3X penuh bateri fon tu..
      Maknanya. 3x penggunaan ..

      Selepas habis kuasa dalam bateri tu, tuan cas semula seperti biasa.dan boleh guna lagi dam lagi…

      Terima kasih

    assalam..nak tnya mula2 saya beli powerbank ..power bank zero % battery..pastu cas dalam 7 jam 30 minit mcm tu untk kali pertma..pastu saya guna dlu powerbank smpai abiz % dan saya cas pula untuk kali kedua dlam 5 jam 50 minit mcm tu..ada kah normal tempoh cas untk kali kedua? terima kasih 🙂

      Waalaikumsalam.Yes.Normal.

      Yang tak normal jika, cas power bank terlalu lama (lebih 12 jam) / terlalu sekejap (bawah 1-2 jam dah penuh)

      Thanks

    assalam bang saya nk tanya…saya charge powerbank pineng pn958…tapi bila charge ada sedikit panas dekat tempat cucuk charger padahal saya dah guna charger 5v2a (10w) adakah itu normal dan charge saya tu betul atau salah sebab ada guna 5w jadi lambat charge powerbank tu…terima kasih 🙂

      Waalaikumsalam.
      Boleh guna 5V 2A. No problem. Specs IN untuk model tersebut pun betul, 5V 2A .
      Sedikit panas itu biasa.Normal.

      Cuma jika terlalu panas atau berbau hangit, sila hentikan proses cas segera.
      tukar charger lain yang lebih rendah specs nya atau tukar USB Cable yang lain.

      TQ

    Salam bang . Boleh tahu kenapa power bank bilamana bawah 50 percent , dia drain laju compare dgn masa 100 percent dan kebawah tu ? Rosak atau normal tu bang ?

    Salam nak tanya kalau bateri powerbank 2600 mah tahan berapa lama

    Saya baru beli power bank yg 30000 mh pineng…masa dpt dh caj 79%..pastu caj balik sampai 2 jam x naik2 peratusan tu…apa ye masalah nya…kena tunggu 12 jam juga ke…utk full charge?

      Boleh terus guna dulu power yanga da sampai habis jadi 0%, lepas tu cas semula.

      TQ

    Pb ni tuan ? Apa dia punya keburukan ?

      Masalah powerbank adalah kembung

    Nk tnye haritu saya ada beli powerbank ni…dpt teros test dia tunjuk 75% dan saya guna sampai habis. Lepastu nk charge untk kali pertama dia charge sampai 75% then untk ke 100% xde tunjuk nyala percent tu.. powerbank tu ade masalah ke?

      Maybe ada masalah dengan PCB board. Boleh contact seller anda,.

    hai.. nak tanya.. saya baru beli powerbank romoss 40000 mAh. mula2 dapat ada 58%. then saya cuba charge phone sy n naik 50%.. powerbank tu dah turun dari 58% ke 5%.. adalah itu normal untuk powerbank 40000mAh yg baru beli?

    Aku baru beli powerbank 20000 MAH. Kemarin powerbank jatuh Dari kursi sofa. Biasanya cas 3 jam udah full. Kok setelah powerbank jatuh Dari kursi cas nya udah lebih Dari 10 jam tuh battery full juga. Kenapa ini?

    Macam mana nk tahu powerbank 20000 pineng PN 932 sudah penuh? Sbb power bank tu hanya ada yg kelip² yg sampai 4.adakah sampai yg kelip² yg ke4 tu dh dikira penuh? @ tunggu kelip2 ke4 tu berenti ?

    Dalam iklan tunjuk capacity 60,000mah.
    Tapi dalam product details dia tulis >20,000mah.
    Apa maksudnya >20,000mah? pening da mana satu capacity dia

Leave a Reply to nur Cancel reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping