Apa itu Solar Power Bank ??
Sebelum itu nak tanya, adakah anda seorang yang aktif dalam aktiviti luar (outdoor) ? Suka berbasikal ? Suka camping ? Selalu hiking dengan team anda ? Jika anda mempunyai minat aktiviti tersebut, saya pasti anda pasti sudah tahu apa kepentingan solar power bank kepada anda kan?
Tapi, bagaimana pulak solar power bank ni berfungsi ?
Mungkin ada di antara anda yang masih baru dengan power bank dari jenis nie kan..sebab biasa nya, power bank hanya perlu cas dengan charger sahaja..tapi untuk mereka yang suka aktiviti outdoor , kat mana pulak nak cucuk kan charger untuk cas semula power bank kan ?? Itu lah penting nya solar (cahaya matahari) dalam keadaan tersebut kan.
Senang kata, bila ada matahari, maka power bank anda akan di cas secara automatik tanpa perlu di sambungkan dengan mana-mana charger. Jadi,ia mudahkan ?
Hanya perlu letak di kawasan yang mempunyai cahaya matahari,dan tunggu solar power bank anda penuh 100%. Cuma kelemahan untuk cas menggunakan cahaya matahari adalah anda perlukan masa lebih lama dari guna charger. Kene tunggu lama sikit lah..hehe.. Tapi takpe lah, sementara ber”BBQ”, biarkan saje power bank anda di cas dengan bantuan cahaya matahari.
Sumber Image : Google Image
Cuma persoalan nya di sini? Bagus kah Solar Power Bank ini ?
Dari segi fungsi dan kelebihan nya memang lah SANGAT BAGUS sebab memudahkan anda untuk cas phone dengan power bank ini tanpa perlu kan charger / power outlet. Cuma saya lebih risaukan kualiti solar power bank itu sendiri sebab dah terlalu banyak power bank yang di jual di merata-rata kedai / online.
Saya sarankan anda untuk lebih berhati-hati dalam membuat pilihan semasa membeli Solar Power Bank anda. Sila dapatkan solar power anda dari outlet / jenama atau pejual yang di iktiraf sahaja.
Elakkan membeli power bank apabila di tawarkan pada harga yang terlajak murah. Logik ke jika 30000mAh powerbank di jual pada harga RM40 ?? Jika di kira dari harga, memang ramai yang akan berlumba-lumba beli power bank tu.hehehe
Dan ada 2 jenis model solar power bank yang pada penelitian saya agak baik dari segi brand dan fungsi nya :
- Brand Anker : http://www.ianker.com/product/71ANSCP-B85A
- Brand PowerAdd : http://www.ipoweradd.com/poweradd-apollo-7200-mah-solar-battery-charger-for-iphone-5s-5c-5_p1258.html
Jadi, fungsi solar power bank memang bagus, cuma power bank anda tersebut akan menjadi suatu “pembaziran” bila anda terbeli power bank yang tiruan seperti di atas. Sila berhati-hati lagi yer.
Apa pun selamat bercuti dan melakukan aktiviti kegemaran anda.
Asslmmulaikum. Bang nk tnya saya baru je beli power bank solar waterproff. Tpi masala nya bila di charging di matahari bar powerbank nya tak pandai2 penuh. dah tau berjam2 tk juga penuh2.. Ada ke aku dah dpt beli powerbnk palsu. Penjelasan abang amat aku perlukan. Trimaksi
Waalaikumsalam tuan
Kemungkinan panel Solar ada masalah tak boleh produce electric cas ..
1) Jika ada di rumah,cas guna charger USB biasa
2) Hubungi penjual tuan. Jika masih under warranty,boleh claim warranty sebab itu kerosakan sebab teknikal
Jenama apa power bank solar tu ?
Harga nya ?
Terima kasih.
Jename tak pasti lah bang tpi made in china. Harga ade 70.60.40 lebih cmtu. Klau guna tenaga elektrik berfungsi. Tapi solar Nya tak bfungsi