Whatsapp : 017-787 9824
Bagaimana Powerbank Boleh Meletup ? 1

Bagaimana Powerbank Boleh Meletup ?

Bagaimana sebuah powerbank boleh meletup ? Kami rungkai kan persoalan yang biasa ramai tanya kami .

Malaysia di kejutkan lagi dengan berita power bank meletup pada paha seorang petugas media beberapa bulan yang lepas. Sebelum itu, ada beberapa lagi kejadian yang sama berlaku dan ini menyebabkan ramai yang was-was dan risau power bank mereka miliki sekarang akan meletup .Tetapi, sebenarnya, apa kah sebenarnya yang menyebabkan satu-satu power bank tersebut boleh meletup / terbakar?

Pada pemerhatian kami, antara beberapa penyebab utama sesuatu powerbank boleh meletup adalah di sebabkan :-

3 Cara Bagaimana Powerbank Boleh Meletup 

1) Power Bank Tiruan / Gred Rendah 

Power Bank Pineng Original Murah Tapi Tiruan

Ini antara salah satu punca utama kenapa powerbank boleh meletup . Terdapat banyak power bank di pasaran yang menawarkan pelbagai spesifikasi dan kapasiti bateri yang tinggi, namun harus di ingat, power bank yang berjenama dan laku keras, pasti akan ada “peniru” nya. Mempunyai bentuk, rupa dan warna yang hampir sama, maka pasti nya ini amat mudah untuk memerangkap pembeli .

Selain bentuk yang sama , biasa nya power bank tiruan ini akan di jual harga sangat murah bagi menarik perhatian orang ramai. Bukan sahaja harga yang murah, siap di beri pelbagai aksesori lain secara percuma lagi. Itu pun penjual masih meraih keuntungan yang sangat tinggi.

2) Power bank di letakkan di kawasan panas. 

Pernah kah anda berada di dalam kereta di waktu tengahari panas terik tanpa membuka tingkap @ hidupkan penghawa dingin kereta ? Apa yang anda rasa ?

panas-sagt

Tahu kah yang suhu di dalam kereta adalah LEBIH TINGGI berbanding suhu di luar kereta ?

Mengikut ilustrasi ini, andaikan suhu di luar kereta dengan cermin sisi di tutup rapat adalah 85° , sebenarnya dalam beberapa tempoh masa, suhu di dalam kereta boleh mencecah 140º.

Bayangkan anda di dalam kereta tersebut.

Sama lah seperti power bank anda. Power bank TIDAK BOLEH di letakkan di kawasan yang bersuhu tinggi seperti di dalam kereta kerana ia berisiko tinggi untuk power bank boleh meletup. Mengikut ‘operation guide’ dari Pineng, semua power bank Pineng sesuai beroperasi tanpa masalah adalah pada suhu antara 0°C ~ 40°C. Jadi anda bebas untuk gunakan power bank anda di pejabat, di dalam kereta yang berhawa dingin, di dalam bilik atau di mana-mana kawasan yang bersuhu kurang dari 40°C .

Manakala, suhu tempat simpanan yang di benarkan adalah antara 10°C ~ 50°C sahaja. Jadi, biasa di dalam kereta terutama di waktu tengahari , suhu di kawasan tersebut akan melebihi 50°C dan amat merbahaya untuk gajet-gajet elektronik anda.

Ini salah satu kejadian power bank meletup di dalam kereta di Malaysia.  Kejadian ini berlaku di Nibong Tebal, Pulau Pineng pada Mar 2016.

Sumber berita : http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/03/26/powerbank-explodes-inside-car-glove-compartment/

powerbank-boleh-meletup-di-pulau-pinang

3) Guna charger & USB Cable berkualiti rendah

Ini sesuatu perkara yang ramai antara kita yang tak ambil berat langsung. Janji ada charger dan USB kabel, boleh saje cas power bank kan? Tetapi , tahu ke berapa output yang keluar dari charger tersebut ?

fake-charger

Ini yang merbahaya kerana kita tak pasti berapa arus yang keluar dari charger tiruan tersebut. Mungkin arus nya lebih tinggi berbanding arus dari charger yang original. Jadi, bila arus lebih tinggi dan kuat , selepas itu kita cas power bank, maka ini akan menyebabkan bateri power bank anda menerima kejutan dan menyebabkan power bank boleh meletup.

Kami sarankan anda untuk menggunakan charger dan kabel USB yang original sahaja. Jangan kedekut untuk melaburkan sedikit dari wang anda untuk keselamatan anda sendiri.

Ini adalah antara punca-punca utama bagaimana powerbank boleh meletup . Mungkin ada lagi punca-punca lain yang kami tidak nyatakan di sini, namun, kami akan update sebaik mendapat maklumat /info sahih.

10 comments

    Charger saya menjadi panas apabila charge powerbank, adakah ini normal atau tidak
    Powerbank pineng 20000

      Jika panas sedikit, itu masih normal.
      Jika terlalu panas, batter stopkan. Then , test dengan charger yang lain untuk lebih kepastian.

      USB Cable yang di gunakan juga memainkan peranan .
      Check sekali dengan USB Cable tersebut yer.

      Terima kasih. 🙂

    kalau bateri powerbank kembung, boleh meletup ke?

      Yes.Boleh. Sangat berisiko untuk meletup . Sila ikut langkah yang kami cadangkan untuk lupus kan powerbank yang kembung.

      Terima kasih
      Azlan

    betul ke kalau powerbank tu dah kembung tapi ada orang kata kalau ori dia tak akan meletup

      Tetap berisiko untuk meletup.. Kerana itu adalah chemical reaction dari bateri tersebut sama ada ori atau tak.
      Jadi, elakkan untuk terus guna. Cara terbaik, tanam kan dalam tanah.

      Cuma power bank original ada lebih protection dari segi sistem nya. Kalau power bank tiruan, lebih cepat meletup berbanding yang ORI .

      Terima kasih.

    bagaimana pula dgn solar power bank?adakah akan meletup jika dijemur ditengah2 panas?

      Tidak. Ia menyerap kuasa solar dan tukar ke cas elektrik.
      Sistem power bank biasa dan solar tidak sama.

    Kalau charge berhari hari bagaimana ye?

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping