Whatsapp : 017-787 9824
Bagaimana Power Bank Boleh Meletup?? 1

Bagaimana Power Bank Boleh Meletup??

[su_quote]Macam mana pulak powerbank nie boleh meletup ?? – Mr. Faiz[/su_quote]
[su_quote]Apa yang buatkan powerbank tu meletup?? Besar ke letupan nya tue ? – Cik Yayah[/su_quote]

Susah soalan nie.. hehehe..Saya tak sure nak jawab macam mana untuk masalah di atas. Pada pandangan saya, untuk sesebuah produk elektronik yang system nya 100% bergantung sepenuhnya kepada bateri (seperti bateri,charger, handphone @ powerbank), maka ketahanan dan kualiti bateri tersebut tersangat-sangatlah penting untuk menjamin kelancaran dan keselamatan gadget tersebut . Di saat ini, pihak pengeluar power bank pula berlumba-lumba untuk mengeluarkan pelbagai model, kapasiti dan design. Jadi, lambak kan brand power bank yg ada dipasaran ini yang menyukarkan pengguna untuk memilih power bank yang betul-betul berkualiti dan selamat.

Kebelakangan ini semakin kerap pula kita mendapat complaint powerbank meletup dari rakan-rakan kita di Facebook. Ada yang meletup semasa charge powerbank, ada yang meletup di dalam handbag dan ada yg meletup di dalam kereta.

image

 

Sumber : Google Image

image

Sumber : Facebook

Namun satu hakikat yang kita kene terima,walau berapa baik,mahal dan berkualiti nya power bank anda semasa di hasilkan, ia masih tidak terlepas dari risiko untuk rosak dan meletup jika tidak di jaga atau di guna kan dengan cara yang betul.

Sepanjang pemerhatian dan pengalaman saya dalam bidang power bank nie, saya boleh rumuskan, kes powerbank meletup tersebut adalah berpunca dari 3 faktor ini :

  1. Rechargeable bateri yang tidak berkualiti tinggi.

Bateri adalah segala-gala nya bagi sesebuah power bank. 100% powerbank yang ada di pasaran akan menggunakan bateri dari jenis bateri boleh cas semula (rechargeable) yang mana ia boleh menyimpan, mengeluarkan dan menerima arus elektrik. Jadi,sudah pasti lah, jika baik bateri yang di gunakan,maka pasti power bank tersebut akan tahan lebih lama dan berisiko rendah untuk meletup.

Hampir kesemua pengeluar power bank menggunakan bateri dari jenis Lithium Ion atau pun Lithium Polymer ( fahami apa itu Li-Ion vs Li-Polymer) . Seperti yang kita tahu bateri jenis Li-Ion adalah bateri yang biasa kita jumpa di mana-mana seperti Energizer , Everyday dan beteri jenis  ini agak berat dan kurang tahan pada tekanan dan suhu yang tinggi.

Mana kala bateri Li-Polymer pula lebih ringan dan nipis berbanding Li-Ion, cuma kadar penyimpanan tenaga nya agak lemah sedikit berbanding Li-Ion dan  kos nya lebih tinggi dari Li-Ion.

cell battery good

Sumber : Google Image

Sesetengah pengeluar power bank pula menggunakan bateri Li-Ion yang berkualiti rendah atau bateri recycle semata-mata untuk mengurang kan kos pengeluaran sesebuah power bank mereka. Lebih rendah kos nya,lebih tinggi keuntungan yang mereka akan dapat. Tetapi yang terdedah dengan risiko keselamatan adalah pada pengguna seperti anda. Jadi, hanya sebab tertarik pada harga yang murah, anda lah yang akan menanggung setiap kerugian dan kesakitan yang bakal terjadi nanti. Jadi, jika anda ada menerima offer power bank yang terlalu murah, maka fikirkan lah 99X sebelum mengambil keputusan untuk membeli power bank tersebut.

Ada juga kes power bank tiruan yang bateri nya berisi pasir.. Anda sanggup untuk membeli power bank sebegini ?? Tepuk dompet, tanya isi nya.hehehee.. Ini yang di share oleh pengguna powerbank di Facebook.

PN933 tipu2

Sumber : Facebook.

2.  Litar Pintas

Antara faktor ke-2 yang biasa kenapa power bank boleh meletup/mudah rosak adalah kerana design litar elektronik sesebuah power bank tersebut yang tidak tersusun dengan baik / menggunakan PCB berkualiti rendah / komponen elektronik yang murah. Ia sama seperti gadget elektronik lain seperti handphone, MP3 atau game console yang mana jika bagus electronic circuit nya,maka gadget anda pasti tidak akan ada sebarang masalah atau tidak cepat rosak.

Inside Power bank

Design litar yang bagus akan mempengaruhi prestasi sesebuah power bank itu dari segi kelancaran mengecas phone anda. Litar elektronik yang bagus juga akan mengurangkan kebocoran kuasa yang ada di dalam power bank tersebut. Selain itu, sebuah power bank yang bagus juga akan mempunyai fungsi khas yang mampu untuk mengelakkan overvoltage, litar pintas dan tahan pada suhu tinggi .

Ciri-ciri keselamatan ini akan di masukkan ke dalam design litar elektronik power bank anda. Jadi, jika lagi tinggi kualiti litar elektronik sesebuah power bank itu, maka lagi rendah lah risiko untuk powerbank anda rosak atau meletup. Nasihat saya, cari lah powerbank yang betul-betul ORIGINAL , bukan hanya beli power bank di sebabkan murah sahaja. Bak kata orang ” Beli Mahal Yang Original Sekali, tapi Boleh Tahan Bertahun-tahun” .

fake xiaomi pcb

Sumber : Google Image

3. Cara Pengunaan /Penjagaan Power Bank Yang Tidak Betul

Cara pengunaan power bank juga antara salah satu faktor yang menyebabkan powerbank anda mudah rosak atau meletup. Setiap device dan peralatan anda juga ada pantang larang nya, ada do & dont’s nya. Kita tak boleh terus guna tanpa tahu apa yang sepatut nya kita lakukan.

Kebanyakkan dari kita tahu yang bateri adalah jenis peralatan yang mudah meletup,jadi mereka akan mengambil langkah berjaga-jaga seperti menyimpan di dalam beg, tidak jatuhkan power bank ..tetapi sepanjang pemerhatian saya, ramai yang tidak kisah tentang suhu/kelembapan persekitaran mereka seperti saya pasti, ramai yang akan meninggalkan power bank di dalam kereta terutama pada waktu panas tengahari. Suhu yang tinggi dalam kereta akan menyebabkan bateri di dalam powerbank anda berisiko tinggi untuk meletup.

vintage-car-852235_640

Antara kesalahan lain semasa menggunakan powerbank adalah overcharging. Bahaya jika kita hanya biarkan power bank di charge sehingga penuh selama 24 jam tanpa henti. Kita perlu tahu bila power bank di jangka penuh ( Baca : Tempoh Cas Power Bank). Ia sama macam konsep kita makan. Apa akan jadi jika kita di beri makan tanpa henti selama 24 jam ?

Saya pasti,mesti ada di antara anda yang pernah mengalami “bateri phone kembung” kan.. Tahu tak kenapa bateri tue boleh kembung macam “orang mengandung” ? Itu sememangnya di sebabkan overcharging . Anda mungkin cas phone sebelum tidur dan pagi esok sebelum pergi kerja baru anda OFF kan charger phone.

1 atau 2 kali anda buat mesti tak kan ada nampak apa-apa. Tetapi ia akan memberikan kesan dalam jangka masa yang panjang. Mungkin dalam 3 bulan selepas anda selalu amalkan. Dan konsep ini sama dengan bateri power bank. Bateri power bank anda akan mengalami kerosakkan.

bloated battery

Jadi, ini adalah antara faktor utama kenapa power bank anda berisiko untuk meletup. Maka, anda perlu bijak dalam memilih powerbank dari segi jenama, kapasiti dan jenis bateri yang di gunakan . Setiap power bank mempunyai kelebihan dan kekurangan nya sendiri. Sila tanya seller yang penjual power bank tersebut sehingga anda mendapat jawapan dan jaminan yang betul-betul anda berpuas hati. Pasti kan seller tersebut ada servis support after sales supaya anda tidak terkapai-kapai jika ada masalah dengan power bank anda.

Jika tengah mencari power bank, tetapi anda  :

[su_list icon=”icon: arrow-right” icon_color=”#2a36f1″]

      • Tak nak pening-pening mencari / survey power bank original
      • Takut kene ” kencing ” dengan penjual yang tak jujur
      • Takut terbeli power bank yang bila pakai 2-3 kali dah rosak
      • Takut terbeli powerbank yang tiada warranty

[/su_list]

Jangan risau, saya telah menjalankan perniagaan power bank ini lebih 3 tahun dan syarikat saya berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Saya akan jamin power bank anda selama 1 tahun, Jika ada sebarang kerosakkan,boleh claim warranty dalam masa 1 tahun.

Klik di sini untuk pilih power bank Original anda :

Bagaimana Power Bank Boleh Meletup?? 2

37 comments

    MV pun memang tengah mencari power bank ni..

      TQ MV for the reply. Ok. If MV ada nak cari powerbank orignal, boleh direct ke blog shop kami di :- http://sifupowerbank.com/shop/

      atau boleh Whatsapp ke 017-7879824 (Azlan)

    menakutkan jugak kalau boleh meletup, sebab kita pun tak sedar yang kita beli tu tak ori rupanya

      Yes.Betul sis.Sebaik nya beli lah barangan yang original. Walaupun mahal sedikit jer..tp tahan lama.Jika kira2 semula, beli original lebih jimat untuk jangka masa panjang. 🙂

    Harit tu saya ada beli powerbank pineng pn983. Then saya charge sampai 41% plug saya panas and bau macam nak terbakar. Saya ingatkan plug saya masalah. So,saya tukar guna plug lain. Second plug tu still panas and bau nak terbakar. So saya contact seller tanya kenapa jadi macam ni. Dia cakap maybe powerbank tu rosak. Dia suruh saya hantar balik nanti dia bagi baru. Yang baru ni pun macam tu jugak. Is it normal?

      Cuba check semula soket & charger awak tue..Sebab takut charger / soket / plug tu overcharging .
      Jangan biarkan cas lama-lama ,takut meletup nnt .

      Biasa nya jika power bank original Pineng, sangat jarang ada masalah mcm nie.Sila contact seller anda yer 🙂

      Terima kasih,
      +6017-7879824

    Mcmna plak klu powerbank tu mmg dh kembung tp kita guna utk charge phone? Ada risiko nk meletup jgk ke?

      Yes. Betul.Masih ada risiko untuk terbakar.
      Jika cas power bank tue,lagi tinggi risiko nya..

        Saya beli powerbank pineng 20000mAh kat sini tahun lepas.. warranty pon dah tamat.. powerbank saya dah kembung.. so disini saya nak tanya,mcm mana saya nak buang Kan powerbank tu..sebab makin lama makin kembung.. takut meletup

        Tuan,Saya beli powerbank pineng 20000mAh kat sini tahun lepas.. warranty pon dah tamat.. powerbank saya dah kembung.. so disini saya nak tanya,mcm mana saya nak buang Kan powerbank tu..sebab makin lama makin kembung.. takut meletup

          Terima kasih kerana hubungi kami cik Haiza.

          Dalam keadaan tersebut, cik perlu buang power bank tersebut . Jangan guna lagi kerana ia berisiko tinggi untuk meletup jika terus di guna kan
          .Biasa nya, bila dah terlalu lama, mungkin ada masa overcharging yg sebab kan power bank tu kembung .
          .
          Jadi, jangan guna kan lagi yer 🙂

          Terima kasih.

    Macam mana kalau power ada bunyi sissssssss…. Sewaktu charge? Ada mslh ke… Bnyi perlahan shaja

      Jika waktu cas ada bunyi seperti itu, encik cuba tukar kepada charger/ USB cable yang lain.

      Jika masih berterusan,sila hubungi seller anda

    Boleh ke guna power bank time tgh cas power bank tu? Klu x boleh,sbb ape x boleh?

      Jika terlalu urgent seperti nak buat penggilan di waktu kecemasan, masih boleh berbuat demikian.

      Cuma jika pada waktu biasa, harap boleh di elakkan guna power bannk semasa power bank tersebut sedang di cas.
      Ini akan menyebabkan bateri power bank anda cepat rosak dan memendekkan jangka hayat bateri tersebut.

      Terima kasih 🙂

    Tuan, normal ke kalau powerbank buat bunyi ala-ala bersiul atau omputehnya coil whine ketika saya cas phone. Saya beli Pineng 20000 Original dah verified genuine kat Pineng product. So normal ke tu? Setiap kali cas mesti bunyi punya lah. Tak kuat tapi annoying

      Cuba tukar cas dari charger yang lain atau tukar cable ke cable yang lain.

      Jika tidak terlalu kuat, then rasa kan pada body power bank tersebut sama ada panas atau tidak. Jika panas lebih dari biasa, sila jangan guna .

    Kalau charger pakai power bank sambil main game boleh ke menyebab kan beteri fon kembong

      Yes. Boleh .
      Jika boleh, cuba elakkan. Sebab ada power bank tidak di design untuk cas sambil mengecas gajet lain. Takut sampai satu tahap, power bank boleh meletup.

    Mcm mne sy nk buang powerbank yg dah kembung, risau plak klau nk buang dlm tong sampah, kn meletup,sy beli powerbank pineng, mmg yg ori dah 5 tahun sy guna powerbank tu.

      Buang sahaja macam biasa . Jika kawasan rumah ada tanah , boleh tanam saje. 🙂

    Saja nak bertanya berapa ribu mah setiap bateri kecil yang ada di dalam powerbank pineng 20000mah ?

    Mcm mana sy nak buang powerbank yg dah kembung, tapi still ada power 100%?Risau plak nak buang dalam tong sampah, tkut meletup. Ada tak cara lain nak buang?

      Tuan boleh refer melalui artikel ini ya 🙂

      Terima kasih

    Salam bod,saya beli powerbank brand xiaomi 5000mah.xioami ni dy special skit,blh double cas contoh powerbank tgh cas tp still blh cas ke gadgets jgk,dy pakai battery slim,sblom ni tk de mslh pakai,cuma yg terbaru bila tgh cas powerbank tu jd panas..blh bg pencerahan tak boss

      Maaf. Saya tak pasti sebab saya tak pernah test model tersebut .

      Jadi, saya tak boleh komen secara spesifik .

    Kalo bat3 power bank bocor ada risiko nk meletup tk

      Yes. Ada cik. Bahaya dah tu.. Elak kan guna yer
      Beli yang baru

    Apa jadi kalo cas powerbank yng dah kembung ye ada risiko meletop x. Sebab powerbank sya ni baru je start kembung so xtau bleh guna lagi ke x sementara tengah cari yng baru ni

      Benar. Jangan guna sekali pun powerbank yang kembung. Sangat bahaya. Lupuskan dan cari yang baru. Lebih selamat.

      Terima kasih.

    Apa jadi kalo cas powerbank yng dah kembung ye ada risiko meletop x. Sebab powerbank sya ni baru je start kembung so xtau bleh guna lagi ke x sementara tengah cari yng baru ni ?

    Nak tnya skit..masih boleh guna ke charger yang sdah di cas utk power bank tpi masa kena cas tu power bank tu meletup…so tu charger still boleh guna atau x

    Masih boleh guna ke charger yg sdah diguna pakai untuk cas power bank tapi pada masa tu power bank meletup…so power bank tu still boleh guna?

      **so charger tu still boleh guna?

    Msih boleh guna kh charger yan lg sudah diguna pakai untuk cas power bank tapi tu power bank meletup time kena cas..so still boleh guna tu charger?

Leave a Reply to Aurorazaira Cancel reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping