Whatsapp : 017-787 9824
Bagaimana Nak Check Apple MFi Aksesori ? 1

Bagaimana Nak Check Apple MFi Aksesori ?

Apple adalah jenama yang tidak asing dalam dunia sekarang. Apple juga antara syarikat terawal di dunia yang mencapai nilai $ 1 Trillion . Jadi, ia menjadi jenama yang sangat popular di seluruh dunia di saat ini.

Tak perlu di perkenalkan lagi barisan smartphone / gadget di bawah jenama Apple. 

Dalam menjaga kualiti serta kepuasan pengguna Apple seluruh dunia, Apple memperkenalkan MFI Program bagi memastikan setiap aksesori yang di keluarkan oleh pihak ketiga selamat serta sesuai di guna kan pada peranti mereka tanpa memberi sebarang masalah kelak.

Apa itu Apple MFi Program ?

MFi adalah program berlesen dari Apple kepada pihak pembangun / pengeluar hardware dan software bagi memastikan setiap hardware dan software mereka sesuai di gunakan pada peranti Apple seperti iPhone , iPad dan iPod 

Maksud di sebalik MFi adalah ” Made For iPhone/iPad/iPod ” . Kesemua aksesori dari pihak ketiga perlu melalui ujian dari pihak Apple . Setelah lulus ujian piawaian MFi ini, mereka boleh menggunakan logo MFi pada kotak aksesori mereka untuk di pasarkan.

Logo Apple MFi terbaharu

Bagaimana Nak Check Apple MFi Aksesori ? 2

Untuk semua pengguna smartphone Apple , sila pastikan setiap aksesori yang anda nak beli mempunyai logo MFi seperti di atas . Ini bagi memastikan aksesori anda selamat di gunakan tanpa menjejaskan prestasi peranti Apple anda. 

Antara masalah-masalah yang bakal anda hadapi jika menggunakan aksesori yang tiada piawaian Apple MFi ini adalah (contoh USB Cable)  : 

  • Peranti iOS anda mungkin akan rosak dengan lebih cepat
  • Aksesori tiada MFi lebih cepat serta mudah rosak.
  • Bahagian penyambung (connector) tidak sesuai (fit) dengan USB port IOS anda, atau ia akan lebih panas serta cepat tercabut/patah. 
  • Anda mungkin tidak boleh mengecas atau snyc peranti iOS anda 

Jadi, sebelum anda berhajat nak membeli aksesori untuk peranti Apple anda , sila pastikan aksesori tersebut seperti USB Cable, Charger mempunyai logo baharu Apple MFi . Anda juga boleh perika jenama serta model aksesori yang sudah melepasi piawaian Apple MFi melalui link di bawah : 

Check status MFi anda di sini  >> https://mfi.apple.com/MFiWeb/getAPS

Paling mudah, anda terus sahaja membeli aksesori iOS anda di pengedar sah Apple Malaysia seperti Machine . Pejamkan mata bila melihat harga, tetapi fikirkan tentang kualiti serta anggap ia adalah pelaburan jangka masa panjang anda. 

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping