fbpx

Aukey 30000mAh Power Bank Review Malaysia

Home » Aukey 30000mAh Power Bank Review Malaysia

AUKEY 30000mAh Power Bank antara power bank 30000mAh yang terbaik setakat ini .Seperti yang kami selalu pesan kepada semua customer kami yang, tiada lagi power bank yang betul-betul benar kapasiti bateri lebih besar dari 30000mAh. Sedangkan 30000mAh pun tidak banyak pengeluar power bank yang mempunyai model sebesar ini.  

Jika anda biasa lihat di pasar-pasar malam ataupun di kedai-kedai luar yang menawarkan powerbank sehingga 50000mAh..Woowwww..Jika benar powerbank 50000mAh tersebut, saya rasa pasti nya ia tahan untuk kegunaan seminggu tanpa perlu cas power bank super tersebut… Betul tak? 

Antara pengeluar power bank yang telah menghasilkan power bank berkapasiti gergasi seperti 30,000mAh ini antara nya adalah Remax & Aukey . Perlu di ingat,ia adalah jenama sebenar bukan OEM item di mana, OEM adalah power bank yang anda boleh mintak pihak supplier print kan jenama anda sendiri.

Dengan kapasiti bateri Aukey 30000mAh Power Bank ini, pasti nya , ini adalah berita baik buat kaki games , kaki media sosial atau anda kerap ke outstation. Ini kerana dengan kapasiti bateri sebesar itu, anda mampu mengecas bateri smartphones anda lebih dari 10X atau mungkin lebih lagi.

Review AUKEY 30000mAh Power Bank Fast Charging QC 3.0  

Spesifikasi Produk :-

Jenis Bateri : Li-Polymer
Micro USB Input: 5V 2.4
Lightning Input: 5V 2.4
Output 1 (QC 3.0): DC 5V-6.5V/3A, 6.5V-9V/2A, 9V-12V/1.5A
Output 2(AiPower): DC 5V 2.4A
Saiz: 150.5x84x29mm / 5.9”X3.3”X1.1”
Berat : 550g
Kapasiti Kuasa: 30000mAh
Technology: Qualcomm Quick charge 3.0&AiPower Adaptive Charging Technology
Model No.: PB-T11

Apa Kelebihan Aukey 30000mAh Power Bank ini ??

  1. Support fungsi Quick Charge 3.0 – Dengan teknologi Qualcomm QC 3.0 ini, pasti nya anda akan dapat mengecas 4 kali lebih pantas berbanding dengan pengecas konvensional biasa dan ia lebih cekap 45% berbanding dengan teknologi Q.C 2.0 . Jadi, jika anda memerlukan sebuah power bank yang boleh mengecas lebih pantas tanpe membazirkan masa anda, pasti nya Aukey 30000mAh Power Bank adalah power bank patut anda miliki dan gunakan seharian. 

2. Teknologi AiPower – Salah satu keunikkan Aukey 30000mAh Power Bank ini adalah ia menggunakan teknologi Aukey AiPower Adaptive Charging iaitu satu teknologi di mana, semua USB output dari power bank ini akan memberikan arus dan voltan yang sesuai dengan system telefon bimbit anda.

Ia mampu mengalirkan arus sehingga 2.4A bergantung kepada penerimaan system telefon bimbit anda. Contoh nya, telefon anda hanya boleh support input 1.0A ,jadi power bank ini akan mengalirkan arus sehingga 1.0A sahaja ,dan jika anda mempunyai smartphones yang support fast charging, power bank ini anda menyesuaikan arus yang keluar dari USB sehingga 2.0A ~ 2.4A. Menarik bukan ? 

Jadi, dengan teknologi Aukey AiPower ini, ia akan menjaga kesihatan bateri anda untuk jangka masa panjang dan mengecas dengan lebih pantas mengikut sistem smartphones anda sendiri. 

3. USB Type C –  Untuk anda yang mempunyai smartphones dengan USB Type C,  sila cari powerbank seperti ini kerana, kami amat galakkan pengguna USB type C mempunyai powerbank yang khas dan support teknologi fast charging USB Type-C . Jika masih menggunakan powerbank yang tiada output USB Type C, ia tidak akan memberikan apa-apa kelebihan kepada smartphone anda. 

aukey 30000mah power bank T11

4 . Safe Charging – Aukey 30000mAh Power Bank ini di datangkan dengan pelindungan dari lebihan arus, kepanasan melampau dan mengecas berlebihan . Jadi, anda mempunyai powerbank yang lebih selamat dan lebih baik berbanding power bank biasa di luar sana. Cuma,pastikan anda dapatkan power bank yang original sahaja. Jika anda membeli power bank murah & tiada jenama atau power bank tiruan, anda sebenar nya meletakkan diri anda dalam bahaya. 

Antara smartphone yang di sokong oleh power bank dan teknologi Aukey ini adalah :- 

Quick Charge 3.0 Compatible devices:
– HTC One A9

Quick Charge 2.0 Compatible models:
-Samsung Galaxy S6, S6 Edge, Note 4/Edge,
– Google Nexus 6,
– Sony Xperia Z4, Z4 Tablet, Z3, Z3 Compact, Z3 Tablet Compact, Z2 Tablet,
– Motorola Droid Turbo, Moto X 2014,
– HTC One M9, HTC One (M8)
– Xiaomi Mi3, Mi4, Mi Note, and more

5V/2A Compatible Models (slightly faster than conventional charger):
Android: Samsung, Nexus, HTC, LG, SONY, Motorola and other phone models

Power bank ini di datangkan dengan jaminan selama 12 bulan . Jadi, ada masalah, anda akan di lindungi oleh pihak Aukey. Aukey 30000mAh Power Bank ini di jual pada harga USD40/unit @ MYR177.88 (mengikut kadar tukaran wang semasa )  dan tidak temasuk kos penghantaran / cukai .

Namun, bagi kami di Sifupowerbank, kami selalu tekan kan pada pelanggan kami iaitu, jangan tengok pada harga semata-mata. Memang harga RM177/unit kelihatan mahal, tetapi, jika anda lihat pada teknologi , fungsi ,kapasiti , kualiti dan jaminan nya, ia adalah satu pelaburan jangka masa panjang yang amat berbaloi. Barang baik, harga mentikan sesuai dengan kebaikkan barang kan ? 

Untuk info lebih lanjut, anda boleh layari website rasmi Aukey.com . Terdapat lebih banyak model & aksesori keluaran Aukey di sana. 

Sumber Info Produk & Gambar :- 

  1. Aukey.com  – 30000mAh Power Bank PB-T111
  2. Aliexpress Aukey Official Store 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top