Whatsapp : 017-787 9824
Apa Itu USB Type C ? 1

Apa Itu USB Type C ?

Fungsi USB Type C agak baru di Malaysia dan baru kedengaran dalam beberapa tahun ini. Dalam tahun 2016 , beberapa pengeluar smartphone seperti Xiaomi , Axon & Huawei sudah mula menghasilkan telefon bimbit dengan input port USB Type C. 

Tetapi, mesti anda tertanya-tanya, apa itu USB Type C ? Kenapa perlu gunakan USB Type C ini pula ?

apa itu usb type c Apa Itu USB Type C ? 2

Apa Itu USB Type C ? 

USB Type C adalah satu sambungan fizikal terbaharu yang di gunakan pada telefon bimbit ataupun komputer riba (laptop). Model sambungan Type C ini mempunyai 24-pin sambung atas & bawah yang mana, saiz USB Type C ini lebih lebar berbanding Micro USB biasa. USB Type C mempunyai ukuran lebar 8.4mm berbanding 2.6mm pada Micro USB .

Dengan binaan 24-pin ini, ia menjadikan USB Type C mempunyai keupayaan untuk mengecas bateri smartphone dan memindah data dengan lebih pantas berbanding Micro USB . Untuk pengetahuan anda, USB type C ini telah di perkenal secara rasmi pada Ogos 2014. 

USB ini mampu untuk membawa arus sehingga maksimum 3 Amp (dengan 5V)  yang mana, ia adalah salah satu keperluan bagi menyokong fungsi Fast Charging .

Dengan arus sebesar ini,ia mampu mengecas bateri smartphones anda 4 kali lebih pantas berbanding anda mengecas menggunakan charger konvensional biasa. Di katakan juga, USB Type C ini mampu memindahkan data sehingga 10GB/saat . 

Dengan fungsi speed charging & data transfer selaju ini, kita berharap yang akan lebih banyak gajet-gajet seperti smartphones atau Power bank yang menyokong fungsi USB Type C supaya ia dapat menjimatkan lebih banyak masa seharian kita. 

Untuk tahun 2017 ini, antara smartphones yang mempunyai sambungan dari jenis USB Type C antara nya adalah :- 

1) Huawei Nexus 6P
2) LG Nexus 5X
3) One Plus 2 / 3 / 3T
4) Meizu Pro 5
5) Xiaomi Mi 4C / 5
6) Huawei P9 / P9 Plus
7) ZTE Axon 7
8) HTC 10
9) LG G5
10) ASUS Zenfone 3 / 3 Deluxe / 3 Ultra
11) Huawei Honor 8
12) Samsung Galaxy A7 (2017)
13) Samsung Galaxy A5 (2017)

Jika anda adalah pengguna salah satu smartphone di atas, anda amat di galakkan mencari gajet seperti charger , kabel USB dan tidak ketinggalan power bank yang menyokong USB Type C.

Selain soalan apa itu USB type C , pasti nya anda nak tahu, apa kah kelebihan dan kekurangan USB Type C ini .

Kelebihan 

      • Lebih Kecil – Saiz USB Type C ini lebih kecil 1/3 jika di bandingkan dengan kepala USB biasa yang di gunakan sekarang. Ini menjadikan sesuatu gajet itu lebih kecil / nipis dan lebih mudah di gunakan.
      • Berbalikan – USB Type C ini boleh di gunakan secara reversible (terbalik ke dua-dua arah).
      • Pantas – USB Type C ini mampu mengecas bateri dengan lebih pantas berbanding USB biasa (anggaran sehingga 4X lebih pantas). USB ini juga mampu memindahkan data sehingga 10 GB / saat.
      • High Power – USB type C ini mampu membawa arus sehingga 3 Amp dan sehingga 100 Watt kuasa elektrik.
      • Menyokong Pelbagai Gajet -Dengan satu USB Cable Type C , anda boleh menggunakan nya pada gajet lain seperti smartphones, laptop, sambungan pelayar internet dan lain-lain.

Kekurangan

      • Masih di peringkat awal penggunaan. Masih kurang smartphones / gajet yang menyokong jenis USB Type C ini. Jadi, dengan penggunaan yang masih terhad, harga aksesori yang menyokong USB Type C ini masih di dalam lingkungan harga yang mahal.

Kami percaya, dalam tahun 2017 ini, akan lebih banyak gajet yang meyokong fungsi USB type C ini.

Sumber :- 

  1. Wikipedia – USB-C 
  2. Thetechacker.com
Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping