Whatsapp : 017-787 9824
Apa Itu USB Power Delivery 1

Apa Itu USB Power Delivery

Apa itu USB Power Delivery ? Baaimana kah ia berfungsi dan apa kelebihan yang akan kita dapat dari Power Delivery ? Sama-sama kita kupas kan

Fast Charging @ pengecasan pantas adalah teknologi yang terpenting yang perlu ada pada setiap model serta jenama smartphone di saat ini . Kebanyakkan model baharu smartphone sekarang mempunyai kapasiti bateri yang cukup tinggi dari 3000mAh sehingga 5000 mAh .

Jadi, bayangkan jika tiada nya fungsi pengecasan pantas ini, adakah anda sanggup untuk tunggu sehingga 2~3 Jam menunggu untuk bateri smartphone anda penuh 100% ??

  

Namun, di sebalik teknologi pengecasan pantas ini pula ada pelbagai versi serta spesifikasi mengikut pengeluar jenama smartphone . Contoh nya Samsung dengan Adaptive Fast Charging , Oppo dengan VOOC , Huawei dengan Super Charge dan Qualcomm dengan Quick Charge khas untuk smartphone yang mengguna kan prosessor Snapdragon . Apple juga ada sistem pengecas tersendiri. 

  

Masalah lain yang timbul apabila sistem pengecasan ini tidak sama dan ia tidak menyokong pengecasan antara satu sama lain .

  

Ini bermakna, jika anda menggunakan smartphone Huawei dan cas bateri menggunakan Samsung Adaptive Fast Charging, ia tidak akan cas selaju charger asal Huawei . Ini di sebab kan arus serta voltan antara dua sistem pengecasan ini tidak sama serta setiap pengecas tersebut hanya di bina khas untuk sistem charging sesuatu jenama itu sendiri,

Alagkah bagus nya jika ada satu charger / USB Cable yang boleh di gunakan pada semua gajet anda tanpa mengira jenama dan model . Tak perlu susah-susah lagi nak bawa pelbagai jenis charger dan USB Cable. Bawa hanya satu charger / cable sahaja .

  

Maka, di sini , USB Power Delivery mampu menyelesaikan masalah ketidaksamaan ini.  Jom kita kenali teknologi USB Power Delivery ini. 

Apa Itu USB Power Delivery

apa-itu-usb-power-delivery-sifu-power-bank-2018

Apa itu USB Power Delivery ?  USB Power Delivery adalah satu sistem pengecasan pantas yang mampu menyokong semua jenama smartphone @ peranti elektronik lain , di mana sistem USB Power Delivery ini boleh membawa arus serta voltan yang lebih tinggi berbanding dengan sistem pengecasan yang lain. USB Power Delivery boleh menampung kuasa sehingga 100 Watt.

Objektif penghasilan sistem USB Power Delivery ini adalah untuk menghasilkan hanya satu sistem pengecasan standard yang boleh di gunakan pada semua jenama serta model gajet. Jadi, tujuan nya adalah supaya anda hanya perlu membawa satu charger dan USB Cable tanpa perlu bawa segala jenis charger serta USB Cable yang berlainan.

USB Power Delivery ini juga tidak terhad untuk mengecas bateri smartphone sahaja, tapi merangkumi pelbagai lagi gajet. Contoh nya, boleh smartphone, tablet serta laptop. Jadi, ia pasti lah akan memudahkan anda kan? satu charger boleh guna pada semua gajet.

Jadi, apakah gajet yang anda perlukan untuk guna USB Power Delivery ini?

Apa Itu USB Power Delivery 2

Tanpa salah satu item di atas, anda tak kan dapat merasai fungsi USB Power Delivery tersebut . 

Antara peranti elektronik yang menyokong fungsi USB Power Delivery ini adalah :

  1. Google Pixel Smartphone  – Pixel 2 , Pixel 2 XL
  2. Apple iPhone – iPhone 8 / 8Plus , iPhone X , iPad Pro
  3. Laptop – Apple MacBook / Macbook Pro , Google Pixelbook , Razer Blade, Dell XPS13 ..

Untuk USB Type C, anda boleh menggunakan mana-mana USB Type C yang Original yer.. Antara jenama USB Type C yang boleh di percayai adalah jenama dari Aukey / Tronsmart.  Ia tahan lama, berkualiti tinggi serta wayar yang lebih kuat. 

  

Wall charger pula, anda boleh guna kan juga dari jenama Aukey dan Tronsmart yang mempunyai beberapa model yang menyokong fungsi Power Delivery . Contoh nya seperti model Tronsmart WD2T Wall Charger ini. 

Apa Itu USB Power Delivery 3

  

Apa Itu USB Power Delivery 4

  

KELEBIHAN USB POWER DELIVERY UNTUK PENGGUNA SMARTPHONE DI MALAYSIA 

  • Tiada lagi masalah overcharging semasa proses pengecasan bateri peranti elektronik anda kerana wall charger / car charger / power bank yang mempunyai sistem PD ini akan secara automatik adjust berapa max voltan dan arus yang sesuai untuk sesuatu model smartphone . 
  • Menyokong pengacasan untuk pelbagai jenis gajet serta jenama dengan hanya perlu bawa satu charger serta satu usb cable type C sahaja. Mudah kan?

  

Jadi Sifupowerbank berharap yang semua pengeluar aksesori smartphone mula menggunakan USB Power Delivery dalam setiap model smartphone terbaharu mereka. Ini sebenar nya akan sangat memudahkan para pengguna untuk tidak membawa bebanan  lain seperi charger , power bank, dan USB cable yang berlainan model serta jenama. 

  

Anda boleh dapatkan aksesori smartphone yang menyokong USB Power Delivery dari Sifupowerbank kerana hanya yang original dalam stok kami. 

P/S – Anda boleh terus share kan info artikel ini pada rakan-rakan anda yang lain di FB atau Twitter atau IG. Hanya perlu tekan butang share icon di bawah. Terima kasih.

1 comment

    Saya menggunakan Aukey 60w PA-D3, gadget saya Xiaomi Mi 10t pro ( PD support ) tapi malangnya Aukey PA-D3 PD tidak dapat memberikan pengecasan pantas ” mi turbo charge “, saya mencuba dengan cable asal aukey ( disertakan dlam kotak aukey Pa-D3 ). Saya juga saya telah cuba dengan cable baru aukey yg lain “Aukey CB-AKC3 USB C To USB C 60W”. hasilnya mengecewakan. saya hanya dapat quick charge sahaja. Terbaru saya membeli Mcdodo 65w GaN charger dan mencuba PD port ternyata gagal lagi, melainkan saya guna di USB A ( di tulis 30w max ).. barulah dapat “mi turbo charge”. – soalan saya adakah PD charge hanya mengikut output yg di nyatakan oleh pengeluar wall charger.. cth : Aukey PA-D3 = USB-C Output: (Power Delivery 3.0) DC 5V 3A, 9V 3A, 12V 2.5A, 15V 3A, 20V 3A, hanya lima konfigurasi. yg akan di salurkan. maknanya ia tak akan salurkan 11V 5A. sebab saya fikir 5V 3A to 20V 3A.
    Sebabnya MI 10t Pro input charging 11V 3A,
    Saya lakukan lagi pencarian yg ada 11V 3A adalah Baseus 65 GaN charger spec PD :
    Type-C1 Output: DC 3.3-11V/3A, 5V/3A, 9V/3A, 12V/3A, 16V/3A, 20V/3.25A Max.
    Malangnya baseus tiada UK pin ( 3 pin ) yg ada hanyalah US, EU, ( 2 pin ) – sama macam xiaomi punya charger 2 pin … ( saya tak gemar 2 pin, adakalanya sukar nak plug ke socket. kena cucuk lubang socket dengan sesuatu .. melainkan ada adapter ).

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping