Whatsapp : 017-787 9824
Apa Beza USB Output 1.0A & 2.1A ? 1

Apa Beza USB Output 1.0A & 2.1A ?

Ramai yang tanya kami mengenai output rate 1.0A & 2.1A. Kebanyakkan power bank & charger akan ada perbezaan arus ini pada bahagian output USB mereka. Persoalan nya , Apa Beza USB Output 1.0A & 2.1A ?  Mana satu yang patut anda guna kan untuk mengecas phone atau tablet anda?

Cg-4WFR1byGIVaHiAALP2Xum6EQAAR1dwM4czQAAs_x123

Sebenarnya, output 1.0A & 2.1A tersebut merujuk kepada berapa kuat / besar arus yang di hasilkan dari setiap bahagaian USB tersebut. Arus 2.1A adalah lebih besar / kuat berbanding arus 1.0A. Risiko menggunakan arus yang besar seperti 2.1A adalah bateri phone anda akan lebih cepat rosak kerana arus yang di terima lebih kuat berbanding keupayaan bateri tersebut jika anda bukan menggunakan smartphone yang tidak support teknologi fast charging.

Sebagai contoh, anda hanya menggunakan smartphone biasa ( harga < RM700 ), kebanyakkan model hanya support input dari charger hanyalah 1.0A, tetapi jika anda cas menggunakan charger 2.1A, pasti nya ia akan memaksa bateri anda untuk menerima arus tersebut dan seterus nya memendekkan jangka hayat bateri anda dalam jangka masa panjang.

 

Bila perlu guna USB Output 1.0A / 2.1A ?

1.0A – Kebanyakkan smartphone biasa menyokong pengecasan 1.0A.  Jadi, charger yang di bekalkan bersama juga mempunyai output 1.0A . Untuk lebih kepastian, sila semak semula spesifikasi smartphone anda atau rujuk pada pengeluar / penjual. Kami sangat menyarankan anda hanya menggunakan output 1.0A untuk mengecas smartphone anda sama ada anda cas menggunakan power bank atau charger. Output jenis ini sudah memadai untuk menjaga kesihatan bateri anda untuk jangka masa panjang.

2.1A – Output ini sangat sesuai untuk tablet seperti iPad / Tab di mana, kebanyakkan tablet memerlukan arus yang lebih besar berbanding smartphones semasa mengecas. Ada sesetengah tablet tidak boleh mengecas menggunakan charger 1.0A dan ia akan mengeluarkan ” Error ” . Jika anda menggunakan smartphones yang support fungsi ‘pengecasan pantas’ seperti Huawei P9, One Plus 2 atau Samsung Galaxy S6/Note 5 dan sebagainya, anda tiada masalah untuk menggunakan charger output 2.1A ini.

 

Cara untuk check berapa kah arus output yang sesuai dengan bateri phone anda ? 

  1. Cara paling mudah adalah ada rujuk semula spesifikasi smartphones anda sama ada di ‘manual book’ atau website rasmi pengeluar.
  2. Cuba lihat pada charger original yang di datangkan bersama dengan smartphones anda. Pada badan charger tersebut atas di nyatakan berapakah output rate dan itu lah rate yang sesuai dengan bateri smartphones anda.
  3. Jika anda menggunakan smartphone biasa (mungkin di bawah RM1500 ), cukup dengan hanya perlu guna output 1.0A. Jika smartphones anda jenis ‘high end’ , biasa nya smartphone jenis mahal ini ada di sertakan dengan fungsi ‘fast charging’. Jadi, anda boleh guna output 2.1A tanpa sebarang masalah.

xharge

Source image from :www.androidpolice.com

 

13 comments

    Assalaamu’alaikum. tq. good info. tp ade soalan. kalau sy nk charge 2 smartphone biasa dlm 1 masa mcm mana yer?

      Waalaikumsalam :-). Di sarankan cik untuk mengecas pada port 1.0A secara bergilir2..Namun, tertakluk kepada keadaan , jika perlu guna phone cepat, boleh lah untuk di cas pada ke-dua-dua port tersebut.

    Assalamualaikum,
    Terima kasih juga kerana menyediakan artikel yg berinformatif. 1 persoalan, sy lihat terdapat perbezaan bg handphone yg menyokong output 2.0A dan powerbank yg beroutput 2.1A. Adakah perbezaan 0.1A (2.1A – 2.0A) ini boleh menyebabkan risiko kapasiti melebihi had juga? Adakah lebih elok menggunakan output 1.0A sahaja?

      Waalaikumsalam tuan

      Tiada masalah & efek pada bateri. Ia bergantung sepenuh nya pada sistem sesebuah smartphone.
      Sebab sistem smartphone akan filter arus yang masuk mengikut spesifikasi dalaman phone tersebut

      Sebagai contoh –

      Smartphone biasa ; Input spec 5V 1.0A
      Charger / Power bank : Max Output 5V 2.1A

      Jika tuan cas dari port 2.1A & masuk ke port 1.0A , bateri phone tuan hanya akan terima 1.0A sahaja seperti dalam sistem asal phone tersebut.

      Makna nya, ia ada “cut off”

      Harap membantu 🙂

    Waduh… Baru tau ni… Selama ni hp sy cas guna 2.0A.. Dh 3tahun lebih hp ni.. Nasib baik tak rosak.. Tq sifu infonya

    Salam.. Knp kl cas guna 2.1.. Bateri powerbank laju habis..

      Wasalam ,

      Sebab output lebih besar berbanding port 1.0A. Jadi, kapasiti bateri akan 2X lebih laju habis. Itu normal.

      Terima kasih.

    tumpang tanya mcm mana nak guna usb mcdodo 2.4a di powerbank pineng yg ada 3.0 untuk iphone 8plus adakah perlu dimasukan ke out 1.0 atau 2.0,sbb usb dah fast tkt masuk di 3.0 cepat rosak betery ke macam mana boleh bagi pandangan

      Awak boleh masukkan di port 2.0 @ yang ada tulis QC .TQ

    assalamualaikum, nak tnya baru2 ni sy ada beli powerbank 20000mAh. bila sy cas dia cpt hbs, sy guna output 5V 1.0A. bole bgitau tak apa sbb dn punca dia?

      Waalaikumsalam. Kebiasaan nya mungkin kerosakan pada port USB atau cuba guna kan pada port yang lain.Adakah sama atau tidak.

    Hp sony xperia Z.sy guna chager vivo skrg ni..yg asal sudah rosak.Semasa sy charge hp Sony.
    .sy ada perasan kadang2 slow charge masuk.pada biasa..kenapa ye..
    #sudah 8 tahun sy pakai..dr awl pengeluaran
    Bateri br setahun tukar..

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping