Whatsapp : 017-787 9824
Anker PowerHouse - Power Bank Berkuasa 120,000mAh 1

Anker PowerHouse – Power Bank Berkuasa 120,000mAh

Anker PowerHouse – Power Bank yang berkapasiti bateri Super Besar iaitu 120,000mAH…Jangan terkejut..Kerana ini bukan cobaan,tetapi ia realiti yang harus anda ketahui bahawa Anker , pengeluar gajet terkemuka ini mengeluarkan satu power supply mini yang mempunyai kuasa bateri sehingga 120,000mAh.

power bank anker powerhouse
Sumber Gambar Asal : AndroidPolice.com

Anker PowerHouse – Power Bank Berkuasa 120,000mAh

Ini adalah satu-satu nya power bank yang mempunyai kapasiti sebesar ini. Masih belum ada jenama lain yang mengeluarkan power bank dengan kapasiti ini. 

Menurut review produk dari laman AndroidPolice.com,  Anker Powerhouse ini adalah satu power bank yang mempunyai kuasa bateri cukup besar dan di jana dengan bateri dari jenis Lithium Ion. Bagaimana boleh terhasil kapasiti 120000mAh ini ? Power bank ini mempunyai 36 unit bateri di dalam power bank ini dan setiap satu bateri tersebut berkapasiti 3,350 mAh. Jika anda buat kiraan secara kasar, dengan 36 unit bateri tersebut, anggaran kuasa power bank ini adalah sebanyak 120,600mAh atau 435 Wh .

Anker PowerHouse - Power Bank Berkuasa 120,000mAh 2

Dengan kapasiti sebesar 120K  mAH ini, anda mampu mengecas smartphone anda sehingga 40 kali cas penuh, cas bateri laptop sehingga 15 kali penuh, mampu menghidupkan lampu 15V selama 100 Jam atau mengecas peti sejuk mini sehingga 7 jam. Jadi, anda mempunyai pakej lengkap sebuah power bank yang boleh mengecas apa jua gajet / perkakasan elektrik anda tanpa perlu sambungkan pada soket dinding. 

Secara keseluruhan, saiz power bank ini lebih kecil sedikit berbanding dengan bateri kereta dan mempunyai berat sekitar 4.4 KG. Pada panel hadapan Anker Powerhouse ini, ia mempunyai 4 USB port 2.4A , satu 12 V Ouput soket car charger , satu 110V AC plug, dan satu input masuk 16.8v .Untuk mengecas penuh power bank sebesar 120K mAh ini, ia akan mengambil masa dalam 10 Jam untuk penuh kan 100% kuasa bateri nya. 

Yang menarik nya, power bank Anker ini juga di lengkapi dengan panel LCD yang akan memaparkan info-info mengenai sistem power bank ini. 

Power bank Anker Powerhouse ini di jual di laman jualan rasmi Anker.com pada harga USD499 / unit (anggaran dalam RM2210/unit).Tidak termasuk kos penghantaran dan lain-lain cukai. Mungkin akan di jual dalam RM2500/unit. 

Jika di lihat dari segi fungsi dan ciri-ciri power bank ini, ia amat sesuai bagi anda yang kerap melakukan aktiviti outdoor seperti camping , hiking , backpacking ataupun travel. Ia mampu mengecas pelbagai gajet anda dan akan tahan berhari-hari sebelum anda mengecas nya penuh semula. 

Adakah anda akan dapatkan power bank Anker Powerhouse 120000mAh ini ? 

Sumber : Androidpolice.com & Anker.com 

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping