Pineng Power Bank 30000mah sering menjadi pertanyaan wajib kepada kami adakah benar Pineng Power Bank 30000mah ini benar-benar wujud ? Atau ia hanya lah mitos semata-mata ?
Ramai yang berminat dengan kapasiti 30000mAh untuk jenama Pineng, kerana dengan kapasiti 30000mAh ini, anda boleh cas banyak kali sehingga 8~9X untuk smartphone yang berkapasiti bateri kecil (bawah 2000mAh – terutama iPhone). Jadi, tidak hairan lah kenapa Pineng Power Bank 30000mAh menjadi dambaan ramai pemilik smartphone sekarang terutama yang selalu travel / outstation jauh.. Ye lah..Lebih baik beli sekali yang berkapasiti tinggi dan boleh di gunakan banyak kali kan.
Adakah Pineng Power Bank 30000mAh Betul Wujud ?
Jawapan kepada soalan dia ats : Adakah Pineng Power Bank 30000mah Original Ada Di Jual ?
Maaf kerana kami perlu berkata jujur untuk elakkan anda semua tertipu, sebenar nya , Pineng Power Bank 30000mAh TIDAK WUJUD sama sekali.
Ya .. Memang tiada kapasiti 30000mAh untuk power bank dari jenama Pineng . Jika anda buat semak kan di website rasmi Pineng.cn , maksimum kapasiti yang anda akan dapat adalah hanya 20000mAh sahaja . Tidak lebih dari 20000mAh
Jadi, jika anda terjumpa iklan tentang power bank 30000mah Pineng , anda patut elakkan dari penjual berkenaan kerana, ia pasti nya set power bank tiruan yang berselindung di sebalik jenama Pineng sahaja. Seperti yang anda sedia maklum, untuk pasaran Malaysia khusus nya, rakyat Malaysia masih memilih jenama Pineng untuk aksesori smartphone mereka atas faktor harga yang rendah berbanding dengan jenama lain .
Tapi kami nak cari power bank 30000mAh juga sifu ? Apa brand yang lebih tahan lama dan kapasiti nya betul 30000mAh ? Tak nak yang tipu punya..
Ok, ini adalah power bank 30000mAh yang kami sangat recomend untuk anda yang serius mencari power bank 30000mah yang original serta tahan lama , iaitu :
Kenapa kami recommend AUKEY Power Bank 30000mAh ini ? Perincian nya di sini >>
Biar mahal tetapi puas hati dengan aksesori yang kita beli . Jangan hanya tengok harga paling murah, tetapi cari lah kualiti yang paling tinggi. Kerana ada sebab kenapa sesebuah power bank itu di beri tanda harga yang mahal . Antara yang anda kena ambil kisah dalam membeli aksesori telefon bimbit adalah :
- Pastikan ada tempoh warranty yang munasabah. Lebih lama, lebih bagus dan di yakini kualiti. Kerana hanya item yang benar-benar kualiti sahaja, ada jaminan yang lebih lama.
- Real kapasiti bateri – supaya anda boleh dapat cas bateri smartphone anda lebih banyak kali dari yang tiruan.
- Mempunyai fungsi tambahan lain seperti pengecasan pantas untuk input serta output, atau menawarkan teknologi lain seperi Power Delivery atau ada sambungan berasaskan USB Type C.
- Servis khidmat pelanggan selepas jualan – mudah untuk berurusan bila ada masalah berkaitan powerbank yang anda beli.
Pastikan ada 4 faktor di atas yang patut anda tahu sebelum terus membeli power bank anda. Sila tanya sebanyak mungkin kepada seller anda sebelum anda buat pembelian supaya anda jelas dengan setiap polisi pada penjual tersebut.
Jadi, kami sangat berharap anda tidak akan kena tipu lagi dengan tawaran Pineng Power Bank 30000mah . Memang kami pasti, setakat artikel ini di tulis, masih tiada set rasmi PINENG Power Bank 30000mAh yang kami terima dari pihak kilang di China . Jika set rasmi sudah ada, pasti nya kami adalah antara penjual terawal yang akan war-war kan info tersebut kepada umum .
” Sifupowerbank ada jual power bank 30000mAh yang boleh di percayai ? Dulu pernah beli, tapi 1X cas dah kong.. Aduhhhh..Sah kena tipu.. ”
Anda boleh dapatkan power bank 30000mAh anda melalui webshop kami di sini : – BELI AUKEY 30000MAH DI SINI
Sekali lagi kami highlightkan kepada anda bahawa, jangan tertipu lagi dengan tawaran murah / offer untuk PINENG Power Bank 30000mAh kerana , ia nya masih tiada set rasmi / sah dari PINENG. Khuatir anda guna power bank tiruan kelak. Amat bahaya jika anda gunakan power bank tiruan.