Whatsapp : 017-787 9824
9 Power Bank Pengecasan Pantas Quick Charge 1

9 Power Bank Pengecasan Pantas Quick Charge

Memang tidak di nafikan bahawa tempoh untuk mengecas bateri telefon akan mengambil masa yang lama iaitu di antara 2-3 jam mengikut kapasiti bateri telefon dan juga output dari charger yang anda gunakan. Kebanyakkan power bank di pasaran Malaysia sama ada yang berjenama atau jenis OEM tidak mempunyai sistem fast charging ini dan jika ada pun yang anda jumpa di pasaraya besar / kedai elektronik, ia pasti nya sangat mahal. Teknologi ini masih baru pada power bank dan kita akan mendapati beberapa jenama power bank akan mulai di jual di Malaysia dalam 1-2 tahun akan datang.

Jika di pasaran antarabangsa, power bank dengan fungsi pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 2.0 telah pun di jual secara rasmi di Amazon. Antara jenama power bank dengan fast chaging yang popular adalah Aukey , Anker , RAVPower dan lain-lain lagi. Dengan teknologi Qualcomm Quick Charge , ia mampu mengecas penuh bateri telefon anda 50% lebih pantas dari biasa. Menarik bukan? Tak perlu tunggu lama-lama lagi. Kami bawakan anda 9 Power Bank Pengecasan Pantas Quick Charge yang terbaik di pasaran .

9 Power Bank Pengecasan Pantas Quick Charge 2.0 Qualcomm

  1. Aukey Quick Charge 2.0 10,400mAh Power Bank

9 Power Bank Pengecasan Pantas Quick Charge

Power bank ini di saluti dengan aluminum dan nampak sangat premium & kemas. Walaupun ia nampak lebih kecil, tetapi dengan kapasiti sebanyak 10,400mAh , ia mampu mengecas telefon anda antara 3-4 kali penuh. Dengan sistem pengecasan pantas Quick Charge, ia pasti membuatkan anda tidak menunggu lama untuk bateri telefon anda di cas penuh. Namun,ia hanya di datangkan dengan 1 USB output sahaja .Bermakna, anda boleh cas 1 telefon sahaja.

 

2. CHOE 15600mAh Quick Charge 2.0 Power Bank

choe-qc2

Power Bank CHOE ini nampak lebih kemas dan eksklusif dengan warna Hitam. Dengan kapasiti 15600mAh, ia mampu mengecas sehingga 5 kali untuk telefon anda. Power Bank ini di datangkan dengan 2 USB Output untuk mengecas 2 peranti anda serentak dalam satu-satu masa.Namun, model ini hanya ada 1 port yang support Quick Charge , manakala 1 port lagi adalah output biasa.

 

3. Anker Powercore+ 10050

anker-powercore-10050

Ini adalah model terbaharu power bank dari Anker, dengan kapasiti bateri sebanyak 10050mAh dan ia di lengkapi dengan fungsi Quick Charge 2.0 yang akan menawarkan kepuasan pengecasan pantas untuk telefon pintar anda. Bersaiz kecil,tetapi mampu mengecas sehingga 4 kali penuh bateri telefon anda.

 

4. Aukey Quick Charge 2.0 10000mAh Power Bank

aukey-10000-qc2

Jenama Aukey mempunyai satu lagi power bank yang menyokong pengecasan pantas iaitu model Aukey Quick Charge 2.0 dengan kapasiti bateri 10000mAh. Model ini mempunyai 2 USB port yang mana, satu port USB menyokong fast charging manakal port USB ke-2 memberikan output 2.4A. Kelebihan lain untuk model ini adalah , ia di serta kan dengan LED Flashlight untuk fungsi lampu suluh di saat gelap / blackout.

 

5. RAVPower 20100mAh External Battery Charge

ravpower-c

Power bank RAVPower ini memang unik berbanding power bank yang lain. Ini kerana,ia menawarkan kapasiti nya yang besar iaitu 20100mAh yang mana ia mampu untuk mengecas sehingga 8-9 kali penuh bateri telefon anda. Ia juga unik kerana mempunyai 3 USB Port ( 2 port USB 2.0 & 1 port USB Type C) . Jika anda menggunakan telefon pintar yang mempunyai USB Type C seperti Nexus 6P , power bank ini adalah pilihan yang tepat untuk anda. USB 2.0 nya jugak tidak mengecewakan kerana 1 port menyokong fungsi Quick Charge manakala lagi satu port memberi output 2.4A.

 

6. TechMatte Quick Charge 2.0 Dual Port Power Bank

techmatte

Power bank dari TechMatte ini mempunyai kapasiti sebanyak 5200mAh sahaja .Cukup untuk 2-3 kali pengecasan sahaja. Namun, ia masih menawarkan 2 USB output port di mana satu port menawarkan fungsi Quick Charge manakala port ke-2 adalah 2.4A . Sesuai untuk anda yang tidak memerlukan cas yang banyak.

 

7. MoKo Quick Charge 2.0 10400mAh Power Bank

moko

Power bank MoKo ini menawarkan kapasiti 10400mAh dan hanya menpunyai 1 USB port.Namun, ia masih menyokong pengecasan pantas .

 

8. EasyAcc Quick Charge 2.0 20000mAh Portable External Battery

easyacc

Power Bank EasyAcc 20000mah ini mempunyai 3 USB output yang mana ia mempunyai 2 fungsi yang unik iaitu 1 port mempunyai fungsi Quick Charge 2.0 manakala 2 port lagi mempunyai fungsi Smart di mana, jika anda mengecas telefon melalui USB Smart ini, ia akan mengira berapakah kuasa yang paling sesuai dengan telefon anda tanpa merosakkan bateri anda. Ia smart kan?

 

9. Kmashi 20000mAh External Battery

kmashi

Power bank Kmashi ini menawarkan kemasan yang berkualiti tinggi di mana, ia di saluti dengan kulit di bahagian atas dan bawah nya . Kapasiti bateri power bank ini adalah 20000mAh dengan 2 USB output. Namun, hanya satu port sahaja yang menyokong pengecasan pantas.

Sumber Gambar & Artikel Asal : – AndroidHeadlines.com

Dengan 9 Power Bank Pengecasan Pantas Quick Charge di atas,mana satu kah pilihan yang terbaik untuk anda ?

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping