5 Tanda Power Bank Rosak

Power bank adalah satu alat bantuan untuk anda mengecas bateri smartphone anda. Jadi, anda perlu guna kan seharian . Kebiasaan dalam 2 kali sehari.. Atau ada yang jenis heavy user , boleh cas bateri phone sehingga 5 kali . Golongan yang kerap mengecas bateri phone ini kebiasaan nya kaki game online seperti PUBG , jadi, mereka sangat-sangat perlukan power bank bagi memastikan setiap misi online mereka lancar tanpa sebarang gangguan.

Dan seperti peranti elektronik yang lain, power bank tidak lari dari mengalami masalah kerosakan dan sedikit sebanyak menggangu fikiran anda kerana anda perlu beli power bank baharu kan.

Ini adalah 5 tanda power bank rosak dan anda sudah patut cari set power bank baharu.

  

A) Semakin kurang bilangan mengecas bateri 

  • Anda rasa kan yang anda sudah tak boleh cas bateri banyak kali berbanding semasa mula-mula mengguna kan power bank anda tersebut, ia adalah tanda power bank rosak.
  • Pada peringkat awal, anda boleh cas sehingga 5 kali, namun mungkin sekarang hanya boleh sekitar 2-3 kali cas sahaja. Ini adalah di sebab kan sifat susut kuasa untuk bateri. Untuk makluman anda, setiap bateri yang di hasilkan di kilang mempunyai “umur” yang tersendiri (life cycle) . Jadi, lagi banyak kali anda guna (cas IN dan OUT) , lagi cepat life cycle nya berkurangan.
  • Jadi, anda akan hadapi masalah seperti anda perlu kerap mengecas power bank setiap hari. Sepatut ya, sekali power bank anda penuh, ia boleh di guna kan dalam 2-3 hari. Anda boleh terus guna kan selagi mana anda rasa kan ia tidak membebankan anda. 
  • Jika sudah susahkan anda sampai hari-hari perlu cas, kami sarankan anda dapatkan power bank yang baharu.

  

B) Body power bank kembung

  • Peringkat ini sudah sah yang power bank anda sudah rosak. Kebiasaanya, power bank jika di letak kan di tempat rata, ia boleh berpusing bila anda putarkan. Itu tanda , power bank anda sudah kembung . Nasihat kami yang tulus ikhlas, tolong jangan guna lagi power bank anda jika sudah ada tanda tanda kembung . Ia amat merbahaya kerana ada risiko letupan/kebakaran. 
  • Sila rujuk artikel khas untuk power bank kembung di sini :  Bagaimana Power Bank Kembung ?
  • Jangan sayangkan duit anda semata-mata tak nak beli yang baharu. Sayangi nyawa anda serta orang sekeliling anda. Jika anda rasakan body power bank anda sudah tidak rata, ia sudah pasti tanda – tanda power bank rosak

 

C) Masa cas masuk ke power bank terlalu lama

  • Kebiasaan nya, untuk power bank 10000mah, anda hanya perlukan sekitar cas semula dalam 5 – 6 Jam** untuk penuhkan 100% kapasiti bateri nya. Manakala 20000mAh pula sekitar 8-9 Jam** untuk cas penuh. Jadi, jika anda rasa kan yang anda sudah cas semalaman, atau melebihi 12 jam, tetapi power bank anda tetap tidak penuh (masih bawah 10~30% @ tetap tak masuk), ini tanda yang power bank anda sudah rosak.
  • Ini mungkin di sebab kan masalah pada papan litar elektronik power bank anda yang tidak berfungsi dengan baik untuk menerima cas dari charger anda.
  • Namun, sebelum boleh kategorikan masalah “long charge” ini sebagai tanda power bank rosak , kami sarankan anda untuk uji terlebih dahulu power bank anda dengan cara ini :
  • Anda tukar charger serta USB Cable yang anda guna kan kepada yang lain atau yang baharu dan cuba cas pada power bank anda tu… Jika anda tiada bajet, boleh pinjam charger / USB cable dari kawan-kawan. Tujuan adalah untuk pastikan adakah masalah slow charge ini berpunca dari power bank itu sendiri atau masalah pada charger dan USB Cable anda.
    Ini bermakna, jika dah boleh cas penuh macam biasa, itu bermakna yang charger serta USB cable yang bermasalah.

 

D)  Kuasa bateri power bank anda hilang

  • Situasi yang begini. Anda sudah cas penuh bateri power bank anda sehingga 100% sebelum pergi kerja. Dalam tengahari untuk keluar lunch, anda nak cas bateri smartphone. Tetapi, anda perasan yang baki bateri power bank anda sudah berkurangan. Mungkin susut sedikit sahaja dalam 2~3% .. Tetapi, ia akan jadi masalah bila anda nak guna untuk perjalan jauh seperti balik kampung . 
  • Sepatut nya anda boleh cas bateri phone dalam 4X, tetapi sebab masalah ni, anda hanya boleh cas dalam 3X sahaja. Jadi, dah rugi 1 kali cas kan.
  • Ini di sebabkan kebocoran arus dalam bateri serta litar elektronik power bank anda. Biasa nya ini terjadi pada power bank yang dah lama di gunakan. Namun, jika power bank anda baru, tetapi ada issue sebegini, elok lah inform penjual anda untuk claim power bank yang baru. 

  

 E) Ada bunyi berdersir pada power bank semasa anda mengecas phone

  • Ini jarang sangat berlaku, tetapi kami pernah dapat satu kes bunyi seakan berdesir @ senang cerita, ada bunyi pada power bank semasa cas. Bunyi ini tidak lah kuat, tetapi jika dengar dengan teliti, anda akan dapat dengar bunyi tersebut.
  • Namun, anda perlu periksa dahulu sama ada bunyi tersebut berpunca dari power bank atau sebab kan smartphone anda. Ada smartphone dari model yang lama tidak sesuai guna kan power bank.
  • Untuk anda periksa sama ada adakah itu Tanda Power Bank Rosak , anda boleh buat cross check dengan cara mengecas smartphone lain menggunakan power bank tersebut
  • Contoh nya anda menggunakan phone model lama yang dah kira nak pupus, jadi anda cuba guna power bank tersebut pada smartphone yang lebih latest . Jika tiada bunyi kedengaran, itu bermakna smartphone anda yang bermasalah dari segi sistem nya. Jika ada juga bunyi berdesir tersebut, itu baru tanda power bank rosak dan perlu di ganti dengan yang baru.

  

Itu antara beberapa tanda power bank rosak , dan mungkin ada lagi issue lain namun masih terpencil . Untuk pelanggan Sifupowerbank, jika anda mengalami sebarang masalah berkaitan power bank anda, kami akan bantu anda untuk troubleshoot permasalahan tersebut sebelum anda boleh claim warranty dengan kami.

Bukan bermaksud kami tak nak claim kan, tetapi lebih kepada nak jimatkan kos claim anda sendiri. Proses claim bermaksud, anda perlu pulangkan powerbank yang bermasalah kepada kami dan ia memerlukan anda keluarkan sedikit modal untuk penghantaran melalui pos. Jadi, ia akan memakan modal sekitar RM7 ~RM10 mengikut berat parcel anda.

  

Jadi, untuk jimatkan duit postage anda tersebut, lebih baik troubleshoot masalah anda dahulu untuk kenal pasti adakah ia berpunca dari power bank atau sebenar nya masalah pada charger, USB Cable mahupun sistem smartphone anda sendiri.

 

Kami di Sifupowerbank tiada masalah untuk claim kan power bank anda yang rosak selagi ia masih dalam tempoh warranty. Kami sedia membantu anda dari awal sehingga anda dapat set powerbank yang baru . 

 

Bak kata pepatah ” Alah Membeli , Menang Memakai ”  🙂 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *