Whatsapp : 017-787 9824
perbezaan-usb-cable-sifupowerbank

3 Perbezaan USB Cable di Pasaran

Apa perbezaan USB Cable yang banyak di jual di pasaran ? Bagaimana perbezaan USB Cable ini boleh membuatkan kita untung atau rugi ? Di sini, kami akan terangkan apa 3 perbezaan USB Cable yang terdapat di pasaran supaya anda lebih cakna dan tidak terburu-buru membuat keputusan untuk membeli USB Cable anda. 

Ingat, salah beli, rugi tau..Sebab anda tak boleh gunakan pada smartphone anda. 

OK. Secara am nya, di dalam pasaran aksesori smartphone sekarang, hanya ada 3 jenis USB Cable yang di gunakan sebagai sambungan kepada smartphone anda (untuk mengecas bateri / memindahkan data dari PC ke smartphone) iaitu :

  1. Micro USB 
  2. USB Type C
  3. Apple Lightning 

Untuk smartphone berasaskan Android, ia akan menggunakan USB cable dari jenis Micro USB dan USB Type C . Manakala untuk smartphone keluaran Apple (iPhone), ia akan menggunakan USB Cable jenis Lightning. Jadi, boleh beza kan yer . 🙂

Tetapi , apa beza antara ke tiga-tiga USB cable ini ? Bagaimana nak beza kan antara satu sama lain ? – Soalan ini mungkin basic pada anda yang ada pengetahuan teknikal phone, tetapi buat mereka yang tiada basic tersebut (beli sebab iklan / promo / nak selfie / zoom jauh-jauh) , mereka mungkin tidak tahun perbezaan antara satu sama lain.

Jangan terkejut, sebab kami kerap terima soalan tersebut dari pelanggan kami. Jadi, kami nak bantu mereka ini mengenali jenis, ciri-ciri dan bentuk USB cable di pasaran. 

 

3 Perbezaan USB Cable di Pasaran Yang Patut Anda Tahu

perbezaan-usb-cable-sifupowerbank

Ini adalah 3 jenis bentuk USB Cable yang ada di  pasaran. Setiap seller aksesori smartphone akan bertanya kan kepada anda, apakah jenis USB cable yang anda nak beli. Jadi, ini perbezaan USB Cable yang anda perlu tahu.

 

Perbezaan Bentuk / Design Micro USB vs Type C vs Apple Lightning 

  1. Micro USB

3 Perbezaan USB Cable di Pasaran 1

MICRO–USB adalah jenis USB Cable yang di guna pakai pada peranti Android sehingga ke hari ini. Kebanyakkan jenis Micro USB ini masih di gunakan pada peranti kelas pertengahan yang menawarkan spesifikasi yang sederhana. Namun ,untuk tahun 2019 , kita sudah lihat di banyak model baharu smartphone untuk kelas pertengahan juga sudah mula menggunakan USB jenis USB Type C dan kami jangka kan trend ini akan berterusan untuk peranti pertengahan lain di masa akan datang. 

Dair segi bentuk fizikal Micro USB , bentuk nya bersegi (flat di bahagian bawah, dan bersegi di bahagian atas) . Jadi, anda hanya boleh masuk kan USB jenis ini pada satu arah sahaja. Ia perlu selari dengan kedudukan USB port peranti anda. Jika salah kedudukan nya, tak boleh masuk.

Kelemahan USB Cable jenis Micro-USB adalah : 

  • Anda hanya boleh masukkan USB cable ini pada satu kedudukan ikut port USB smartphone anda. Tidak boleh terbalik.
  • Menawarkan kadar pengecasan (voltan /arus) yang rterhad, serta kadar pemindahan data yang juga lebih perlahan.

Dari segi kelebihan pula, anda masih mudah nak beli USB cable ini kerana ia banayk di jual di pasaran dengan pelbagai jenama dan fungsi tambahan. Gambarajah bawahadalah  gambaran lebih jelas untuk USB Cable jenis Micro-USB.

Perhatikan kepada bentuk nya ya..  Bersegi di atas, flat di bawah. Jadi, jika terbalik dengan port USB smartphone anda, ia tidak boleh di masukkan .

3 Perbezaan USB Cable di Pasaran 2 3 Perbezaan USB Cable di Pasaran 3

 

 

2. USB Type C 

3 Perbezaan USB Cable di Pasaran 4

USB Type C adalah jenis USB cable terbaharu dan semakin luas di gunakan pada peranti yang di hasilkan sejak kebelakangan ini. USB jenis ini pada permulaan nya banyak di temui pada smartphone yang berspesifikasi tinggi (Premium model) , namun, kini sudah ada beberap peranti kelas pertengahan yang menggunkan kan USB type C ini sebagai port USB mereka. 

USB Type C ini bentuk nya lebih lonjong, bulat di bahagian tepi dan lebih lebar berbanding Micro USB dan Apple Lightning. 

Antara Kelebihan USB Type C ini adalah : 

  • Anda boleh gunakan USB cable ini secara berbalik / pelbagai arah – atas dan bawah tanpa masalah. 
  • Ia mampu membawa voltan dna arus yang lebih tinggi, Jadi, ia membantu mengecas bateri smartphone /data transfer anda dengan lebih pantas berbanding Micro USB dan Lightning. 
  • Penggunaan USB jenis ini akan lebih meluas di masa akan datang. 

Cuma sedikit kelemahan cable jenis ini adalah, harga nya sedikit tinggi dari jenis Micro USB. Tetapi trend harga USB Type C ini sudah nampak kan penurunan sedikit demi sedikit. 

3 Perbezaan USB Cable di Pasaran 5

usb-type-c pineng-usb-type-c

 

 

3- Apple Lightning 

USB Cable lightning ini  khas di gunakan pada peranti keluaran Apple sahaja seperti iPhone dan iPad serta beberapa model Macbook.

Ia sama seperti USB type C di mana, USB Lightning ini boleh di gunakan secara revisible / berbalik. Jadi, ia memudahkan anda semasa proses pengecasan / memindahkan data ke iPhone anda . Dari segi bentuk fizikal, USB ini  tiada lubang di tengah-tengah seperti Micro USB dan Type C kerana connector nya di letakkan di bahagia luar (rujuk gambarajah di bawah) .

Namun berhati-hati dengan USB Cable iPhone yang tiruan. Cable tiruan tersebut banyak di jual di pasaran luar dengan harga sangat murah  Jadi, kami recomend anda untuk menggunakan Lightning cable yang mempunyai certified MFi  Kerana lebih berkualiti tinggi dan tahan lebih lama,  Sebarang cable yang ada MFi , ia di ikitiraf secara rasmi oleh pihak Apple dan sesuai dengan sistem iOS tersebut.

Macam mana nak tahu USB Cable yang kita beli ada certified MFi atau tidak, ? >> Baca Sini ;  Apa Itu MFi Apple ? 

apple-lightning-pineng 3 Perbezaan USB Cable di Pasaran 6

 

Jadi secara keseluruhan, ada perbezaan yang ketara antara 3 jenis USB Cable ini. Perbezaan USB Cable ini kita dapat lihat dari segi bentuk fizikal, kelajuan pengecasan / data transfer dan juga jenis smartphone mana yang boleh di guna pakai. Jadi, di harap dengan penjelasan ini , anda tidak lagi salah pilih antara ketiga-tiga USB cable tersebut. 

Jika anda masih tidak pasti dengan jenis USB cable yang mana anda patut beli, jangan malu -malu untuk rujuk kembali manual book smartphone anda. Atau boleh terus cari spesifikasi smartphone model ada dalam laman carian seperti Google. Anda juga boleh terus tanya dengan penjual yang anda berurusan jenis USB cable mana yang patut anda beli dan guna. 

Malu bertanya,  rugi duit .. 🙂 

3 Perbezaan USB Cable di Pasaran 7

 

 

Kelajuan Charging/ Data Transfer Micro USB vs Type C vs Apple Lightning

Tadi kami ada nyatakan tentang kelajuan mengecas bateri smartphone antara USB Cable. Jadi, ini adalah secara purata kelajuan mengecas bateri mengikut jenis USB cable anda. – ** ia berbeza mengikut teknologi yang di gunakan pada USB cable tersebut, Ada yang akan lebih laju seperti teknologi VOOC pada Micro USB atau Supercharge pada USB Type C.

Menurut data dalam Wikipedia, ia yang menyatakan bahawa purata kelajuan mengkiut jenis USB Cable adalah  : 

  1. Micro USB – Kelajuan sehingga 5V 1.5A 
  2. USB Type C – Kelajuan sehingga 20V 5A 
  3. Ligthning – TBC 

Jadi, jelas di sini yang mana , USB Type C menawarkan kadar mengecas bateri lebih laju dengan voltan dan arus yang lebih tinggi berbanding USB cable yang lain. Pada sesetengah pengguna, Ini penting kerana lagi cepat bateri smartphone anda di cas, lebih mudah anda untuk lakukan aktiviti harian anda tanpa perlu tunggu terlalu lama. 

 

Jadi , sekali lagi kami ingatkan kepada anda, tolong beli dan guna USB Cable yang ORIGINAL dari jenama yang di percayai sahaja.

Sila elakkan dari guna USB cable yang murahan sebab, arus yang di bawa semasa mengecas bateri smartphone anda tidak stabil – sama ada  akan terlalu rendah cas masuk atau arus yang lebih besar yang akan merosakkan bateri anda dalam jangka masa panjang. 

Supaya ramai boleh mendapat manfaat, anda boleh share info berkaitan apa perbezaan USB Cable yang ada di pasaran kepada kawan-kawan anda. 

 

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping