Ulasan – Power Bank Pineng PN-993 Fast Charging Lithium Polymer

Pengecasan pantas adalah fungsi paling di perlukan di saat kepesatan teknologi smartphone yang kian berkembang  sekarang . Sila ucapkan selamat tinggal kepada cara pengecesan konvensional yang memerlukan antara 2 ke 3 jam untuk penuhkan kuasa bateri smartphone anda. Cuma salah satu kelemahan teknologi ini buat masa sekarang adalah , tidak semua smartphone di lengkapi dengan fungsi ini . Ia nya masih terhad kepada smartphone dari kategori premium . Hanya ada beberapa jenama dari kategori pertengahan yang menawarkan fungsi “fast charging” ini namun masih tak banyak model yang di tawarkan.

Di harap suatu hari kelak, pengecasan pantas menjadi fungsi asas kepada semua smartphone ,power bank mahupun charger untuk menjimatkan masa kita semua.

Khas untuk smartphone yang menokong fungsi pengecasan pantas , model terbaharu dari Pineng ini adalah pelengkap kepada keperluan pengecasan anda.

Power Bank Pineng PN-993 Fast Charging Lithium Polymer

 

Berikut adalah pandangan kami terhadap Power Bank Pineng PN-993 Fast Charging Lithium Polymer yang di kata kan mampu mengecas bateri smartphone anda dari 0-60% dalam tempoh 30 minit dengan di lengkapi teknologi Qualcomm Quick Charge versi 3.0 .

Spesifikasi 

      • Model No : PN-993
      • Kapasiti Bateri : 3.7V / 10000mAh 37Wh
      • Input : 5V2A / 9V2A / 12V1.5A
      • Output : QC 3.0 4.6V~12V 3.0A~1.5A Auto Matching 18W
      • Type C : Input ( 5V 3.0A) Output : 5V 3.0A
      • Saiz (P x L x T) : 145.5 x 72 x 15 mm
      • Berat Bersih : 230 gram
      • Warna : Pink / Blue / White
      • Jenis Bateri : Lithium Polymer

Dari segi kapasiti bateri , Pineng hanya menawarkan kapasiti sebesar 10’000mAh sahaja di mana , bagi kami,kapasiti ini masih boleh di terima kerana , ia mampu mengecas anggaran sehingga  3 kali cas penuh bateri sesebuah smartphone . Namun , jika anda seorang yang “heavy user” seperti kerap travel / outstation atau kerap bermain permainan video di smartphone , kapasiti ini di lihat bukan untuk anda . Anda memerlukan power yang yang sekurang-kurang nya 20’000mAh bagi memberikan kepuasan dalam aktiviti seharian anda.

Pada bahagian input, spesifikasi model ini di pertingkatkan dengan mampu menerima pengecas pantas  5V 2A , 9V 2A & 12V 1.5A . Jadi, jika anda menggunakan pengecas fast charging, ia masih mampu menyokong nya . Dengan input sebegini, anda dapat sebuah power bank yang bukan sahaja mengecas bateri phone lebih pantas , tetapi mengecas bateri power bank tersebut juga dengan pantas . “Fast In , Fast Out ” . Selain input melalui Micro USB , anda juga boleh mengecas power bank dengan menggunakan wayar dari jenis kan Type C . Jadi, tiada masalah jika anda menggunakan smartphone yang menyokong Micro USB mahupun Type C USB . Input Type C juga mengecas power bank anda dengan lebih pantas dengan input sehingga 5V 3.0A .

Pada bahagian output pula, power bank ini di jana dengan teknologi Qualcomm Quick Charge 3.0 yang mana, teknologi ini mampu mengeluarkan arus yang kuat untuk mengecas bateri smartphone anda dengan lebih pantas.  Ouput dari QC 3.0 ini menyokong voltan 4.6V ~ 12V dan arus dari 3.0A ~ 1.5A . Di sini adalah perbandingan antara pengecasan bateri menggunakan teknologi Quick Charge 3.0 dan pengecasan biasa/ konvensional .

Hanya dalam 30 minit , anda mampu mengecas bateri phone dari 0% ~50% berbanding hanya 20% dari pengecasan biasa . Jadi, pengecasan pantas ini lah yang kita amat perlukan bagi menjimatkan masa seharian kita. Anda tak perlu risau akan persoalan adakah bateri smartphone akan cepat rosak bila di cas dengan arus & voltan yang tinggi ,kerana sistem bateri tersebut sebenar nya mampu menerima arus & voltan yang di alirkan kepada nya selagi ia stabil.

Dari segi saiz keseluruhan Power Bank Pineng PN-993 Fast Charging ini, ia seakan-akan mirip dengan model PN-983S cuma sistem dalaman yang berlainan antara dua model tersebut . Hanya tebal sedikit berbeza di mana , model PN-993 ini lebih tebal 0.5mm berbanding model PN-983S .

Rekabentuk Luaran

Model Power Bank Pineng PN-993 Fast Charging ini masih mengekalkan bentuk segi empat tepat. Ini sama seperti kebanyakkan model power bank di pasaran. Sangat jarang untuk kita jumpa power bank yang berbentuk bulat , lonjong mahupun yang segitiga . Jika ada, ia boleh di kategori kan sebagai “rare” . 🙂

Seperti yang kami bandingkan dalam bahagian saiz di atas , bentuk power bank PN-993 adalah sangat mirip dengan power bank PN-983S . Cuma yang membezakan adalah dari kulit luar di mana, model PN993 menampilkan rekaan lebih simple dengan warna asas.  Beza paling ketara anda antara kedua-dua model ini adalah pada bahagian output di mana , PN-983S mempunyai 2 port USB biasa manakala , PN993 mempunyai juga 2 ouput, tetapi satu adalah Micro USB dan lagi satu adalah USB Type C .

Antara smartphone yang menyokong power bank Fast Charging ini adalah :-

      • Samsung Galaxy S6 , S6 Edge , S7, S7 Edge , S8 , S8+
      • Samsung Galaxy Note 5,Note 7
      • Oppo R9S , R9S Plus
      • One Plus 3 / 3T / 5
      • Xiaomi Mi 5 / Mi 6
      • Asus Zenfone 3 Zoom

Dan banyak lagi model yang support fungsi pengecasan pantas ini .Anda boleh dapatkan senarai smartphone yang menyokong fungsi fast charging ini DI SINI.

Kelebihan 

    • Menyokong fungsi Pengecasan Pantas (Quick Charge) versi 3.0
    • Dual USB Output & Input
    • LED Digital Display – Paparkan baki kuasa bateri dalam bentuk digital %
    • RIngan – Hanya 230 gram
    • Nipis – 15mm sahaja. Mudah & selesa di pegang pada tangan
    • Menyokong USB Type C ( Input & Output )
    • Fungsi Auto Matching – power bank akan salurkan arus & voltan yang hanya sesuai pada bateri anda. Elakkan overcharging.

Kekurangan

    • Kapasiti agak kecil – Hanya 10’000 mAh
    • Tiada perubahan bentuk dari model-model lain Pineng
    • 3 Warna – Baik jika mempunyai warna gelap seperti Hitam

Dapatkan power bank yang 100% Original sahaja dari Sifupowerbank  – Pakar Power Bank di Malaysia . Kami jamin yang setiap power bank dari kami adalah power bank yang 100% Original dari Pineng dan jika anda verify yang power bank ini bukan ORIGINAL , kami akan pulangkan duit anda semula 100%.

Kepada para pengguna smartphone yang ada fungsi ini , kami amat sarankan anda menggunakan model Power Bank Pineng PN-993 Fast Charging ini bagi menjamin pelaburan anda mendapatkan smartphone yang canggih tersebut adalah berbaloi .

Dapatkan power bank anda di sini : –

Teruskan menyokong kami di Sifupowerbank 🙂  😉

Add your comment

Secure Payments

Kami terima pembayaran melalui Kad Kredit / Kad Debit (Visa / Mastercard) .

Money Back Guarantee

Jaminan pulangan wang 100% jika anda terima power bank tiruan Pineng .

Penghantaran Percuma

Harga termasuk kos penghantaran kawasan Semenanjung Malaysia.

Oppss..Maaf.. Kami nak hadiahkan eBook Rahsia Bagaimana Jimatkan Bateri Phone ini secara PERCUMA !!

17 Tips Penjimatan Bateri Phone Tanpa Kos & Berkesan

Sekejap Yer !! Page Download Akan Muncul Sebentar Lagi :-)

Something went wrong.