6 Tanda Anda Di Tipu Semasa Pembelian Power Bank

Ada beratus-ratus penjual power bank di Malaysia sekarang baik secara online mahupun offline (kedai / booth). Jadi, pelbagai ragam yang akan anda jumpa ketika berurusan dengan mereka . Dari segi harga pun, dah bermacam-macam harga yang boleh anda dapati.Dapat yang murah , ada yang sangat murah & ada yang melambung tinggi . Jadi, sebagai pengguna, anda sukar untuk membuat pilihan dan kenal pasti.

Di sini, kami share 6 Tanda Anda Di Tipu Semasa Pembelian Power Bank yang kami dapat hasil dari perkongsian dari beberapa orang pelanggan kami sebelum ini :-

Image by pcmag.com

1) Warranty Kurang 1 Tahun

Untuk setiap power bank original, warranty yang di tawarkan sepatut nya lebih lama. Lebih lama,lebih bagus. Ada jenama yang memberikan 6 bulan warranty, 1 tahun warranty sehingga 18 bulan warranty. Untuk jenama Pineng, warranty mestilah minimum 1 tahun (bukan 3 bulan @ 6 bulan ) , Vinsic & Aukey minimum 18 Bulan . Jadi, sila berhati-hati dengan penjual yang hanya menawarkan warranty selama 3 bulan sahaja kerana , ia nya adalah powerbank tiruan. Anda mempunyai hak untuk menolak tawaran penjual tersebut jika dia hanya tawarkan jaminan yang kurang dari sepatut nya.

Tempoh warranty amat penting kerana, jika rosak,anda boleh membuat claim dengan penjual sepanjang tempoh warranty anda. Ini akan menjimatkan duit anda dalam tempoh masa panjang. Berbanding dengan power bank tiruan, jika rosak, hanya perlu buang terus dan beli yang baru. Jadi, di sini, kos yang akan anda keluarkan sudah 2~3x ganda dari pelaburan asal.

.
2) Tiada Jaminan Tambahan

Jika power bank yang di tawarkan adalah 100% Original, pasti nya penjual anda berani memberikan jaminan tambahan kerana ia tahu power bank yang di jual adalah original. Bak kata pepatah ” Berani kerana Benar “.

Untuk setiap pembelian power bank dari Sifupowerbank, anda akan dapat jaminan tambahan dari kami iaitu, PULANGAN WANG 100% jika anda verify security code power bank  dan results nya tidak original Pineng. Kami berani beri jaminan ini kerana , kami tahu apa yang kami jual adalah barang yang ORIGINAL sahaja.

.
3) Tiada Warranty Kad

Jika anda membuat pembelian power bank,tetapi tidak di serta kan resit rasmi kedai / warranty kad, sila berhati-hati kerana ia akan memberikan masalah kepada anda di masa hadapan. Anda mungkin tidak boleh claim ganti rugi jika berlaku kerosakkan kepada power bank yang anda beli daripada mereka. Jika kedai berdekatan rumah anda,mungkin anda boleh terus ke kedai mereka. Tetapi jika anda beli melalui online, ia nya pasti satu masalah terbesar anda kerana anda hanya mempunyai nombor telefon penjual tersebut. Jika penjual tersebut terus block nombor anda, anda dah tak boleh contact mereka melalui mesej / call. Jadi, siapa yang rugi ?

.
4) Sukar di hubungi / terus di block dari Whatsapp

Ada yang terjadi seperti ini. Ada beberapa pelanggan yang mengadu sebelum itu,mereka pernah di block oleh penjual yang mereka berurusan. Terus tak boleh call, Whatsapp atau message. Jadi, anda sudah tiada alternatif lain untuk memghubungi mereka. Kebiasaannya bila berurusan dengan penjual online yang tidak jujur.

Jadi, nasihat kami, sebelum berurusan, sila pastikan yang penjual ada mempunyai no perniagaan yang sah di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) .Anda boleh mintak no syarikat mereka sebelum terus bank in duit kepada mereka.

.
5) Harga Terlalu Murah

Harga murah antara menjadi taktik popular bagi penjual power bank tiruan. Power bank tersebut akan di tawarkan pada harga 80% lebih murah dari harga pasaran original. Contoh nya harga original power bank 10000mAh di jual pada RM69 , anda akan di tawarkan pada harga RM29-39/unit termasuk kos penghantaran.

Jadi, jika anda terjumpa offer terlalu murah, lebih baik elakkan . Untuk setiap barang berasaskan eletronik, lagi murah sesuatu barang tersebut, lebih rendah mutu & kualiti yang akan anda terima.  Dari segi luaran nampak sama, tetapi ia akan gunakan bateri yang sangat rendah kualiti, atau PCD board yang tidak selamat atau ada taktik yang meletakkan 1 biji bateri sahaja, selebih nya beg pasir / bateri sumbat pasir.

Sebab tu ada orang yang beli power bank 20’000mAh, tetapi hanya boleh cas 1 kali sahaja. Tak logik kan?

.
6) Tiada Sebarang Update selepas pembelian

Selepas pembelian power bank, jika anda tidak terima sebarang update seperti nombor tracking , itu adalah tanda awal yang anda di tipu semasa pembelian power bank . Jika penjual memberikan pelbagai alasan ,sila berhati-hati.

.

Ini adalah 6 tanda anda di Tipu Semasa Pembelian Power Bank yang sepatut nya anda ambil perhatian untuk mengelakkan anda di tipu oleh penjual yang tidak bertanggungjawab. Bukan semua penjual seperti itu, tetapi banyak kes yang terkena. Ini zaman duit, orang dah tak kisah punca duit halal atau haram . Janji dapat duit walaupun perlu tipu orang .

Jadi, jika anda mencari power bank yang di jamin 100% original Pineng, boleh terus ke bahagian “shop” sifupowerbank atau Whatsapp ke 017-787 9824 (Azlan).

Add your comment

Secure Payments

Kami terima pembayaran melalui Kad Kredit / Kad Debit (Visa / Mastercard) .

Money Back Guarantee

Jaminan pulangan wang 100% jika anda terima power bank tiruan Pineng .

Penghantaran Percuma

Harga termasuk kos penghantaran kawasan Semenanjung Malaysia.
SELAMAT HARI RAYA . Kami Bercuti Dari 22/June - 2/July/2017 . Penghantaran akan bermula seperti biasa pada 3/July/2017.
+

Oppss..Maaf.. Kami nak hadiahkan eBook Rahsia Bagaimana Jimatkan Bateri Phone ini secara PERCUMA !!

17 Tips Penjimatan Bateri Phone Tanpa Kos & Berkesan

Sekejap Yer !! Page Download Akan Muncul Sebentar Lagi :-)

Something went wrong.