Bolehkah Cas Smartphone Biasa Guna Charger 5V 2A ?

Kita sering mendengar / terbaca yang tidak semua charger / power bank sesuai untuk smartphones yang anda guna sekarang . Ada smartphone yang hanya boleh menerima arus setinggi 1.0A sahaja..dan ada juga smartphone terbaharu di pasaran terutama smartphone yang menyokong fungsi USB Type C , ia boleh menerima arus yang lebih tinggi sehingga 3.0A  dan ke atas . Jadi, apakah arus yang sesuai untuk mengecas bateri smartphone anda ?

Ada yang bertanya kepada kami :-

Soalan : “ Smartphone saya hanya boleh terima arus 5V 1.0A ikut spesifikasi asal  ..Tetapi, saya cas phone guna charger 5V 2.1A .. Adakah ia akan merosakkan bateri phone saya ??

Jawapan : TIDAK . Tiada effect apa-apa kepada bateri smartphone anda walaupun anda mengecas pada charger sebesar 4.0A sekali pun .

Jadi, terus kan guna charger / power bank yang anda suka..hehe . Boleh guna charger yang menyokong fungsi QC iaitu satu teknologi dari Qualcomm Quick Charge 2.0 / 3.0 .

 

Sumber Gambar : http://forums.androidcentral.com

Secara teknikal nya , setiap smartphone di reka bersama-sama dengan cip yang membantu untuk mengawal aktiviti pengecasan bateri . Jika spesifikasi bateri anda hanya lah pada 5V 1.0A , walau sebesar mana pun arus yang di terima  dari charger anda, ia hanya akan had kan arus yang masuk kepada bateri pada 5V 1.0A sahaja . Walaupun anda menggunakan charger output 100Amp , arus yang masuk tetap 1.0A sahaja (bergantung kepada sistem smartphone) .

Jadi,anda tak perlu risau lagi jika terguna charger “Fast Charging” , terus kan mengguna kan charger tersebut .Tidak perlu bimbang.Tiada efek pada bateri smartphone anda. Smartphone anda telah di reka sebijak yang mungkin.

Yang penting, anda perlu dapatkan charger yang di jamin 100% Original untuk sesuatu jenama .Jangan gunakan charger / power bank tiruan di mana , arus & voltan yang terhasil dari barang tiruan adalah tidak stabil & akan memberikan kesan yang tidak baik untuk jangka masa yang panjang .

Jangan kedekut apabila berhajat untuk membeli gajet elektronik . Lagi murah anda beli, lagi rendah kualiti dan semakin tinggi risiko yang bakal anda hadapi .

Sumber : Quora/Suitable Charger Current

 

Add your comment

Secure Payments

Kami terima pembayaran melalui Kad Kredit / Kad Debit (Visa / Mastercard) .

Money Back Guarantee

Jaminan pulangan wang 100% jika anda terima power bank tiruan Pineng .

Penghantaran Percuma

Harga termasuk kos penghantaran kawasan Semenanjung Malaysia.

Oppss..Maaf.. Kami nak hadiahkan eBook Rahsia Bagaimana Jimatkan Bateri Phone ini secara PERCUMA !!

17 Tips Penjimatan Bateri Phone Tanpa Kos & Berkesan

Sekejap Yer !! Page Download Akan Muncul Sebentar Lagi :-)

Something went wrong.