Power bank adalah gadget yang di reka khas untuk membantu anda mengecas smartphone / tablet anda di saat bateri phone anda low. Gadget ini juga mempunyai fungsi utama iaitu menyimpan kuasa bergantung kepada kapasiti power bank tersebut. Tapi, tahu kah anda apakah itu power bank? Apa fungsi nya? Sila baca di sini :
Di sebabkan kemajuan pesat dan banyak model-model baru smartphone wujud bak “cendawan tumbuh lepas hujan‘, maka industri power bank mendapat permintaan yang amat tinggi dari pengguna smartphone di seluruh dunia. Oleh sebab itu, banyak pengeluar gadget telah mula serta mengeluarkan pelbagai design,kapasiti, fungsi, aksesori tambahan pada power bank mereka semata-mata untuk menarik perhatian pengguna smartphone.
Tapi, sejauh mana prestasi nya pula ? Dah banyak model & design di pasaran, macam mana nak pilih power bank yang terbaik dan sesuai untuk kegunaan kita ? Di sini saya akan share kan, tips-tips pilih power bank dengan tepat.
10 TIPS PILIH POWER BANK
1) Jenama
Ini amat penting kerana jenama akan menentukan tahap kualiti & fungsi sesuatu power bank. Di Malaysia, banyak jenama power bank yang muncul .Ada yang baik dam ada juga jenama yang meragukan (@ powerbank tiruan). Antara brand yang saya cadangkan berdasarkan pengalaman saya adalah power bank dari jenama Pineng. 100% pelanggan saya berpuas hati dengan kualiti dan ketahanan nya.
2) Pengeluar / Pengilang
Buat kajian terlebih dahulu kepada brand yang anda cadang nak beli. Rujuk website syarikat mereka dan maklumat-maklumat terkini untuk mengetahui bahawa syarikat tersebut memiliki kepakaran dalam bidang industri bateri atau tidak. Ini sangat penting untuk mengelakkan anda terbeli power bank dari syarikat yang tidak WUJUD /power bank tiruan.
3) Kualiti
Periksa kualiti dengan buat kajian / baca komen-komen pengguna lain yang sudah menggunakan sesuatu jenama power bank tersebut. Kualiti ini juga menentukan prestasi power bank anda adakah dapat memberi kesan terhadap kepantasan dan ketepatan bagi memenuhkan bateri phone / tablet anda.
4) Ciri Khas
Ada pengeluar power bank yang menambah ciri-ciri unik pada power bank mereka supaya jenama mereka dapat bersaing dengan jenama power bank yang lain. Pengguna yang bijak akan memilih power bank yang mempunyai nilai-ilai tambah seperti ada fungsi torch light , LCD display, high quality USB cable dan sebagainya. Tetapi, pilih lah dengan berhati-hati supaya aksesori tersebut tidak menggangu fungsi sebenar power bank anda.
5) Kapasiti
Startegi perniagaan power bank di pasaran ialah mengumpan pengguna untuk membeli power bank dengan kapasiti yang besar tetapi di jual pada harga yang sangat MURAH.Jadi amat penting untuk anda bijak memilih kapasiti bateri yang bersesuaian dengan model smartphone anda. Jangan beli kapasiti besar dan berat, tapi anda hanya guna sekali jer dalam sehari.Tak berbaloi dengan duit yang anda keluarkan.
6) Jaminan
Bagi tujuan keselamatan, cuba pilih power bank yang menawarkan tempoh jaminan paling kurang untuk 1 tahun.Semasa pembelian power ban tersebut, sila dapatkan details dari penjual / pengedar anda dari segi terma dan syarat untuk claim warranty supaya anda boleh menghantar power bank yang rosak tersebut dalam tempoh jaminan jika terdapat sebarang masalah.( Untuk dapatkan power bank original, klik store kami di SINI)
7) Model
Terdapat banyak model-model power bank di pasaran sekarang. Jadi, anda perlu pilih dengan mengambil kira warna, bentuk, berat , kelebihan, aksesori tambahan dan warranty. Jangan hanya pilih power bank atas sebab harga murah sahaja.
8) Jenis bateri
Ada 2 jenis bateri yang di gunakan untuk menghasilkan sesebuah power bank iaitu bateri dari jenis Lithium Ion dan Lithium Polymer. Saya sarankan anda untuk memilih power bank yang di buat dari jenis bateri Lithium Polymer di mana bateri jenis ini lebih tahan lasak,tahan suhu tinggi, lebih ringan dan tidak mudah meletup. Pineng ada mengeluarkan power bank jenis Lithium Polymer di SINI
9) Kapasiti Output
Perhatikan pada USB output pada sesebuah model power bank yang anda nak beli. Ada model / brand yang mempunyai satu USB port sahaja dan ada yang menawarkan 2 USB port yang membolehkan anda mengecas 2 phone serentak dalam satu-satu masa. Kebiasaan nya untuk model power bank yang ada 2 USB output, ia akan menawarkan output 5V 1.0A dan 5V 2.1A.
10) Indicator
Pilih power bank yang mempunyai LCD Digital display berbanding LED indicator yang dah lapuk kerana dengan LCD digital tersebut, anda akan lebih mudah untuk mengetahui berapakah baki kuasa bateri power bank anda dengan lebih TEPAT.
Jadi, saya sangat sarankan anda untuk jadikan tips-tips pilih power bank di atas sebagai panduan semasa anda nak dapatkan power bank anda.Jika tak nak risau-risau dengan terbeli power bank tiruan, dapatkan sahaja di SHOP kami kerana keaslian nya TERJAMIN dan kami jamin pembelian anda selama 1 tahun.